11 October 2016

Dokumen


DOKUMEN UNTUK PELUKIS PELAN
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Malam nie aku sediakan dokumen lagi
Photokopi dokumen untuk serahkan ke pihak pelukis pelan
Untuk proses pelan kelulusan di Majlis Perbandaran Seremban
Ini untuk projek renovation rumah busuk bagi tahun depan 2017
Dah ada stok 3 bijik rumah busuk yang hampir pasti untuk di wangi kan pada tahun depan 2017
Setakat today pada oktober 2016
Esok esok jika bertambah lagi stok aku tak pasti plak
Dokumen yang perlu di sediakan untuk diserahkan ke pihak pelukis pelan:
1. Salinan kontrak lelongan
2. Salinan geran hakmilik + pelan tanah
3. Salinan kad pengenalan
4. Salinan bil cukai pintu
5. Salinan resit bayaran cukai pintu
6. Salinan bil cukai tanah
7. Salinan resit bayaran cukai tanah
8. Sketch pelan yang ingin di renovation
9. Bagilah senarai keperluan seperti:
- porch bentuk macam mana
- saiz dapur untuk ditarik ke belakang
- berapa bilik tidur
- berapa tandas
- berapa jamban
- kedudukan cadangan susunatur
10. Duit bayaran wang proses
11. Sertakan nombor handphone jugak
12. Alamat surat menyurat
13. Alamat premis untuk di renovation
14. Aturkan lawatan ke tapak premis bagi pelukis pelan untuk sukatan yang tepat dan gambaran sebenar di tapak
15. Berbincang dengan pelukis pelan sehingga mencapai kata sepakat pada cadangan pelan lukisan
Ini lah proses yang aku buat sebelum melaksanakan proses renovation mewangikan rumah busuk
Harap korang dapat idea untuk melakukan perkara yang sama
Tapi maybe berlainan prosedur bagi setiap majlis perbandaran 
Korang boleh semak di pejabat masing masing yer
Korang SHARE lah untuk manfaat kenkawan yang lain yer
Yuhuuu !!!!😄

Ir. AJAK

No comments:

Post a Comment