NAK BENTANGKAN BAJET RUMAH BUSUK TAHUN 2017
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Tido korang ada mimpi bajet ker
Gomen dah bentangkan bajet negara potang semalam
Dah boleh buat bajet sendiri
Sesuai kan dengan keadaan diri dan family
Ambik peluang di mana yang sesuai
Ejas ejas ler
Eehhh macam aku pak menteri plak nak nasihat korang
.
.
Aku belum dapat ilham lagi nie untuk buat bajet rumah busuk bagi tahun 2017
Masih ada sekitar 70 hari lagi untuk tutup tirai tahun 2016
Aku perlu pulun untuk siapkan projek renovation rumah busuk di melaka
Nak completekan kasi wangi beb
Maybe ada peluang 3 bijik rumah yang dah reno cantek cantek untuk dilepaskan kepada kenkawan untuk dimiliki:
1. Senawang Negeri sembilan (depan giant & mydin)
2. Melaka
3. Sikamat Negeri sembilan
.
.
Congak congak dah ready in line untuk repair & renovation & deco deco bagi 7 bijik bagi tahun 2017 tahun depan weh:
1. Temiang Sikamat Seremban
2. Sikamat seremban
3. Jujur sikamat seremban
4. Paroi seremban
5. Permai seremban
6. Pandamaran klang selangor
7. Bangi selangor
Maybe ada yang ke 8 di sikamat sedang masih nego kaw kaw dengan direct owner
.
.
Macam tak bleh siap semua dalam tahun 2017 nie
Entah entah dah boleh melimpah untuk bajet 2 tahun lagi iaitu tahun 2018
Wowooo terlajak aktif aku nie
Asyik melayan hobi hartanah rumah busuk jer beb
Malu pun adoo tapi dek kerana dah minat wehhh
.
.
Aku bentang bajet dekat "membesor a.k.a wife tercayang" jer
Korang janganlah gelakkan aku
Masih tercari cari tarikh yang sesuai nie
Tapi dah bisik kat membesor
Dia kata perlu bentangkan bajet di "oberc" sambil holiday bersama kiddos
Nampaknyer aku bentangkan bajet penghujung disember 2016 ler
Ambik coti rehat 2 minggu ler gamaknyer
.
.
Yuhuuu satu kali
Ini semua poyo jer
Tapi biasa biasanyer poyo sambil berangan mat jenin aku nie akan menjadik kenyataan
Itulah dunia hobi hartanah rumah busuk aku
Kompom beb
Aku layan hobi jer nie😄
Ir. AJAK
www.irajak.com
No comments:
Post a Comment