31 October 2016

Ruang porch

RUANG PORCH RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Ini salah satu ruang porch rumah busuk

Salah sebuah rumah busuk yang diusahakan sejak kira kira 3 bulan yang lepas

Yang telah berjaya di wangi kan baru baru ini

Ruang porch telah:

1. Di pasang plaster siling

2. Di pasang lampu downlite 

3. Plaster siling telah dicatkan putih

4. Di pasang kipas warna hitam 5 bilah auto remote

5. Lantai di pasang tiles

6. Di tepi tiles ada skirting

7. Dinding telah dicatkan warna kuning

8. Pintu kayu

9. Simple pintu gril

10. Tingkap kaca tinted pada sebelah pintu

11. Frame warna putih pada tingkap dan pintu bagi menaikkan seri

12. Dipasang aircond untuk ruang tamu

Untuk mewangikan rumah busuk memerlukan sedikit ketelitian dan kreativiti serta kesabaran

Tak boleh tergesa gesa sangat

Kekadang perlu rilek untuk melayan hobi nie

Betoikan


Ir. AJAK


Cucur

Cucur + kuah kacang 

Sedap nyer

😄


Trowback

Pepagi monday blues ...

Terjumpa plak gambo nie dalam henpon ...

Trowback last year holiday di tokyo ...

Kidos melompat ...

Hehehee😄


30 October 2016

Stor ...

STOR RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Stor dalam rumah busuk jugak penting

Biasanya jika rumah 2 tingkat

Boleh pertimbangkan stor di letakkan di bawah tangga

Atau jika ruang rumah yang luas boleh bina sebuah bilik untuk dijadikan stor 

Kegunaan stor boleh menyimpan pelbagai barang barangan

Barang yang penting tetapi yang jarang kita gunakan seperti contoh peralatan elektrik vacuum dan peralatan alat pertukangan

Rumah boleh nampak lebih kemas

Lebih teratur dan tersusun rapi

Maka jika mahu buat renovation rumah busuk

Cubalah pertimbangkan agar ada sedikit ruang untuk diperuntukkan untuk membina ruang stor

Mesti para ibu ibu akan suka jika kita menyediakan ruang stor ini😄

Betoikan

Aku nie kan layan hobi hartanah rumah busuk jer


Ir. AJAK


Ruang dapur

RUANG DAPUR RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Idaman para para ibu-ibu dan anak-anak dara (🌹)

Jika boleh:

1. Ruang dapur yang besar

2. Ruang dapur yang bersih

3. Ruang dapur yang teratur

4. Ada table top

5. Ada kitchen kabinet 

6. Ada sinki yang eok dan besar

7. Ada dapur gas build in yang bersih

8. Ada hood yang boleh menyedut asap

9. Ada lantai tiles yang tidak licin sangat

10. Terdapat lokasi mesin basuh

11. Soket soket yang mencukupi untuk pelbagai kemudahan elektrik 

12. Kedudukan peti ais yang sesuai

13. Plaster siling

14. Kipas angin

15. Lampu yang terang tidak malap di ruang dapur

16. Tingkap sliding yang mudah untuk dibuka bagi kemasukan cahaya

17. Sebuah pintu kayu untuk kemudahan keluar masuk ke ruang belakang

18. Bersebelahan dengan tandas untuk kemudahan

19. Pada dinding sebelah table top ada tiles untuk menaikkan seri

20. Pilihan warna cat dinding yang sesuai

Sekadar imaginasi aku di hari coti hari ahad nie

Sambil makan maruku deepavali

Inilah item item yang aku ambil kira di dalam mewangikan rumah busuk

Banyak rumah dah aku buat bagi kes kes yang lalu

Cer SHARE kan untuk manfaat kenkawan


Ir. AJAK



Adam

BERMAIN ANAK KUCING

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Anak bongsu

Muhammad Adam

Mula mula takut dengan anak kucing

Skrang dah makin berani

Nampak ada konfinden dah dia nie

Coti hari minggu

Layan kiddos

Anak anak korang ada yang takut dongan anak kucing ker

😄


Koleksi gambar

KOLEKSI GAMBAR RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Sehingga pagi nie

Dalam handphone aku ada sekitar 37,343 gambar dan video

Sebahagian besar adalah koleksi gambar rumah rumah busuk

Banyak jugak 

Kan kan

😄


29 October 2016

Sup daging

Sup daging 

Memalam nie memang sedap 

Sejuk hujan nie

Selera makan

Alhamdulillah 😄👍


Azan

Azan Zohor berkumandang ...


28 October 2016

Tandas

TANDAS DI DALAM RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Tandas sangat penting

Tandas yang selesa adalah idaman kita semua

Tandas rumah ini telah:

1. Di pasang tiles lantai

2. Di pasang tiles dinding

3. Tandas jamban duduk

4. Sinki

5. Kepala paip

6. Water heater

7. Tandas yang luas

8. Plaster siling

9. Lampu downlite

10. Ekzos fan

Nie lah rumah busuk yang telah hampir di wangikan

Pasti bakal pembeli rumah atau bakal penyewa akan berpuashati

Betoikan😄


Ir. AJAK



27 October 2016

Sup ekor ...


Sedap gakk ...


Cantek ker

RUMAH BUSUK SUDAH WANGI

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Rumah busuk yang sudah hampir hampir me wangi:

Pintu kayu

Gril sudah dipasang

Plaster siling

Lampu downlite

Kipas remote auto 5 bilah

Aircon

Lantai tiles 2 x 2

DB yang baru

Soket 

Point Astro

Point internet

Cat dinding warna purple gitur

Ada yang berminat dengan rumah nie ker

Hahahaha😄


Ir. AJAK



26 October 2016

Kongsi ilmu

BERKONGSI ILMU

◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Antara saat saat yang paling indah dalam kehidupan aku

Apabila dapat berkongsi sedikit ilmu yang aku ada

Pengalaman aku boleh memberi manfaat kepada orang lain

Alhamdulillah 

😄👍



Pagar 4 daun

PASANG PAGAR RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Rumah busuk sudah hampir sempurna di wangikan

Pasang pagar 4 daun lewat potang nie

Esok esok kontraktor akan pasang autogate plak

Rewiring autogate dah ready

Nextweek boleh final touch up

Syok tengok rumah dah jadik macam gini

Kan kan

😄


Ir. AJAK 




25 October 2016

Ubi kayu rebus

Ini aku masak potang nie

1. Ubi kayu aku kupas dan rebus

2. Sambal ikan bilis pun aku masak

Jangan cakap abang ajak tak payung gambo yer 

😄


Fren Fb dan folower

TERIMA KASIH FRIEND & FOLOWER 

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Friend FB ada 5000 pax

Follower FB ada 9230 pax

Jutaan terima kasih kerana sudi untuk kita berkawan di FB nie

Aku berkongsi ceriter kehidupan

Kekadang ceriter hobi hartanah rumah busuk

Jika tersasul bahasa aku pohon berbanyak maaf

Monday blues beb

Yuhuuu satu kali 😄


Ir. AJAK



Tandas

TANDAS RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Tandas sangat memainkan peranan dalam kehidupan kita

Setiap hari kita akan gunakan tandas

Malah berkali kali setiap hari akan masuk tandas

Maka dalam kes renovation rumah busuk memang aku akan ambil berat sesangat

Sekurang kurangnya 2 buah tandas bahagian bawah dan 1 buah tandas di bahagian atas

Barulah selesa

Maka korang jugak perlu mengambil kira ruang tandas dalam kes renovation 

Betoikan 

Cer SHARE kan


Ir. AJAK 



24 October 2016

Nak asah pensel

Pepagi monday blues dah mengasah pensel 2b

Aku kekadang masih menggunakan pensel untuk membetulkan deraf surat atau deraf kertas kerja

Terasa laju plak menulis

Teringat jaman sekolah sekolah dolu dolu

Sonyum seseorang nie

😄


23 October 2016

Ubi kayu

Nak merebus ubi kayu ...


Ruang porch

RUANG PORCH RUMAH BUSUK YANG BESAR

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Ruang porch rumah busuk yang besar menarik minat

Ruang yang luas boleh letak kerata lebih dari 1 biji

Ruang yang besar amat selesa

Ruang yang lapang juga melapangkan mata memandang

Cuba ejas supaya tiada tiang yang mengganggu di tengah tengah porch

Luas porch nie dari tiang ke tiang ialah 26 kaki

Sekadar perkongsian di potang ahad


Ir. AJAK


Pelaburan ilmu

PELABURAN ILMU

◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Pelaburan ke atas ilmu juga sangat penting 

Jangan kedekut nak keluarkan wang untuk membeli

Cedok idea idea 

Betoikan 

.

.

Sifu sifuku:

Meor Zaidee

Azizul Azli Ahmad

Rohaniah Noor

Mior Hafis Mior Ahmad

Mohd Safuan

.

.

Boleh mesej kak jemah Anis Hafiza untuk memiliki buku buku nie

😄👍


22 October 2016

Memang leceh

RENO RUMAH BUSUK MEMANG LECEH
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Sebut jer nak reno rumah busuk 
Mesti ada yang cakap "leceh lah tur"
Yer betoi
Aku tak nafikan ... memang leceh
Memang tak selera nak tengok rumah busuk
Malah pada waktu reno pun memang kelam kabut dalam rumah busuk
Maksud saya leceh tur:
1. Rumah buruk
2. Keadaan dalam rumah macam kapal karam atau tongkang pecah
3. Bumbung tak ada
4. Tingkap dah pecah
5. Pintu dah hancur
6. Tandas tak boleh guna dah
7. Bahagian dapur buruk sesangat
8. Nak renovation perlukan duit
9. Nak mintak kelulusan pelan renovation dari majlis berbagai dokumen diperlukan
10. Nak reno pulak perlukan wang besar
11. Kontraktor tak semestinya bagus
12. Tak betoi kaedah renovation rumah tidak menjadik sewangi yang diharapkan
13. Makan masa untuk kerja renovation 
14. Perlu pantau dan paham cara kerja renovation
15. Sifat kesabaran perlu tahap tinggi yer
16. Koordinasi dengan semua pihak kontraktor binaan, kontraktor elektrik, kontraktor kabinet, kontraktor gril dan mungkin pihak yang lain lagi
17. Idea jugak perlu kreatif untuk mewangikan rumah busuk
18. Perlu ada masa diperuntukkan untuk layan rumah busuk nie
19. Telinga perlu tebal untuk telan apa saja orang cakap pasal kita ... ada aku kesah beb
20. Risiko awex tak pandang kat kita coz asyik layan rumah busuk jer ... hehehe
Tapi Ir. AJAK tak busuk tau 😄
Cer tolong SHARE kan

Ir. AJAK
www.irajak.com


Tandoori

Tunggu roti nan sampai plak

Sedap nie 


Kopok

Kudapan depan tv

Layan citer hindustan

Sambil buat bajet rumah busuk 

😄


Berpeluh

Berpeluh jugak lah 

Riadah santai santai

😄


Riadah

Nak mula riadah di petang hari coti ...


Asam pedas

Atas permintaan kidos

Coti hujung minggu

Wife tunaikan jer

Aku tumpang ler permintaan tur

Amat membuka selera ku

Nyum nyum😄


Surat khabar

Pagi nie beli suratkhabar

Baca dan belek belek surat khabar

Baca pasal bajet beb

Semalam tak sempat dengor bajet 

Heehee😄


Bentang bajet 2017

NAK BENTANGKAN BAJET RUMAH BUSUK TAHUN 2017

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Tido korang ada mimpi bajet ker

Gomen dah bentangkan bajet negara potang semalam

Dah boleh buat bajet sendiri

Sesuai kan dengan keadaan diri dan family

Ambik peluang di mana yang sesuai

Ejas ejas ler

Eehhh macam aku pak menteri plak nak nasihat korang

.

.

Aku belum dapat ilham lagi nie untuk buat bajet rumah busuk bagi tahun 2017

Masih ada sekitar 70 hari lagi untuk tutup tirai tahun 2016

Aku perlu pulun untuk siapkan projek renovation rumah busuk di melaka

Nak completekan kasi wangi beb

Maybe ada peluang 3 bijik rumah yang dah reno cantek cantek untuk dilepaskan kepada kenkawan untuk dimiliki:

1. Senawang Negeri sembilan (depan giant & mydin)

2. Melaka

3. Sikamat Negeri sembilan 

.

.

Congak congak dah ready in line untuk repair & renovation & deco deco bagi 7 bijik bagi tahun 2017 tahun depan weh:

1. Temiang Sikamat Seremban 

2. Sikamat seremban 

3. Jujur sikamat seremban

4. Paroi seremban 

5. Permai seremban

6. Pandamaran klang selangor

7. Bangi selangor

Maybe ada yang ke 8 di sikamat sedang masih nego kaw kaw dengan direct owner

.

.

Macam tak bleh siap semua dalam tahun 2017 nie 

Entah entah dah boleh melimpah untuk bajet 2 tahun lagi iaitu tahun 2018

Wowooo terlajak aktif aku nie

Asyik melayan hobi hartanah rumah busuk jer beb

Malu pun adoo tapi dek kerana dah minat wehhh

.

.

Aku bentang bajet dekat "membesor a.k.a wife tercayang" jer

Korang janganlah gelakkan aku

Masih tercari cari tarikh yang sesuai nie

Tapi dah bisik kat membesor

Dia kata perlu bentangkan bajet di "oberc" sambil holiday bersama kiddos

Nampaknyer aku bentangkan bajet penghujung disember 2016 ler

Ambik coti rehat 2 minggu ler gamaknyer

.

.

Yuhuuu satu kali

Ini semua poyo jer

Tapi biasa biasanyer poyo sambil berangan mat jenin aku nie akan menjadik kenyataan

Itulah dunia hobi hartanah rumah busuk aku

Kompom beb 

Aku layan hobi jer nie😄


Ir. AJAK

www.irajak.com



21 October 2016

Bajet

BAJET

◾️◾️


Aku pun nak bajet jugak

Bajet rumah busuk

Bleh ker gitur

😄


Ir. AJAK

Masih ada yang konpius lagi dengan nama "Abdul Razak" ...

Dolu dolu Nama Facebook saya ialah "Ir. AJAK"

Yuhuuu satu kali ...😄



Jiwang


20 October 2016

Penilaian


PENILAIAN RUMAH BUSUK YANG DIWANGIKAN

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Soalan:

Ada soalan yang bertanyer 

Bagaimana penilaian harga yang dibuat terhadap rumah busuk yang telah diwangikan


Pandangan aku:

Boleh lantik syarikat valuer yang berdaftar untuk membuat laporan penilaian

Pihak bank pulak akan guna khidmat panel valuer memasing

Korang boleh bantu pihak valuer untuk memudahkan kerja dia

Betoilah korang dah bayar yuran fee

Tapi tak salah mudahkan urusan dia kan

Mudah-mudahan boleh "up" kan sket harga rumah tur 

Kita layan bebaik


Tips:

Untuk membantu pihak valuer untuk menaikkan nilai sesebuah rumah yang telah di wangi kan:

1. Sediakan pelan kelulusan pelan ubahsuai yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan

2. Sediakan laporan bergambar sebelum renovation

3. Sediakan gambar selepas renovation

4. Ceriter kepada pegawai valuer tur nilai kos yang telah dihabiskan untuk mewangikan rumah itu

5. Bawa pihak valuer untuk melawat rumah wangi tur dan bawa dia masuk ke dalam rumah untuk melihat sendiri rumah yang telah wangi

Contoh lihat ruang porch dan ruang bahagian dapur yang telah dibina table top serta telah dipasang dengan kitchen kabinet

6. Jika pegawai valuer tur gegurl chomei lotey ...  bawaklah pergi bekfes "nasil lemak anak dara" ... tapi jika bebalak bawak bekfes di mamak dah lah

Boleh ker gitur


SHARE untuk manfaat kenkawan yang lain yer

Malam jemaat nie ... aku nak tido awai sket ... Zzzzzzzz


Ir. AJAK




Berkawan

BERKAWAN DENGAN PEMINAT RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Dalam buku HOBI HARTANAH

Bab 2

Aku ada berkongsi sedikit tentang pandangan ini

Itulah pandangan aku

😄




19 October 2016

Ramai yang tak minat

RAMAI YANG TAK MINAT "RUMAH BUSUK"

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Tak semua yang minat rumah busuk

Tak semua yang benci rumah busuk

Ramai yang risau nak masuk ke dalam rumah busuk

Ada yang jugak yang berminat mengintai intai ke dalam rumah busuk

Kekadang rumah busuk menjadi tempat orang membuang sampah sarap

Tak kurang jugak yang menjadik sarang penagih

Tak mustahil jugak binatang berbisa pun ada bersembunyi kat situ

Betoi ker apa yang aku cakap nie

Tapi aku pelik sket 

Suker layan hobi hartanah rumah busuk

Hehehe😄


Ir. AJAK 




18 October 2016

Sifu

AKU BUKAN "SIFU RUMAH BUSUK"

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Dalam Facebook ada macam-macam jenis sifu-sifu:

1. Sifu hartanah

2. Sifu hartanah undercon

3. Sifu hartanah subsale 

4. Sifu hartanah lelong

5. Sifu hartanah sewa

6. Sifu hartanah sublet

7. Sifu hartanah flip

10. Sifu hartanah homestay 

11. Sifu hartanah rumah busuk

12. Sifu-sifu yang lain-lain ... mereka yang hebat belaker

Aku bukan sifu rumah busuk

Aku sekadar melayan hobi jer

Cer korang tag kan sifu-sifu yang hebat untuk aku follow dan kenkawan lain follow

Tak semestinya sifu yang berkaitan hartanah jer

Sifu yang lain memberikan manfaat kepada kita semua

Kito berkongsi ilmu dan pengalaman ...


Ir. AJAK 



Kari

Kari ikan tenggiri

Wife masak malam nie

Ermmm pekat kuahnya

Sedap


Modal

MODAL RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Nak layan rumah busuk
Memang perlu ada modal
Tak bleh dengan air liur jer beb
Modal kewangan samada dari:
1. Pinjaman loan rumah ker
2. Simpanan di bank ker
3. Simpanan di ASB ker
4. Dapat bonus ker
5. Hasil takaful ker
6. Pinjam wang dari wife ker
7. Pinjam dari majikan ker
8. Pinjaman peribadi ker
9. Gadaikan emas fizikal ker
Yang penting modal untuk memiliki rumah busuk
Jangan lupa modal untuk mewangikan rumah busuk pun perlu diambil kira
Betoikan

Ir. AJAK

Tempoh masa reno

TEMPOH MASA RENO RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Dalam tulisan buku aku yang bertajuk HOBI HARTANAH

Pada bab 33

Aku ada ceriter tentang tempoh masa

Anggaran jer lah

Tapi memang boleh menjadik panduan untuk reno rumah busuk

Korang dah baca ker

😄


17 October 2016

Courier

Yang order today

Aku dah isi dalam sampul dan tulis alamat

Esok selasa wife akan ke pos laju untuk courier kan

Tunggu yer

😄



Mamak

Diskus bab hartanah ...

Dokumen dah ready ...

Di mamak jer ...

Nilai 6 angka ...

😄


Itik

Daging Itik ... dapnyer ...😄


16 October 2016

Senin

Yang dah order

Esok isnin akan di courier yer

Tunggu di alamat premis memasing

InsyaAllah 😄


Nangka

Nangka MADU

Nyum manis



Kreativiti


RUMAH BUSUK PERLUKAN KREATIVITI
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Jika dah mula ada minat untuk layan rumah busuk
Mesti pupuk sifat sabar yang tinggi
Tidak boleh mudah mengalah pada cabaran:
1. Kenkawan akan selalur mengutuk
2. Jiran pun pandang sebelah mata
3. Opismate akan cakap "kau nie biar betoi beb"
4. Ahli keluarga kekadang pandangan dengan TIDAK yakin
Yang tidak kurang penting jugak perlukan kreativiti diri untuk mewangikan rumah busuk:
1. Nak reno porch
2. Nak reno dalam rumah
3. Nak reno bahagian dapur
4. Nak pilih warna cat
5. Nak deco deco sket sket
Korang jangan kutuk aku yer sebab suker citer umah busuk
Aku kan layan hobi jer beb

Ir. AJAK

Wall fb

NAMA DALAM FACEBOOK 

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Nama dalam Facebook saya ialah : Abdul Razak

Nama yang lama: Ir. AJAK

Nama pena penulis: Ir. AJAK

Nama ikut kad pengenalan: Abdul Razak Bin Kamarudin

Hobi Hartanah Rumah Busuk

.

.

Awex awex panggil saya: Abang AJAK .... menggatal sket jer .... adududu😜

.

.

Jangan konpius yer

Yuhuuu😄


Meleleh peloh

Meleleh peloh di dahi dan tengkuk

Berehat jap

Wowowoooo😄