31 December 2016
Diary tahun 2016 ...
Courier
BUKU HOBI HARTANAH
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Dah ready untuk courier
Tunggu
.
.
Sekadar berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang saya ada
Tq fren😄👍
30 December 2016
Dari rumah busuk ...
DARI RUMAH BUSUK KE RUMAH WANGI
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Today jumaat
Aku spechles sket
Biarlah gambo yang berbicara
Dari rumah busuk ke rumah wangi
Ini gambo sebenar
Kes yang sebenar
Sudah 88% siap renovation
Dijangka penghujung bulan january 2017 akan 100% siap
InsyaAllah
Aku kan layan hobi hartanah rumah busuk jer 😄
Kenkawan mohon SHARE kan jugak untuk inspirasi kenkawan yer 😄
Ir. AJAK
Nak lihat gambo keseluruhan ... boleh buka facebook saya yer
Www.facebook.com/abdulrazakbinkamarudin
29 December 2016
Airport
Nak bertolak pulang sudah ...
Hampir sekitar 2 minggu di sini ...
"Bonding time" ber holiday bersama family ...
Kami berjalan kaki bersama
Kami naik bas bersama
Kami naik train bersama
Kami makan bersama
Kami sesat bersama
Kami penat bersama
Kami angkat beg bersama
Semua bersama
Alhamdulillah
Bermusafir di bumi ALLAH
Melihat keindahan bumi ciptaan NYA
.
.
Setiap kali bermusafir berholiday
Mesti ada "idea baru tentang rumah busuk" 😄
InsyaAllah
Aamiin
Ir. AJAK
Hong Kong Airport
Bas
Jaman skolah rendah dolu dolu
Pergi skolah kayuh beskal jer
Tak berpeluang naik bas untuk duk di kerusi blakang
Skrang nie tatkala travel ber holiday di oberc ... naik bas suker duduk d blakang sekali
Layan ...
😄
28 December 2016
Ocean park ...
Today kat sini plak ...
Melayan kidos ...
.
.
Imbau 4 tahun lepas pernah melepak dongan kidos di sini ... masa tur naik bas ... today naik train yang baru dibuka secara rasmi today ...
😄
Tips ...
MELAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Melayan hobi hartanah rumah busuk:
1. Jiwa perlu kental
2. Emosi perlu tenang
3. Matlamat perlu jelas
4. Strategi perlu mantap
5. Networking perlu kukuh
6. Planning wajib teratur
7. Mentor pun perlu ada
8. Ilmu mesti top up selalur
9. Poket perlu terisi selalur tetapi tak mesti nya tebal
10. Doa dan terus berdoa kepada ALLAH serta tawakal
.
.
Jangan mudah terikut-ikut tanpa ilmu
Khuatir tersungkur pulak nanti
.
.
SHARE kan untuk manfaat kenkawan di luar sana
Aku sekadar melayan hobi jer beb 😄
Ir. AJAK
Hong Kong
#rumahbusuk
27 December 2016
Mengecat
RUMAH BUSUK SUDAH MULA DI CAT
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Dapat mesej dari sahabat kontraktor
Rumah busuk yang progres kerja skrang nie
Sudah mula kerja mengecat dinding dan plaster siling
Makin hari progres makin bertambah
Memang syok melihat rumah makin mewangi
Walaupun dalam rumah masih bersepah dongan pelbagai kelengkapan buat kerja kontraktor
Korang dah nampak kan kan dalam gambo tur
Layan hobi di penghujung tahun 2016 nie
😄
Ir. AJAK
Menang lelong
AKU MENANG LELONG
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Aku masih bercoti rehat sekitar 2 minggu di Hong Kong bersama family
Ingatkan nak berehat betoi betoi berehat dari hobi rumah busuk nie sewaktu holiday
Gian jugak rupernyer
Nak jugak melayan hobi rumah busuk
Dari kejauhan di tanahair nie
Aku masuk jugak "bidaan lelongan awam" pada jam 2.30pm petang ini hari selasa 27hb disember 2016
Alhamdulillah
Rezki memihak kepada diri aku
Berdoa dari sini jer
Walaupun bukan menang dengan harga rizab
Kerana ada pembida non bumi yang minat "rumah busuk" yang sama:
Rumah landed
2 tingkat
Lokasi selangor
Unit corner lot
HANYA TINGGAL RANGKA:
Tiada bumbung
Tiada kekuda
Tiada tingkap
Tiada pintu
Tiada pagar
Betoi betoi rumah ZOMBI beb
.
.
Korang ada brani
Gambar rumah adalah yang sebenar
Sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk jer
Alahaiiii 😄
Ir. AJAK
Kowloon
Hong Kong
26 December 2016
Lunch ...
Lunch time ...
Kepenatan melayan kidos bermain di Disneyland pada hari ke 2 ...
Nak pakai chopstik tak mahir ...
Heheehe ...
Sumbangan
TABUNG MASJID
◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Pada tahun 2012 aku pernah memasukkan sejumlah wang untuk sumbangan tabung masjid
Aku jugak berdoa akan suatu masa nanti akan berpeluang untuk memasukkan semula sumbangan ke tabung ini
Aku berusaha untuk mencari rezki yang halal
Alhamdulillah today ahad 25 disember 2016 diberi peluang untuk berbuat perkara yang sama
Terasa heppy sangat dapat berbuat sesuatu yang aku suker
Agar peluang ini akan kembali menyusul suatu hari nanti mendatang
InsyaAllah
Aamiin 😄
Ir. AJAK
Masjid Kowloon
Hong Kong
Siap kitchen kabinet ...
KITCHEN KABINET SUDAH SIAP DI PASANG
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Taraaaaa
Pepagi monday blues
Kerja semalam yang dimulakan
Kitchen kabinet sudah siap di pasang
Bahagian atas saiz yang agak tinggi sampai ke siling
Warna terang untuk kitchen kabinet
Table top berwarna hitam
Siap pasang simple hood dan dapur gas
Dinding antara table top dan kitchen kabinet yang atas ada dinding tiles
Sinki ada 2 bijik
Lantai tiles
Ruang dapur nampak kemas dan teratur
Kipas siling belum dipasang lagi tur dan wayar terjulur jer
Rumah busuk makin mewangi
Dijangka menjelang hujung january 2017 akan siap semuanya bagi sebuah rumah
Semua perancangan berjalan dengan lancar
Alhamdulillah
Layan hobi beb 😄
Ir. AJAK
HK
25 December 2016
Kitchen kabinet
PASANG KITCHEN KABINET RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Hari ini coti hari ahad
Sempena coti hari krismas
Kontraktor buat kerja pemasangan kitchen kabinet
Akan dipasang pada atas dan bawah table top
Panjang kitchen kabinet sekitar 13 kaki
Apabila dah siap di pasang nanti
Pasti berseri di bahagian dapor nie kan
.
.
Yang penting kerja berjalan di tapak
Walaupun aku sedang berada 2 minggu di hong kong
Alhamdulillah
.
.
Sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk
😄
Ir. AJAK
Hong Kong
Lamb shank
KARI KAMBING
◾️◾️◾️◾️◾️
Hari ahad today
Mencari kari kambing "lamb shank" + nasik beriani
Di kowloon hk
Wahhhh sodap beb ...bertambah berpinggan pinggan
Ada pulak capati ... cicah kuah kari
Memang mabeles
Alhamdulillah
😄
24 December 2016
Dingin ...
Terasa dingin plak potang nie ...
Ambik angin segar di tepian avenue of star ...
Lepak lepak bersama kidos ...
Sambil tengok kapal lalu lalang ...
Indahnya bumi ciptaan NYA ...
Alhamdulillah ...
Rumah busuk
AKTIVITI RENOVATION RUMAH BUSUK MASIH BERJALAN
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Walaupun aku di sini bercoti rehat sekitar 2 minggu
Aktiviti mewangikan rumah busuk masih diteruskan
Progres skrang nie rumah busuk yang sedang di renovation:
1. Sedang memasang tiles untuk lantai di tingkat atas
2. Pihak kontraktor sedang mengimpal pintu pagar selebar 26 kaki dan menyiapkan gril sebuah rumah di bengkel di soromban
3. Kontraktor elektrik akan sambung kerja apabila telah disiapkan mengecat dinding oleh kontraktor binaan
4. Kontraktor kitchen kabinet sedang menyiapkan kerja dan dijangka akan dipasang pada table top selewatnya hujung tahun nie
Kerja sudah pada peringkat akhir semuanya untuk menyiapkan sebuah rumah yang mewangi
Layan jer aktiviti rumah busuk
Kan hobi aku tur
Ir. AJAK
Hong Kong
&&&& gayat sket tangkap gambo pada ketinggian segitur
Alahaiiii aku nie😄
23 December 2016
Big bus
BIG BUS
◾️◾️◾️
Ronda ronda sekitar Hong Kong
Guna khidmat Big Bus
Sambil menikmati cuaca dingin pagi nie
Layan
😄
Biznes korang ...
KORANG ADA BIZNES NAK SHARE KEPADA AKU KER ...
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Aku macam ada masa sket sewaktu bercoti nie ...
Cer korang taipkan LINK atau iklan sket apa apa biznes korang kepada aku ...
Aku cuba nak baca ...
Ker korang ada blog ... cer taipkan alamatnya ...
Jangan malu jangan segan ...
Maybe aku boleh jadik customer korang ...
Lai lai lai ...
😄
22 December 2016
21 December 2016
Kasut ...
KASUT
◾️◾️
Sewaktu nak travel
Kasut jugak penting
Amat memainkan peranan
Almaklum jerlah banyak perlu berjalan
Nak naik train perlu turun tangga ke bawah tanah
Kekadang ada eskalator kekadang takder
Jika tapak kaki dah sakit
Esok lusa punya planning untuk destinasi seterusnya akan terganggu
Maka persediaan untuk memakai kasut yang sesuai amatlah penting
Aku memang sediakan kidos dengan kasut dan bukan sandal
Agak agak nyer ... siapa yang pakai kasut yang berbeza jenama tur:
1. Aiman
2. Alif
3. Asyraf
4. Adam
Esok nak menapak lagi
Hehehe😄
Ke 7 tertinggi ...
KE 7 TERTINGGI DI DUNIA
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Berada di deck bangunan komersial ke 7 tertinggi di dunia ...
Nice view dari deck nie ...
Nampak sekeliling yang mengasyikkan ...
Sesekali nak bergambo dongan wife tercayang ...
Naik lif yang agak pantas hanya 60 saat sehingga ke deck ...
Dah siap beli 6 tiket online dari mesia lagi ...
Layan jer ...
😄
20 December 2016
Limau
PELAWAS
◾️◾️◾️
Sewaktu sedang bercoti rehat nie ...
Pelawas perlu jugak ...
Supaya semuanya teratur jer ...
Beli limau segar di petik dari ladang ...
Masih ada daun lagi tur ...
Perhhh manis ...
😄👍
Dah sampai
Kami dah sampai airport ...
Nak mencari public transport pulak untuk ke bandar ...
Moga dipermudahkan ...
InsyaAllah ...
😄
Musafir ...
19 December 2016
Zakat
TUNAIKAN KEWAJIPAN BERZAKAT
Hasil Transaksi Rumah Busuk
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Hari ini aku bercoti rehat
Banyak urusan yang cuba diselesaikan:
1. Pejabat tanah seremban
2. Pejabat lhdn seremban
3. Dokumen lawyer di bangi
4. Urusan peribadi di bandar sunway
5. Jumpa client di enstek
6. Courier dokumen ke kajang
7. Sempatkan jugak singgah di pejabat pusat zakat di seremban
Ke hulu ke hilir memecut naik van untuk semua urusan di atas
.
.
Hari ini walaupun aku agak penat
Tapi aku puas hati
Terasa sangat gembira
Kerana aku diberi peluang oleh ALLAH s.w.t untuk menunaikan kewajipan berzakat untuk tahun ini setelah cukup haul dan nisab
Ini target peribadi aku
Ini KPI aku setiap tahun
Ini matlamat aku
Berusaha bersungguh sungguh untuk meningkat bayaran zakat setiap tahun untuk peribadi diri aku
Aku selalur berdoa agar aku diberi peluang agar mampu meningkatkan kekerapan transaksi hartanah rumah busuk
Agar hasil tersebut membolehkan aku menunaikan kewajipan berzakat
Alhamdulillah aku bersyukur kerana telah berjaya menunaikan untuk tahun 2016
.
.
Moga tahun 2017 akan memberi peluang untuk aku berbuat sedemikian rupa untuk kesekian kalinya
Diberi kesihatan dan kelapangan yang baik
InsyaAllah
Aamiin
😄
Ir. AJAK
16f
18 December 2016
Star wars
Beg travel "star wars" ...
Singgah beli potang nie ...
Perlu berbelanjer lebih rm300 hengget ...
Baru berpeluang untuk beli dengan adanya "10 keping setem" ...
Normal price rm399 beg nie ...
Tapi dengan ado 10 keping setem ... hanya rm109 jer bayooo ...
Minat punyer pasal ...
Macam nak travel gie holiday hujung tahun jer ...
Layan jer beb ...
😄
Sold
SOLD
Unit End Lot
◾️◾️◾️◾️
Iklan rumah yang aku up kelmarin di wall pesbuk
Telah dilamar
Tahniah kepada buyer
Beliau merupakan seorang follower pesbuk aku untuk sekian lama (mesti beliau membaca tulisan nie)
Pantas mengambil tindakan
Bak kata kenkawan berbiznes "fast action ... fast result"
Buyer merupakan sebuah keluarga yang mengimpikan sebuah rumah pertama untuk dibeli
Landed property
Lengkap bersekali renovation yang telah siap sempurna cantek sebuah rumah
Kerana telah berjaya merebut peluang keemasan ini
Dokumen "perjanjian jual beli S&P" akan menyusul dalam masa terdekat
.
.
Aku sebagai owner rumah amat bermurah hati untuk memberikan beberapa perkara berikut:
1. Harga rumah RMXXX,000.00 sahaja
2. Rebat RM5 ribu diberi secara tunai apabila telah sempurna transaksi dengan bayaran penuh kepada owner
3. Kos lawyer S&P akan ditanggung oleh owner
4. Bayaran deposit RMX,000.00 (RMX,000.00 today ahad dan baki RMX,000.00 sebelum/sewaktu SIGN dokumen S&P)
5. Owner akan membenarkan kemasukan rumah lebih awal sebelum jumlah bayaran baki penuh diterima oleh owner (akan ditentukan kemudian secara persetujuan bersama)
Buyer akan jimat dan menikmati (enjoy) perkara berikut:
1. Tiada Agent fee sebanyak 3.18%
2. Jumlah deposit yang sangat rendah dan MINIMA berbanding bayaran yang sepatutnya berjumlah sekitar 10% bagi kes jualan rumah subsales berkeadaan biasa
3. Dapat rebat tunai RM5 ribu yang membolehkan buyer membeli perabot kelengkapan rumah
4. Bayaran lawyer fee S&P secara percuma
5. Direct deal dengan owner
6. Peluang untuk masuk rumah lebih awal (untung tak perlu bayar sewa)
.
.
Cuba korang kirakan jumlah PROFIT yang bakal diterima oleh buyer dan family beliau
Aku bukan SCAMMER yer
Aku owner bagi "rumah busuk"
Ini semua kenyataan belaker
Sekadar mahu memberi manfaat kepada orang lain yang memerlukan
InsyaAllah
Aku kan layan hobi hartanah rumah busuk jer😄😄😄
Mohon SHARE kan ceriter ini untuk motivasi kenkawan yang lain👍👍👍
Ir. AJAK
Seremban
Disember 2016