31 December 2016

Diary tahun 2016 ...

DIARY TAHUN 2016
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Layan hobi hartanah rumah busuk
========================
Kes 1
Febuary 2016
Berjaya wangikan rumah teres 1 tingkat kepada rumah teres 2 tingkat
Unit tengah
Kelulusan dbkl
Setapak kuala lumpur

Kes 2
Mac 2016
Berjaya wangikan rumah teres 2 tingkat
Lokasi nilai impian, nilai, negeri sembilan

Kes 3
April 2016
Berjaya wangikan rumah teres 1 tingkat unit tengah
Lokasi sikamat, seremban, negeri sembilan

Kes 4
Mei 2016
Berjaya wangikan rumah teres 2 tingkat unit tengah
Lokasi bukit jalil, selangor

Kes 5
Jun 2016
Berjaya wangikan rumah teres 1 tingkat unit tepi
Lokasi sikamat, seremban, negeri sembilan


Kes 6
Julai 2016
Berjaya wangikan rumah teres 1.5 tingkat unit tengah
Lokasi bandar tun razak kuala lumpur

Kes 7
Ogos 2016
Berjaya wangikan rumah teres 2 tingkat unit tengah
Lokasi seremban, negeri sembilan

Kes 8
September 2016
Berjaya wangikan rumah teres 1 tingkat unit tengah
Lokasi senawang, negeri sembilan

Kes 9
Bermula oktober 2016
Masih berjalan projek
Siap 88%
Dijangka siap 100% hujung january 2017
Wangikan rumah teres 2 tingkat unit corner
Lokasi melaka

Nota:
Alhamdulillah 
Berjaya memaksimakan potensi diri untuk melayan hobi hartanah rumah busuk menjadik wangi

Ibadah haji
=======
Diizinkan oleh ALLAH
Kes rayuan selama tempoh 2 tahun diluluskan
Sepanjang september 2016 mengerjakan ibadah haji bersama isteri

Ibadah umrah
==========
Diizinkan oleh ALLAH
Untuk mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga membawa ibu, isteri dan 4 anak pada akhir november 2016

Musafir
=====
Diizinkan oleh ALLAH
Untuk bermusafir selama 2 minggu pada disember 2016 di hong kong

Keinsafan
======
Gagal dalam temuduga untuk kenaikan pangkat dalam kerjaya
Keputusan diketahui pada oktober 2016
Aku redho dan pasrah

Buku sulong
========
Diizinkan oleh ALLAH
Untuk menulis buku sulong bertajuk "hobi hartanah" yang berkisar tentang pengalaman mewangikan rumah busuk yang diterbitkan pada ogos 2016

Menang lelong rumah busuk
===================
Diizinkan oleh ALLAH
Untuk menang beberapa kes rumah busuk termasuk sekitar 4 hari lalu sewaktu aku bermusafir di hong kong

Melupuskan rumah wangi
==================
Diizinkan oleh ALLAH
Untuk melupuskan (menjual) rumah wangi kepada insan yang memerlukan sambil memberi manfaat

Membeli rumah sub sale
================
Diizinkan oleh ALLAH
Untuk membeli rumah sub sale yang berstatus rumah busuk melalui rakan taulan dan rakan agent ren

Kesimpulan
========
Penuh kesyukuran ke hadrat NYA
Peluang dan pinjaman yang diberikan
Aku hanya insan biasa
Kekadang masa yang amat terhad
Kudrat yang sedikit
Kadangkala tertidur kelesuan di dalam van demi mencari rezki
Ke hulu ke hilir menaiki van melayan hobi rumah busuk
Setiap masalah cuba diatasi
Dengan rasa rendah diri 
Aku memohon ampun dan maaf dari kalian semua sempena hari terakhir pada tahun 2016
Sokongan kalian aku harapkan
Tanpa kalian kenkawan siapalah daku
Buat ibu tersayang, isteri tercinta, 4 kidos, adik-adik ... doa dan kerjasama serta dokongan amat dihargai
Hobi hartanah rumah busuk senantiasa dalam lubuk hatiku
Aku berpuashati dengan coretan diary sepanjang perjalanan tahun 2016 yang penuh onak dan duri
Tambahan pula keadaan ekonomi yang tidak menentu di kala ini
Moga ALLAH permudahkan urusan untuk hari yang mendatang
Moga tahun baru 2017 akan lebih cemerlang
Alhamdulillah 
InsyaAllah 
Aamiin
πŸ˜„πŸ‘
Jika bermotivasi boleh SHARE ke kenkawan 

Ir. AJAK
31 disember 2016










Courier

BUKU HOBI HARTANAH 

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Dah ready untuk courier 

Tunggu

.

.

Sekadar berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang saya ada

Tq frenπŸ˜„πŸ‘


30 December 2016

Jumaat

Jom pergi sholat jumaat ...

Kitorang berjubah today ...

Alhamdulillah πŸ˜„


Dari rumah busuk ...

DARI RUMAH BUSUK KE RUMAH WANGI

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Today jumaat

Aku spechles sket

Biarlah gambo yang berbicara 

Dari rumah busuk ke rumah wangi

Ini gambo sebenar

Kes yang sebenar

Sudah 88% siap renovation 

Dijangka penghujung bulan january 2017 akan 100% siap

InsyaAllah 

Aku kan layan hobi hartanah rumah busuk jer πŸ˜„

Kenkawan mohon SHARE kan jugak untuk inspirasi kenkawan yer πŸ˜„


Ir. AJAK


Nak lihat gambo keseluruhan ... boleh buka facebook saya yer

Www.facebook.com/abdulrazakbinkamarudin


29 December 2016

Sambal

Sampai soromban

Sambal belajan jugak yang dicari

Dah 2 minggu bermusafir katakan

Alhamdulillah 

πŸ˜„


Airport

Nak bertolak pulang sudah ...

Hampir sekitar 2 minggu di sini ...

"Bonding time" ber holiday bersama family ...

Kami berjalan kaki bersama

Kami naik bas bersama

Kami naik train bersama

Kami makan bersama

Kami sesat bersama

Kami penat bersama

Kami angkat beg bersama

Semua bersama

Alhamdulillah 

Bermusafir di bumi ALLAH

Melihat keindahan bumi ciptaan NYA

.

.

Setiap kali bermusafir berholiday

Mesti ada "idea baru tentang rumah busuk" πŸ˜„

InsyaAllah 

Aamiin


Ir. AJAK

Hong Kong Airport 


Bas

Jaman skolah rendah dolu dolu

Pergi skolah kayuh beskal jer

Tak berpeluang naik bas untuk duk di kerusi blakang

Skrang nie tatkala travel ber holiday di oberc ... naik bas suker duduk d blakang sekali 

Layan ...

πŸ˜„


28 December 2016

Train baru

Rasmi kan train baru "south island line" today dibuka 28.12.2016 ...

Layan ...


Ocean park ...

Today kat sini plak ...

Melayan kidos ...

.

.

Imbau 4 tahun lepas pernah melepak dongan kidos di sini ... masa tur naik bas ... today naik train yang baru dibuka secara rasmi today ...

πŸ˜„


Tips ...

MELAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Melayan hobi hartanah rumah busuk:

1. Jiwa perlu kental

2. Emosi perlu tenang

3. Matlamat perlu jelas

4. Strategi perlu mantap

5. Networking perlu kukuh

6. Planning wajib teratur

7. Mentor pun perlu ada

8. Ilmu mesti top up selalur

9. Poket perlu terisi selalur tetapi tak mesti nya tebal

10. Doa dan terus berdoa kepada ALLAH serta tawakal

.

.

Jangan mudah terikut-ikut tanpa ilmu

Khuatir tersungkur pulak nanti

.

.

SHARE kan untuk manfaat kenkawan di luar sana

Aku sekadar melayan hobi jer beb πŸ˜„


Ir. AJAK

Hong Kong


#rumahbusuk



27 December 2016

Mengecat

RUMAH BUSUK SUDAH MULA DI CAT

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Dapat mesej dari sahabat kontraktor 

Rumah busuk yang progres kerja skrang nie

Sudah mula kerja mengecat dinding dan plaster siling

Makin hari progres makin bertambah

Memang syok melihat rumah makin mewangi

Walaupun dalam rumah masih bersepah dongan pelbagai kelengkapan buat kerja kontraktor 

Korang dah nampak kan kan dalam gambo tur

Layan hobi di penghujung tahun 2016 nie 

πŸ˜„


Ir. AJAK



Sojuk ...

Sojuk jugak malam nie ...

Brrrrr ... 


Menang lelong

AKU MENANG LELONG

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Aku masih bercoti rehat sekitar 2 minggu di Hong Kong bersama family

Ingatkan nak berehat betoi betoi berehat dari hobi rumah busuk nie sewaktu holiday

Gian jugak rupernyer

Nak jugak melayan hobi rumah busuk

Dari kejauhan di tanahair nie

Aku masuk jugak "bidaan lelongan awam" pada jam 2.30pm petang ini hari selasa 27hb disember 2016

Alhamdulillah 

Rezki memihak kepada diri aku

Berdoa dari sini jer

Walaupun bukan menang dengan harga rizab

Kerana ada pembida non bumi yang minat "rumah busuk" yang sama:

Rumah landed

2 tingkat

Lokasi selangor 

Unit corner lot

HANYA TINGGAL RANGKA:

Tiada bumbung

Tiada kekuda

Tiada tingkap

Tiada pintu

Tiada pagar

Betoi betoi rumah ZOMBI beb

.

.

Korang ada brani

Gambar rumah adalah yang sebenar

Sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk jer

Alahaiiii πŸ˜„


Ir. AJAK

Kowloon 

Hong Kong



26 December 2016

Minnie ...

Inilah "minnie mouse" saya ... πŸ˜„

Abaikan tanda jari "2" tur ...

Hehehee😜


Star wars

Ingatkan nak "perang" dongan star wars ... πŸ˜„


Lunch ...

Lunch time ...

Kepenatan melayan kidos bermain di Disneyland pada hari ke 2 ...

Nak pakai chopstik tak mahir ...

Heheehe ...


Repeat ...

Pepagi dah dalam train ...

Nak repeat di hari senin nie ...


Sumbangan

TABUNG MASJID

◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Pada tahun 2012 aku pernah memasukkan sejumlah wang untuk sumbangan tabung masjid

Aku jugak berdoa akan suatu masa nanti akan berpeluang untuk memasukkan semula sumbangan ke tabung ini

Aku berusaha untuk mencari rezki yang halal

Alhamdulillah today ahad 25 disember 2016 diberi peluang untuk berbuat perkara yang sama

Terasa heppy sangat dapat berbuat sesuatu yang aku suker

Agar peluang ini akan kembali menyusul suatu hari nanti mendatang

InsyaAllah 

Aamiin πŸ˜„


Ir. AJAK

Masjid Kowloon

Hong Kong



Siap kitchen kabinet ...

KITCHEN KABINET SUDAH SIAP DI PASANG

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Taraaaaa

Pepagi monday blues

Kerja semalam yang dimulakan

Kitchen kabinet sudah siap di pasang

Bahagian atas saiz yang agak tinggi sampai ke siling

Warna terang untuk kitchen kabinet

Table top berwarna hitam

Siap pasang simple hood dan dapur gas

Dinding antara table top dan kitchen kabinet yang atas ada dinding tiles

Sinki ada 2 bijik

Lantai tiles

Ruang dapur nampak kemas dan teratur

Kipas siling belum dipasang lagi tur dan wayar terjulur jer

Rumah busuk makin mewangi

Dijangka menjelang hujung january 2017 akan siap semuanya bagi sebuah rumah

Semua perancangan berjalan dengan lancar 

Alhamdulillah 

Layan hobi beb πŸ˜„


Ir. AJAK

HK


25 December 2016

Kitchen kabinet

PASANG KITCHEN KABINET RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Hari ini coti hari ahad

Sempena coti hari krismas

Kontraktor buat kerja pemasangan kitchen kabinet

Akan dipasang pada atas dan bawah table top

Panjang kitchen kabinet sekitar 13 kaki

Apabila dah siap di pasang nanti

Pasti berseri di bahagian dapor nie kan

.

.

Yang penting kerja berjalan di tapak

Walaupun aku sedang berada 2 minggu di hong kong

Alhamdulillah 

.

.

Sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk

πŸ˜„


Ir. AJAK

Hong Kong



Lamb shank

KARI KAMBING

◾️◾️◾️◾️◾️


Hari ahad today

Mencari kari kambing "lamb shank" + nasik beriani

Di kowloon hk

Wahhhh sodap beb ...bertambah berpinggan pinggan 

Ada pulak capati ... cicah kuah kari

Memang mabeles

Alhamdulillah 

πŸ˜„


24 December 2016

Dingin ...

Terasa dingin plak potang nie ...

Ambik angin segar di tepian avenue of star ...

Lepak lepak bersama kidos ...

Sambil tengok kapal lalu lalang ...

Indahnya bumi ciptaan NYA ...

Alhamdulillah ...


Rumah busuk

AKTIVITI RENOVATION RUMAH BUSUK MASIH BERJALAN

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Walaupun aku di sini bercoti rehat sekitar 2 minggu

Aktiviti mewangikan rumah busuk masih diteruskan

Progres skrang nie rumah busuk yang sedang di renovation:

1. Sedang memasang tiles untuk lantai di tingkat atas

2. Pihak kontraktor sedang mengimpal pintu pagar selebar 26 kaki dan menyiapkan gril sebuah rumah di bengkel di soromban

3. Kontraktor elektrik akan sambung kerja apabila telah disiapkan mengecat dinding oleh kontraktor binaan

4. Kontraktor kitchen kabinet sedang menyiapkan kerja dan dijangka akan dipasang pada table top selewatnya hujung tahun nie

Kerja sudah pada peringkat akhir semuanya untuk menyiapkan sebuah rumah yang mewangi

Layan jer aktiviti rumah busuk 

Kan hobi aku tur


Ir. AJAK

Hong Kong


&&&& gayat sket tangkap gambo pada ketinggian segitur

Alahaiiii aku nieπŸ˜„


23 December 2016

Peak

Kitorang di THE PEAK ...

Nice view from here ...

πŸ˜„


Tiket

6 keping tiket di tangan ...

Jom ...

πŸ˜„


Big bus

BIG BUS

◾️◾️◾️


Ronda ronda sekitar Hong Kong 

Guna khidmat Big Bus 

Sambil menikmati cuaca dingin pagi nie

Layan 

πŸ˜„


Biznes korang ...

KORANG ADA BIZNES NAK SHARE KEPADA AKU KER ...

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Aku macam ada masa sket sewaktu bercoti nie ...

Cer korang taipkan LINK atau iklan sket apa apa biznes korang kepada aku ...

Aku cuba nak baca ...

Ker korang ada blog ... cer taipkan alamatnya ...

Jangan malu jangan segan ...

Maybe aku boleh jadik customer korang ...

Lai lai lai ...

πŸ˜„


22 December 2016

Disneyland

Pepagi dah sampai ...

Yeayyy ...

πŸ˜„


Tersonyum ...

Menuju ke destinasi pagi nie ...

Kidos makin tersonyum ...

πŸ˜„


Gelagat ...

Gelagat kidos membuatkan papa & mama akan terhibur ...

Bonding time ...

πŸ˜„


21 December 2016

Kasut ...

KASUT

◾️◾️


Sewaktu nak travel

Kasut jugak penting

Amat memainkan peranan

Almaklum jerlah banyak perlu berjalan

Nak naik train perlu turun tangga ke bawah tanah

Kekadang ada eskalator kekadang takder

Jika tapak kaki dah sakit

Esok lusa punya planning untuk destinasi seterusnya akan terganggu

Maka persediaan untuk memakai kasut yang sesuai amatlah penting 

Aku memang sediakan kidos dengan kasut dan bukan sandal

Agak agak nyer ... siapa yang pakai kasut yang berbeza jenama tur:

1. Aiman

2. Alif

3. Asyraf

4. Adam

Esok nak menapak lagi

HeheheπŸ˜„


Ke 7 tertinggi ...

KE 7 TERTINGGI DI DUNIA

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Berada di deck bangunan komersial ke 7 tertinggi di dunia ...

Nice view dari deck nie ...

Nampak sekeliling yang mengasyikkan ...

Sesekali nak bergambo dongan wife tercayang ...

Naik lif yang agak pantas hanya 60 saat sehingga ke deck ...

Dah siap beli 6 tiket online dari mesia lagi ...

Layan jer ...

πŸ˜„


Train

Dalam train mtr ... 

Train masih kosong ...

πŸ˜„


20 December 2016

Limau

PELAWAS

◾️◾️◾️


Sewaktu sedang bercoti rehat nie ...

Pelawas perlu jugak ...

Supaya semuanya teratur jer ...

Beli limau segar di petik dari ladang ...

Masih ada daun lagi tur ...

Perhhh manis ...

πŸ˜„πŸ‘


Dah sampai

Kami dah sampai airport ...

Nak mencari public transport pulak untuk ke bandar ...

Moga dipermudahkan ...

InsyaAllah ...

πŸ˜„


Beg ...

Muhamad Asyraf minat betoi beg "star wars" ...

πŸ˜„


Musafir ...

BERMUSAFIR
◾️◾️◾️◾️◾️

Dah solosai sholat subuh tadi di surau klia ...
Dah solosai check in di kaunter ...
Dah bekfes ala kadar roti gardenia twiggies dan air kotak laici ...
.
.
Aku sudah mohon cuti dan diluluskan
Aku n family berhasrat mahu bercoti rehat
Bermusafir di bumi yang indah ciptaan Ilahi
Takjud dengan kehebatan bumi yang ALLAH s.w.t ciptakan
Moga semua urusan dipermudahkan untuk selamat pergi dan balik
Harapan jua agar penuh barakoh dan mengambil ibrah setiap langkah untuk berkelana ini
InsyaAllah 
AamiinπŸ˜„

Ir. AJAK
KLIA


19 December 2016

Zakat

TUNAIKAN KEWAJIPAN BERZAKAT

Hasil Transaksi Rumah Busuk

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Hari ini aku bercoti rehat

Banyak urusan yang cuba diselesaikan:

1. Pejabat tanah seremban

2. Pejabat lhdn seremban

3. Dokumen lawyer di bangi 

4. Urusan peribadi di bandar sunway

5. Jumpa client di enstek

6. Courier dokumen ke kajang

7. Sempatkan jugak singgah di pejabat pusat zakat di seremban

Ke hulu ke hilir memecut naik van untuk semua urusan di atas

.

.

Hari ini walaupun aku agak penat

Tapi aku puas hati

Terasa sangat gembira

Kerana aku diberi peluang oleh ALLAH s.w.t untuk menunaikan kewajipan berzakat untuk tahun ini setelah cukup haul dan nisab

Ini target peribadi aku

Ini KPI aku setiap tahun

Ini matlamat aku

Berusaha bersungguh sungguh untuk meningkat bayaran zakat setiap tahun untuk peribadi diri aku

Aku selalur berdoa agar aku diberi peluang agar mampu meningkatkan kekerapan transaksi hartanah rumah busuk

Agar hasil tersebut membolehkan aku menunaikan kewajipan berzakat

Alhamdulillah aku bersyukur kerana telah berjaya menunaikan untuk tahun 2016

.

.

Moga tahun 2017 akan memberi peluang untuk aku berbuat sedemikian rupa untuk kesekian kalinya

Diberi kesihatan dan kelapangan yang baik

InsyaAllah 

Aamiin

πŸ˜„


Ir. AJAK



16f

BORANG 16F RUMAH BUSUK & TANAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Monday blues ramai yang bermalas malasan
Nak layan hobi hartanah lelong
Mesti perlu pupuk sifat kesabaran
Kerana setiap transaksi hartanah lelong ada sedikit berbeza beza
Ada kes transaksi lelongan yang lurus jer dan mudah untuk diselesaikan
Ada kes transaksi lelongan yang sederhana lurus untuk diselesaikan 
Ada kes transaksi lelongan yang bengkang bengkok untuk diselesaikan seperti contoh kes lelongan yang mempunyai kaveat ke atas hartanah itu
Anggaplah halangan sewaktu dalam proses transaksi itu perkara biasa
Aku memang suker mengutip pelbagai pengalaman yang berbeza beza dalam transaksi hartanah
Setiap halangan atau masalah akan memahirkan pengalaman yang sedia ada
Lagi banyak kes yang kita lalui lagi banyak yang kita akan tahu
Dah terbukti banyak kes yang aku lalui telah berjaya di selesaikan
Senantiasa bersabar dan istiqamah untuk aku melayan hobi hartanah rumah busuk atau tanah busuk
Aku selalur jugak folow up apabila ada masa terluang dengan pihak panel lawyer untuk ambil tahu status terkini 
Itu yang aku screen shot adalah "item nombor 5" jer
Yang "item nombor 1 hingga 4" tak sempat nak kongsikan
Maklumlah kes banyak sedang berjalan nie
Tak sabo nak melangkah ke tahun depan 2017 dengan semangat yang membara ... ceewahhhπŸ˜„
Di penghujung tahun 2016 nie mengkaji dan menyelak nyelak dokumen rumah busuk yang dah berjalan dari bulan january 2016 sehingga disember 2016 
Ermmmmm bleh tahan jugak kemampuan diri aku dalam melayan hobi hartanah rumah busuk nie
Yuhuuuu satu kali πŸ˜„
Like ... komen ... SHARE untuk menaikkan semangat kenkawan πŸ‘

Ir. AJAK


18 December 2016

Star wars

Beg travel "star wars" ...

Singgah beli potang nie ...

Perlu berbelanjer lebih rm300 hengget ...

Baru berpeluang untuk beli dengan adanya "10 keping setem" ...

Normal price rm399 beg nie ...

Tapi dengan ado 10 keping setem ... hanya rm109 jer bayooo ...

Minat punyer pasal ...

Macam nak travel gie holiday hujung tahun jer ...

Layan jer beb ...

πŸ˜„


Masak

Macam wife nak masak cekodok tur ...

πŸ˜„


Sold

SOLD

Unit End Lot

◾️◾️◾️◾️


Iklan rumah yang aku up kelmarin di wall pesbuk

Telah dilamar

Tahniah kepada buyer

Beliau merupakan seorang follower pesbuk aku untuk sekian lama (mesti beliau membaca tulisan nie)

Pantas mengambil tindakan

Bak kata kenkawan berbiznes "fast action ... fast result"

Buyer merupakan sebuah keluarga yang mengimpikan sebuah rumah pertama untuk dibeli

Landed property

Lengkap bersekali renovation yang telah siap sempurna cantek sebuah rumah

Kerana telah berjaya merebut peluang keemasan ini

Dokumen "perjanjian jual beli S&P" akan menyusul dalam masa terdekat

.

.

Aku sebagai owner rumah amat bermurah hati untuk memberikan beberapa perkara berikut:

1. Harga rumah RMXXX,000.00 sahaja

2. Rebat RM5 ribu diberi secara tunai apabila telah sempurna transaksi dengan bayaran penuh kepada owner 

3. Kos lawyer S&P akan ditanggung oleh owner 

4. Bayaran deposit RMX,000.00 (RMX,000.00 today ahad dan baki RMX,000.00 sebelum/sewaktu SIGN dokumen S&P)

5. Owner akan membenarkan kemasukan rumah lebih awal sebelum jumlah bayaran baki penuh diterima oleh owner (akan ditentukan kemudian secara persetujuan bersama)


Buyer akan jimat dan menikmati (enjoy) perkara berikut:

1. Tiada Agent fee sebanyak 3.18%

2. Jumlah deposit yang sangat rendah dan MINIMA berbanding bayaran yang sepatutnya berjumlah sekitar 10% bagi kes jualan rumah subsales berkeadaan biasa

3. Dapat rebat tunai RM5 ribu yang membolehkan buyer membeli perabot kelengkapan rumah

4. Bayaran lawyer fee S&P secara percuma

5. Direct deal dengan owner 

6. Peluang untuk masuk rumah lebih awal (untung tak perlu bayar sewa)

.

.

Cuba korang kirakan jumlah PROFIT yang bakal diterima oleh buyer dan family beliau

Aku bukan SCAMMER yer

Aku owner bagi "rumah busuk"

Ini semua kenyataan belaker

Sekadar mahu memberi manfaat kepada orang lain yang memerlukan

InsyaAllah

Aku kan layan hobi hartanah rumah busuk jerπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Mohon SHARE kan ceriter ini untuk motivasi kenkawan yang lainπŸ‘πŸ‘πŸ‘


Ir. AJAK

Seremban

Disember 2016