TUNAIKAN KEWAJIPAN BERZAKAT
Hasil Transaksi Rumah Busuk
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Hari ini aku bercoti rehat
Banyak urusan yang cuba diselesaikan:
1. Pejabat tanah seremban
2. Pejabat lhdn seremban
3. Dokumen lawyer di bangi
4. Urusan peribadi di bandar sunway
5. Jumpa client di enstek
6. Courier dokumen ke kajang
7. Sempatkan jugak singgah di pejabat pusat zakat di seremban
Ke hulu ke hilir memecut naik van untuk semua urusan di atas
.
.
Hari ini walaupun aku agak penat
Tapi aku puas hati
Terasa sangat gembira
Kerana aku diberi peluang oleh ALLAH s.w.t untuk menunaikan kewajipan berzakat untuk tahun ini setelah cukup haul dan nisab
Ini target peribadi aku
Ini KPI aku setiap tahun
Ini matlamat aku
Berusaha bersungguh sungguh untuk meningkat bayaran zakat setiap tahun untuk peribadi diri aku
Aku selalur berdoa agar aku diberi peluang agar mampu meningkatkan kekerapan transaksi hartanah rumah busuk
Agar hasil tersebut membolehkan aku menunaikan kewajipan berzakat
Alhamdulillah aku bersyukur kerana telah berjaya menunaikan untuk tahun 2016
.
.
Moga tahun 2017 akan memberi peluang untuk aku berbuat sedemikian rupa untuk kesekian kalinya
Diberi kesihatan dan kelapangan yang baik
InsyaAllah
Aamiin
😄
Ir. AJAK
No comments:
Post a Comment