31 December 2016

Diary tahun 2016 ...

DIARY TAHUN 2016
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Layan hobi hartanah rumah busuk
========================
Kes 1
Febuary 2016
Berjaya wangikan rumah teres 1 tingkat kepada rumah teres 2 tingkat
Unit tengah
Kelulusan dbkl
Setapak kuala lumpur

Kes 2
Mac 2016
Berjaya wangikan rumah teres 2 tingkat
Lokasi nilai impian, nilai, negeri sembilan

Kes 3
April 2016
Berjaya wangikan rumah teres 1 tingkat unit tengah
Lokasi sikamat, seremban, negeri sembilan

Kes 4
Mei 2016
Berjaya wangikan rumah teres 2 tingkat unit tengah
Lokasi bukit jalil, selangor

Kes 5
Jun 2016
Berjaya wangikan rumah teres 1 tingkat unit tepi
Lokasi sikamat, seremban, negeri sembilan


Kes 6
Julai 2016
Berjaya wangikan rumah teres 1.5 tingkat unit tengah
Lokasi bandar tun razak kuala lumpur

Kes 7
Ogos 2016
Berjaya wangikan rumah teres 2 tingkat unit tengah
Lokasi seremban, negeri sembilan

Kes 8
September 2016
Berjaya wangikan rumah teres 1 tingkat unit tengah
Lokasi senawang, negeri sembilan

Kes 9
Bermula oktober 2016
Masih berjalan projek
Siap 88%
Dijangka siap 100% hujung january 2017
Wangikan rumah teres 2 tingkat unit corner
Lokasi melaka

Nota:
Alhamdulillah 
Berjaya memaksimakan potensi diri untuk melayan hobi hartanah rumah busuk menjadik wangi

Ibadah haji
=======
Diizinkan oleh ALLAH
Kes rayuan selama tempoh 2 tahun diluluskan
Sepanjang september 2016 mengerjakan ibadah haji bersama isteri

Ibadah umrah
==========
Diizinkan oleh ALLAH
Untuk mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga membawa ibu, isteri dan 4 anak pada akhir november 2016

Musafir
=====
Diizinkan oleh ALLAH
Untuk bermusafir selama 2 minggu pada disember 2016 di hong kong

Keinsafan
======
Gagal dalam temuduga untuk kenaikan pangkat dalam kerjaya
Keputusan diketahui pada oktober 2016
Aku redho dan pasrah

Buku sulong
========
Diizinkan oleh ALLAH
Untuk menulis buku sulong bertajuk "hobi hartanah" yang berkisar tentang pengalaman mewangikan rumah busuk yang diterbitkan pada ogos 2016

Menang lelong rumah busuk
===================
Diizinkan oleh ALLAH
Untuk menang beberapa kes rumah busuk termasuk sekitar 4 hari lalu sewaktu aku bermusafir di hong kong

Melupuskan rumah wangi
==================
Diizinkan oleh ALLAH
Untuk melupuskan (menjual) rumah wangi kepada insan yang memerlukan sambil memberi manfaat

Membeli rumah sub sale
================
Diizinkan oleh ALLAH
Untuk membeli rumah sub sale yang berstatus rumah busuk melalui rakan taulan dan rakan agent ren

Kesimpulan
========
Penuh kesyukuran ke hadrat NYA
Peluang dan pinjaman yang diberikan
Aku hanya insan biasa
Kekadang masa yang amat terhad
Kudrat yang sedikit
Kadangkala tertidur kelesuan di dalam van demi mencari rezki
Ke hulu ke hilir menaiki van melayan hobi rumah busuk
Setiap masalah cuba diatasi
Dengan rasa rendah diri 
Aku memohon ampun dan maaf dari kalian semua sempena hari terakhir pada tahun 2016
Sokongan kalian aku harapkan
Tanpa kalian kenkawan siapalah daku
Buat ibu tersayang, isteri tercinta, 4 kidos, adik-adik ... doa dan kerjasama serta dokongan amat dihargai
Hobi hartanah rumah busuk senantiasa dalam lubuk hatiku
Aku berpuashati dengan coretan diary sepanjang perjalanan tahun 2016 yang penuh onak dan duri
Tambahan pula keadaan ekonomi yang tidak menentu di kala ini
Moga ALLAH permudahkan urusan untuk hari yang mendatang
Moga tahun baru 2017 akan lebih cemerlang
Alhamdulillah 
InsyaAllah 
Aamiin
😄👍
Jika bermotivasi boleh SHARE ke kenkawan 

Ir. AJAK
31 disember 2016










No comments:

Post a Comment