Sehingga kini aku masih terus memburu rumah busuk
Tiada istilah "kalah" dalam misi memburu rumah busuk
Walaupun saban minggu aku kalah lelong
Walaupun saban hari melawat rumah busuk
Walaupun kerap memulangkan banker cheque ke kaunter bank kerana tewas
Aku tak pernah rasa jemu dalam misi memburu rumah busuk
Malah semakin rasa seronok kerana adalah suatu aktiviti hobi dalam mengisi masa lapang
Kekadang aku bersaing secara sihat dengan mentee mentee yang pernah aku curahkan ilmu kepada mereka
Itu bukan isu bagi aku yer
Aku heppy kerana mentee mengambil tindakan positif dengan ilmu yang mereka perolehi dan praktikkan
Itu sudah buat aku mengukir senyuman kerana matlamat aku telah tercapai untuk berkongsi ilmu
Aku masih yakin bahawa setiap orang ada rezki memasing untuk menang rumah busuk dalam pembidaan rumah lelong nie
Yang penting korang jangan putus jalan untuk terus berusaha
Aku jugak tidak anggap korang sebagai pesaing
Malah kan aku berusaha untuk mengajar ilmu kepada kalian
Tidak langsung aku rasa tergugat
Itulah salah satu risiko aku bercerita tentang rumah busuk kepada umum
Aku menghidupkan suasana persaingan yang sihat
Kita orang melayu bangkit untuk memburu hartanah bumiputera
Dan terus bangkit tanpa rasa mengalah
Bulan ramadan memang mengajar kita untuk berjuang
Salam ramadan hari ke 2 dan selamat berpuasa
Yuhuu😄
Korang SHARE kan yer
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
No comments:
Post a Comment