===================
Sejak dua menjak nie:
1. Setiap kali aku membida rumah busuk di lelongan awam di seremban ... Makin ramai pembida yang berminat
2. Dari sini aku lihat trend semasa bahawa rumah busuk sudah mula ada tarikan yang tersendiri
3. Pembida makin hari makan ramai ... Malah setiap rumah melebihi 10 orang pembida
4. Bukan setakat 2 kali mengangkat tangan ... Kekadang sampai lebih 10 kali angkat tangan baru tukul diketuk ... Pesaing makin hangat
5. Dari pemerhatian aku bahawa peminat dari luar seremban pun ada yang memasuki bidaan
6. Keadaan ini menunjukkan trend yang positif kerana makin ramai yang menyedari potensi rumah busuk
7. Mungkin jugak pembida sudah mendapat info bahawa hartanah di seremban makin mendapat sambutan menggalakkan
8. Mungkin jugak kerana faktor jaringan hiway yang berada 4 lorong pergi dan balik dari Nilai ke Seremban
9. Tidak ketinggalan jugak pihak pemaju perumahan yang meng war warkan kecanggihan Bandar Seremban 2 di media sosial dan jugak di media elektronik
10. Aku positif dengan sebarang bentuk persaingan yang sihat
11. Aku heppy untuk berkawan dengan semua rakan rakan penggiat hartanah
Aku sekadar melayan hobi hartanah jer
Selamat beribadah di 4 hari terakhir Ramadhan
SHARE untuk manfaat kenkawan semua
Ir. AJAK
No comments:
Post a Comment