JPPH 2016
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Pagi sabtuday
Laporan buku ini sudah keluar
Boleh dibeli dari pejabat jpph
Harga jualan buku dan CD ialah RM100 sahaja
Aku baru dapatkan petang semalam
.
.
Maklumat merangkumi untuk seluruh negara
Nak layan hobi hartanah rumah busuk
Mesti tengok tengok jugak laporan ini
Untuk dapatkan pelbagai panduan info bagi transaksi tahun 2016:
1. Harga jualan
2. Kadar sewa
.
.
Dipahamkan info ini berdasarkan dari sampel random yang di perolehi
Pandangan aku lah
Yang aktif layan hartanah
Eloklah dapatkan laporan ini
Boleh dapat lebih jelas gambaran sebenar keadaan pasaran semasa di sebuah negeri
Antara faktor yang diambil kira untuk melonjakkan harga transaksi jualan sebuah hartanah ialah:
1. Aeon di seremban 2
2. Mydin di senawang
3. Tesco di senawang
4. Palm Mall di seremban
5. Stesen komuter di sungai gadut melonjakkan bandar seremban selatan
6. Kawasan perindustrian di nilai
7. Perancangan keretapi laju hsr dari kuala lumpur ke singapore yang akan singgah di seremban
Potensi seremban untuk membangun sangat menggalakkan
Malah tidak berapa jauh dari KLIA iaitu sekitar 55km sahaja
Pasaran hartanah subsale memang tidak mengecewakan kepada para penggiatnya
.
.
Bagi yang ingin memiliki hartanah yang baru
Di seremban juga terdapat lokasi yang terancang memang senantiasa menjanjikan pilihan yang terbaek:
1. Bandar seremban 2 oleh pemaju ijm
2. Bandar ainsdale oleh pemaju sime darby
3. Bandar sendayan oleh matrix concept
Selain dari pemaju yang saiz kecil membangunkan kawasan sekitar
Malah seremban juga disambungkan dengan jaringan lebuhraya 4 lorong pergi dan 4 lorong balik ke kuala lumpur
Seremban adalah the greater klang valley
.
.
Dengan sedikit analisa dari aku nie
Dengan faktor faktor yang dinyatakan ini
Pandangan aku lah
Seremban adalah menjadi lokasi untuk aku terus "melayan hobi hartanah rumah busuk"
.
.
Korang tolong SHARE kan bebanyak yer
Boleh memberi info yang bermanfaat kepada kenkawan yang lain
Yuhuu😄
Ir. AJAK
Seremban
Hobi rumah busuk
Assalamualaikum encik, saya student dari uitm shah alam tahun akhir bidang pengurusan hartanah, saya ada assignment berkenaan market study negeri sembilan.. jadi saya terbaca blog encik ini.. saya perlukan property market report 2016 untuk negeri sembilan.. encik boleh share kpd saya tak? pertolongan encik sangat dihargai
ReplyDelete