30 May 2017

Suhu 43

SUHU 43 DARJAH CELCIUS 


Agak panas nie

Matahari terik memancar

Ramadhan hari ke 4


Rumah busuk

RUMAH BUSUK


Saya berehat seketika untuk berkongsi ceriter rumah busuk 

InsyaAllah minggu depan saya dijadual akan kembali update cerita rumah busuk yer

πŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk



Lepak

Lepak di Dataran Kaabah ...


Hadiah anniversary 16

HADIAH ANNIVERSARY 16


Inilah hadiah anniversary ke 16 kiter

Mencari keredhoan dari NYA

Alhamdulillah 



29 May 2017

Dataran Kaabah

BERSHOLAT ZOHOR DI DATARAN KAABAH


Bersholat jemaah zohor di dataran kaabah

Kaabah di depan mata

Di panas terik matahari sekitar 42 darjah celcius

Ramadhan hari ke 3

Terasa amat kerdil diri ini

Untuk mencari keredhoan mu YA ALLAH

Ku lihat pusuan jemaah yang ramai

Mungkin jutaan jemaah agaknya

Macam semut ramainya

Kenikmatan beribadah di sini tanpa mengenal erti kepenatan walaupun berpuasa di cuaca yang agak panas dan mencabar bagi diri aku yang tiada biasa cuaca panas di sini

Aku gagahi jua

Walaupun tidur di dalam flight malam tadi tidaklah selena di rumah

Selepas sholat subuh pagi tadi menyempurnakan ibadah umrah wajib iaitu tawaf 7 pusingan di kaabah dan saie 7 kali dari bukit safa ke bukit marwah

Berehat seketika sahaja dan bergegas semula ke masjid untuk bersholat zohor

YA ALLAH berilah aku dan wife kelapangan untuk menikmati suasana ibadah di bulan ramadhan kareem di sini

InsyaAllah 

Aamiin

πŸ˜„


Ir. AJAK 

Hobi rumah busuk



Bootak

Alhamdulillah 

Sudah bertahalul 

Kasi BOOTAK

πŸ˜„



Sahur di jeddah

Singgah sahur

Kebab ayam ... sedap

Saiz besor

Dalam perjalanan dari Jeddah ke Kota Mekah

Alhamdulillah 

πŸ˜„πŸ‘


28 May 2017

Boarding

Kami dah boarding ...

Allahumayasirwalatua'sir robbitammimbilkhair ...

Doakan kami yer ...

Akan berbuka puasa dalam flight ...

InsyaAllah ...

Aamiin ...


Berehat ...

Dah check in ...

Berehat jap ...

Melunjur kan kaki ...

Alhamdulillah ...


Umrah

IBADAH UMRAH DI BULAN RAMADHAN


Lewat petang ini ahad 28 mei 2017 kami akan bermusafir

Dijadualkan saya dan wife akan memulakan perjalanan penerbangan terus ke Jeddah dari KLIA dan memasuki Kota Mekah Al Mukaramah bagi tujuan Ibadah Umrah

Saya Abdul Razak Bin Kamarudin dan wife Hajah Fatimah Binti Sahak dengan rasa rendah diri

Ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan perbuatan dan kata kata

Mohon doakan kami agar selamat untuk perjalanan pergi balik dan memperolehi Ibadah Umrah yang mabrur serta dipermudahkan segala urusan berkaitan untuk menjadi Tetamu ALLAH

InsyaAllah 

AaminπŸ˜„πŸ‘


Ir. AJAK

(Ir. Haji Abdul Razak Bin Haji Kamarudin)

Ahad 2 Ramadhan 1438

Hobi rumah busuk


Erl

Dalam train ERL menuju ke airport ...



Tertido

Tertido dalam van

Berhenti rehat di rnr

Kepenatan memandu van


Tertido

Tertido dalam van

Berhenti rehat di rnr

Kepenatan memandu van


Porch

PORCH RUMAH BUSUK


Makin banyak progres

Akan siap sebelum hari rayer

InsyaAllah 

πŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk



Memburu rumah busuk

TIADA ISTILAH "KALAH" MEMBURU RUMAH BUSUK


Sehingga kini aku masih terus memburu rumah busuk

Tiada istilah "kalah" dalam misi memburu rumah busuk

Walaupun saban minggu aku kalah lelong

Walaupun saban hari melawat rumah busuk

Walaupun kerap memulangkan banker cheque ke kaunter bank kerana tewas

Aku tak pernah rasa jemu dalam misi memburu rumah busuk

Malah semakin rasa seronok kerana adalah suatu aktiviti hobi dalam mengisi masa lapang

Kekadang aku bersaing secara sihat dengan mentee mentee yang pernah aku curahkan ilmu kepada mereka

Itu bukan isu bagi aku yer

Aku heppy kerana mentee mengambil tindakan positif dengan ilmu yang mereka perolehi dan praktikkan 

Itu sudah buat aku mengukir senyuman kerana matlamat aku telah tercapai untuk berkongsi ilmu

Aku masih yakin bahawa setiap orang ada rezki memasing untuk menang rumah busuk dalam pembidaan rumah lelong nie

Yang penting korang jangan putus jalan untuk terus berusaha

Aku jugak tidak anggap korang sebagai pesaing

Malah kan aku berusaha untuk mengajar ilmu kepada kalian

Tidak langsung aku rasa tergugat

Itulah salah satu risiko aku bercerita tentang rumah busuk kepada umum

Aku menghidupkan suasana persaingan yang sihat

Kita orang melayu bangkit untuk memburu hartanah bumiputera

Dan terus bangkit tanpa rasa mengalah

Bulan ramadan memang mengajar kita untuk berjuang 

Salam ramadan hari ke 2 dan selamat berpuasa

YuhuuπŸ˜„

Korang SHARE kan yer


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


27 May 2017

Imam

Sholat berjemaah isyak

Tarawih dan witir

Di rumah sahaja

Jemaah bersama bonda wife adik dan kidos

Aku jadik imam

Baca surah pendek pendek jer

.

.

Sempat berbuka bersama sama 

Bersila atas lantai lapik tiko

.

.

Abis berdoa morey pengat pisang

Teh o suam

.

.

Inilah nikmat yang Allah pinjamkan

Alhamdulillah 


πŸ˜„πŸ‘



Berpuasa

Kesian Muhd Adam harini kepenatan berpuasa 

Tapi berjaya juga hari pertama Alhamdulillah 

Dari umur 6thn dah belajar berpuasa penuh 30hari..

Tips: layan kerenah nya 

Tanya apa yg nak dimakan utk berbuka nanti


Baitullah 

KERINDUAN BERTAMU LAGI: BAITULLAH


Malam tadi aku bermimpi

Dijemput untuk sana melihat Baitullah di depan mata 

Pagi nie aku menitiskan airmata kerinduan

Sebak sangat menahan rindu yang semakin menebal

Merah mata menahan air mata yang laju menitis 

Walaupun baru sekitar bulan disember tahun lalu 2016 aku berada di sana bersama family 

Buku ini menjadi tatapan

Aku baca tatkala rindu

Gambar kenangan menjadi pengubat rindu

Aku tatap sepuasnya gambar memori

Ya Allah ... berilah peluang untuk dijemput lagi untuk menjadi tetamu Mu Ya Allah

Aamiin

πŸ˜„


Coretan di pagi 1 ramadhan 

Ir. AJAK

Hobi rumah busuk



Bayaran kontraktor 

BAYARAN KEPADA KONTRAKTOR RUMAH BUSUK 


Selamat mula berpuasa kenkawan

Dah masuk 1 ramadhan karim

.

.

Dalam bulan ramadhan nie

Aku mulakan projek yang baru

Rumah busuk yang lain

Aku nak citer

Bayaran kepada kontraktor rumah busuk mestilah teratur dan tepat

Barulah kerja yang dibuat pun mengikut jadual

Jangan culas untuk membuat bayaran

Kerana kontraktor perlukan modal untuk membeli bahan binaan dan membayar upah pekerja

Jika kita sebagai owner lembab membayo

Mungkin boleh sebabkan kelewatan untuk siapkan projek ubahsuai rumah busuk kita

Betoikan 

YuhuuπŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Sahur

Selamat bersahur kenkawan ...

.

.

Selera aku ikan masin

Alhamdulillah πŸ˜„


26 May 2017

Berjemaah 

Berjemaah di malam 1 ramadhan ...

Bawak satu family ...

Ke masjid ...

Alhamdulillah ...


Pah

"Pah ... butang baju melayu aku maner"

πŸ˜„



Anniversary 16

ANNIVERSARY 16


Catatan khas buat mu isteri tersayang Hajah Fatimah Binti Sahak:

.

.

Pada hari jumaat penghulu segala hari

29 bulan Syaaban yang penuh barakah

Di ambang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan

Kebetulan tanggal hari ini jatuh pada hari jumaat

.

.

Alhamdulillah penuh kesyukuran 

Nikmat jodoh yang berkekalan

Yang dipinjam oleh NYA buat kami

Tarikh 26 Mei 2001 diijabkabulkan

.

.

Saat saat manis bercinta

Kata kata indah mesej handphone

Tiada whatsapp masa tur

Sekadar handphone motorola yang gedabak

.

.

Masa tahun 2001

Aku jejaka kurus tinggi lampai usia 27 tahun

Kau gegadis chomei kurus seusia 22 tahun

Jarak usia 5 tahun membezakan kita

.

.

Kita lalui hidup bersama

Saling cuba memahami pada awal usia perkahwinan

Belajar erti kehidupan berkeluarga

Dari seorang kidos kepada 4 kidos heros

.

.

Kau gadis yang tak pernah kenal erti putus atas

Perbaiki diri untuk menjadi lebih lengkap

Dari kurang mahir memasak skrang dah superb handal chef

Menjadikkan aku makin boroi

.

.

Kau tulang belakang dalam family

Seawal pagi sudah berjaga untuk mulakan rutin harian

Lewat malam baru tidur

Untuk menjaga segala kebaikan hal rumahtangga

.

.

Tanpa mu yang membantu

Mana mungkin aku boleh melayan hartanah hobi rumah busuk

Kau makin mahir dalam selok belok bab usahawan hartanah 

Ini yang kita sedang giat usahakan 

.

.

ALLAH sebaik baik nya pengatur

Aku bersyukur di jodohkan dengan dikau

Memahami apa yang aku mahukan

Ku pohon maaf kerana tidak mengizinkan untuk dikau terus bekerja pada hujung tahun 2002(berhenti kerja) untuk menjadi surirumah sepenuh masa

.

.

Aku berhasrat untuk menghadiahkan "honey moon" sempena "anniversary kita yang ke 16"

Sebagai menghargai segala penat lelah menjadi surirumah yang terbaek

Akan diusahakan untuk ke oberc mungkin

Tunggu yer sayang jika diizin kan oleh NYA

.

.

Aku berdoa agar jodoh kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat

Kekal ke syurga jannah mu YA ALLAH

Itulah doa kami di Padang Arafah sewaktu Hari Wukuf mengerjakan Ibadah Haji Tahun 2016 yang lalu

Saat paling manis dalam kehidupan kami bersama-sama mengaminkan doa sewaktu mentari menginjak untuk terbenam

.

.

InsyaAllah 

Aamin

26 Mei 2017

πŸ˜„

Ir. AJAK

Hobi rumah busuk



25 May 2017

Cakoi

Minum petang ngan family 

Cakoi kuah kacang

Alhamdulillah 

πŸ˜„πŸ‘


Simen render

SIMEN RENDER PORCH RUMAH BUSUK


Lewat petang semalam

Lantai porch sudah di simen render

Tunggu keras jer

Boleh pasang tiles lantai porch

Aku dah pilih warna tiles

Ada gabungan 2 warna

Today khamis 

Minggu depan boleh siap kot

InsyaAllah πŸ˜„

Yuhuu


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 



24 May 2017

Puyuh

Puyuh goreng

Sedapnyer 

Alhamdulillah 


Baju melayu champion 

BAJU MELAYU CHAMPION ...


Memang kompom champion

Contact Pn Eni 0176904160

Terbaek πŸ˜„πŸ‘


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk




Warna cat

PILIHAN WARNA CAT RUMAH BUSUK


Penin aku memikirkan

Jenuh dah tengok photo di internet

Sebagai panduan dan contoh

Kebanyakan warna aku dah cuber pada rumah rumah sejak melayan berbiji biji rumah yang telah diwangikan sejak bertahun tahun dahulu

Nak buat pilihan warna yang sesuai:

1. Dinding luar

2. Porch

3. Tiang pagar

4. Dinding dalam rumah

5. Dinding dalam bilik

6. Dinding luar belakang dapur

7. Dinding batu bata pada porch

Cer korang bantu bagi cadangan warna cat dan contoh gambo

Please 

YuhuuπŸ‘πŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


23 May 2017

Masak lomak

MASAK LOMAK DAGING SALAI


Masak lomak daging salai

Omak ghaiii sodap ehhh

Bertambah nasik malam nie

Pandai wife masak

Untung bergando den nih

Malam nie

Korang jangan teeliur yoo

Mohon ampun maap yo

YuhuuπŸ˜„


Next projek

NEXT PROJEK RUMAH BUSUK


Cadang Nak mulakan 

Seawal pada bulan ramadhan menjelang tiba

Sedang planning secara serious

Dah mula berbincang dengan kontraktor 

Melibatkan beberapa geng kontraktor 

Kayu untuk buat kerja dah mula dihantar lewat potang smalam

Berhasrat untuk simple ubahsuai 

Tapi nampak kemas dan selesa untuk didiami

Melibatkan bajet anggaran lima angka

Harap bajet tak burst ke enam angka

Modal tak cukup besar

Modal seterusnya untuk diagihkan ke projek rumah corner teres 2 tingkat di klang nanti

.

.

Terasa syok melayan hobi rumah busuk dari satu rumah ke rumah busuk yang lain

Terasa terus ber energy dan bersemangat 

Otak kena ligat berputar nak memikir tau:

1. Skop kerja

2. Kontraktor 

3. Bajet kos

4. Item item pilihan

5. Masa untuk mula dan siap

6. Kualiti hasil kerja

Korang jangan penin tengok hobi aku nie

YuhuuπŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


22 May 2017

11.40pm

11.40pm

Aku masih di depan komputer 

.

.

Yuhuu πŸ˜„



Tauchu 

MASAK TAUCHU


Wife macam tetahu jer 

Selera ku dah lama tak makan tauchu

Rajin wifekan

Terus meratah ikan

Alhamdulillah 

πŸ˜„



Porch 

PORCH DAH MULA SEMPURNA


Pagi monday blues today

Nak uplud gambo porch

Dah pasang pintu

Dah pasang tingkap kaca

Dah mula cat undercoat

Dah rewiring wayar utama di luar

Dah ubah tempat letak meter tnb

Makin sempurna

Nampak ruang pun besar dan lebar

Senang nak parking kereta nanti 

Woww

πŸ˜„


Ir. AJAK 

Hobi rumah busuk


21 May 2017

Seminar

HARAP CERITER RUMAH BUSUK TIDAK MENGHAMPAKAN


Seminar siang tadi di shah alam

Seat penuh lebih 50 pax

Harap ceriter rumah busuk tidak menghampakan

Banyak gambar real case yang aku kongsikan

Sempat jugak kita bergelak sesekali aku buat lawak

Tak mahu korang ngantuk 

Kak kan kan

Ada yang datang dari terengganu ... melaka ... taiping ... semangat tur

YuhuuπŸ˜„


Ir. AJAK 

Hobi rumah busuk



Kos reno

KIRA KOS RENOVATION RUMAH BUSUK


Balik dari shah alam

Seminar hartanah di sana tadi

Jam 4 pm singgah jap di mamak

Ilangkan dahaga

Sambil tur buat kiraan bajet untuk reno

Cadang nak mulakan kerja pada bulan ramadhan nie dan dapat cuba disiapkan menjelang bulan ogos 2017

.

.

Kes skrang nie belum siap lagi

Tunggu kes reno rumah skrang nie siap dipasang tiles seluruh rumah

.

.

Banyak kes rumah busuk menunggu giliran nie:

1. Taman desa rhu seremban (sedang disiapkan)

2. Taman temiang seremban semi d (cadang mula bulan ramadhan)

3. Bandar sultan sulaiman klang selangor unit corner lot teres 2 tingkat (cadang ogos 2017)

4. Taman desa rhu seremban unit tengah (cadang november 2017)

Padat jadual untuk layan hobi rumah busuk nie

Layan jer

YuhuuπŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Sedut ilmu

Sesi sedut ilmu 

Di pagi ahad

πŸ˜„



Sinar

SAYA SAYANG CIKGU


Dari radio sinar fm

Pagi nie

DMFK cakap

Lontar gelombang positif

Cakap kat cikgu "saya sayang cikgu"

.

.

Korang cuber bayang kan

Jika aku cakap kat cikgu gegurl

.

.

Jenuh aku kena cubit telinga dongan membesor kan kan

Ada brani

Yuhuu πŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk



Bilik tido

BILIK TIDO RUMAH BUSUK


Latest progres semalam

Bilik tido utama

Di pagi ahad nie

Biarlah gambo yang korang tengok

Syok tengok kan kan

YuhuuπŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk