26 May 2017

Anniversary 16

ANNIVERSARY 16


Catatan khas buat mu isteri tersayang Hajah Fatimah Binti Sahak:

.

.

Pada hari jumaat penghulu segala hari

29 bulan Syaaban yang penuh barakah

Di ambang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan

Kebetulan tanggal hari ini jatuh pada hari jumaat

.

.

Alhamdulillah penuh kesyukuran 

Nikmat jodoh yang berkekalan

Yang dipinjam oleh NYA buat kami

Tarikh 26 Mei 2001 diijabkabulkan

.

.

Saat saat manis bercinta

Kata kata indah mesej handphone

Tiada whatsapp masa tur

Sekadar handphone motorola yang gedabak

.

.

Masa tahun 2001

Aku jejaka kurus tinggi lampai usia 27 tahun

Kau gegadis chomei kurus seusia 22 tahun

Jarak usia 5 tahun membezakan kita

.

.

Kita lalui hidup bersama

Saling cuba memahami pada awal usia perkahwinan

Belajar erti kehidupan berkeluarga

Dari seorang kidos kepada 4 kidos heros

.

.

Kau gadis yang tak pernah kenal erti putus atas

Perbaiki diri untuk menjadi lebih lengkap

Dari kurang mahir memasak skrang dah superb handal chef

Menjadikkan aku makin boroi

.

.

Kau tulang belakang dalam family

Seawal pagi sudah berjaga untuk mulakan rutin harian

Lewat malam baru tidur

Untuk menjaga segala kebaikan hal rumahtangga

.

.

Tanpa mu yang membantu

Mana mungkin aku boleh melayan hartanah hobi rumah busuk

Kau makin mahir dalam selok belok bab usahawan hartanah 

Ini yang kita sedang giat usahakan 

.

.

ALLAH sebaik baik nya pengatur

Aku bersyukur di jodohkan dengan dikau

Memahami apa yang aku mahukan

Ku pohon maaf kerana tidak mengizinkan untuk dikau terus bekerja pada hujung tahun 2002(berhenti kerja) untuk menjadi surirumah sepenuh masa

.

.

Aku berhasrat untuk menghadiahkan "honey moon" sempena "anniversary kita yang ke 16"

Sebagai menghargai segala penat lelah menjadi surirumah yang terbaek

Akan diusahakan untuk ke oberc mungkin

Tunggu yer sayang jika diizin kan oleh NYA

.

.

Aku berdoa agar jodoh kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat

Kekal ke syurga jannah mu YA ALLAH

Itulah doa kami di Padang Arafah sewaktu Hari Wukuf mengerjakan Ibadah Haji Tahun 2016 yang lalu

Saat paling manis dalam kehidupan kami bersama-sama mengaminkan doa sewaktu mentari menginjak untuk terbenam

.

.

InsyaAllah 

Aamin

26 Mei 2017

😄

Ir. AJAK

Hobi rumah busuk



No comments:

Post a Comment