10 October 2016

Baki bayaran rumah lelong

BAKI BAYARAN RUMAH LELONG
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Aku ada menang bidaan rumah lelong tempohari
Siang tadi wife dah pergi ke bank untuk sediakan banker cheque
Nak uruskan bayaran baki
Perlu pastikan dalam tempoh 120 hari untuk dijelaskan ke pihak bank pelelong
Esok nak usahakan agar runner pihak lawyer boleh collect dokumen
Dokumen yang perlu diberikan:
1. Baki bayaran 90% dalam bentuk banker cheque atas nama bank pelelong
2. Salinan kontrak lelongan
3. Salinan kad pengenalan
4. Salinan bil cukai tanah
5. Salinan resit bayaran cukai tanah
6. Salinan bil cukai pintu
7. Salinan resit bayaran cukai pintu
8. Salinan geran
9. Salinan carian persendirian
10. Duit bayaran fee ke pihak lawyer
11. Pastikan korang ada simpan salinan banker cheque itu sebagai rujukan kemudian hari
12. Di belakang banker cheque ... Usahakan untuk menulis maklumat:
- nama 
- no kad pengenalan
- no hp
- alamat surat menyurat
- maklumat lelongan
- alamat premis yang di menangi
Lepas sholat isyak tadi 
Aku photostat sendiri semua dokumen sambil pakai kain pelekat jer ... Hehehehe😄
Dalam bilik rumah aku ado sebijik mesin photokopi 
Dengan adanya dokumen sebegini memudahkan pihak lawyer untuk meneruskan proses seterusnya
Inilah tindakan yang aku lakukan saban kali untuk menyempurnakan proses lelongan yang dimenangi
Jika korang dapat ilmu dari tulisan aku nie
Cer SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain
"Ingat rumah busuk ... Ingat Ir. AJAK yer ... Tapi Ir. AJAK tak busuk tau ... Yuhuuu !!!

Ir. AJAK
www.irajak.com

No comments:

Post a Comment