-coretan kisah diriku-
Ucapan selamat hari guru kepada:
1. Guru tadika tahun 1980 di kota bharu gopeng perak
2. Semua guru sekolah rendah tahun 1981-1986 di sekolah rendah kebangsaan kota bharu gopeng perak
3. Semua guru sekolah menengah tahun 1987 di sekolah menengah seri teja gopeng perak
4. Semua guru sekolah menengah tahun 1987-1991 di sekolah menengah raja chulan ipoh perak
5. Semua guru/pensyarah diploma kejuruteraan awam tahun 1992-1995 di universiti teknologi malaysia skudai johor
6. Semua guru/pensyarah ijazah kejuruteraan awam tahun 1995-1998 di universiti teknologi malaysia skudai johor
7. Semua guru/mentor dalam kerjaya aku sebagai jurutera awam profesional
8. Semua guru dalam kehidupan aku dari dolu dolu sehingga sekarang nie
9. Semua guru sifu hartanah yang berkongsi ilmu
Kalian semua banyak berjasa kepada aku
Aku hargai jasa bakti kalian semua
Tanpa kalian siapalah aku ketika ini
Ucapan jutaan terima kasih
Aku juga memohon maaf kerana tidak mampu untuk menjadi pelajar yang cerdik cemerlang
Aku tidak pernah menerima apa apa anugerah akademik
Aku tak mampu untuk mencapai sesuatu yang dikategorikan sebagai cemerlang
.
.
Guru yang terhebat sejak aku dilahirkan sehingga sekarang ialah:
1. Bonda dan arwah ayah tersayang adalah guru yang terhebat ... bermula tahun 1974 ... mengajar aku erti kehidupan ... mengajar aku untuk hidup dan membesar dengan baik ... mengajar aku menyuap nasi ... mengajar aku untuk bercakap ... mengajar aku untuk membesar sebagai manusia yang aku jadik kini .... tidak dapat diungkap dengan lafaz kata kata ... Allahuakbar
2. Sejak tahun 2001 ... isteri tercinta adalah guru yang penyabar mengajar aku erti alam rumahtangga untuk menjadi suami yang hebat ... tulang belakang yang hebat buat aku
3. Sejak tahun 2002 ... kidos adalah guru buat papa untuk menjadik seorang ayah yang berdedikasi
.
.
Aku di beritahu oleh bonda
Masa kecik aku nie nakal sangat
Aku nie lasak giler
Kategori budak degil di kampong
Masuk hutan
Mancing di lombong
Terjun sungai
Kehulu ke hilir naik beskal buruk
Wahh memori citer di kampong nie
Aku memang budak kampong
Dibesarkan di kampong
.
.
Dalam akademik
Aku bukannya kategori pandai
Masa sekolah rendah ... seingat ingat aku ... aku tidak pernah menduduki dari nombor 1 ke nombor 10 untuk peperiksaan dalam kelas ... mesti dapat nombor lebih dari kedudukan nombor 10 ... padahal dalam kelas ada sekitar 30 pelajar jer ... alahaiiii
Di peringkat sekolah menengah pun aku taklah pandai maner ... hanya berpeluang di kelas nombor dua dari tingkatan 1 sehingga ke tingkatan 5 ... tak pernah berpeluang untuk berada di kelompok pelajar pintar di kelas mombor satu
Dengan kelulusan spm yang sederhana aku berpeluang melanjut belajar di peringkat diploma
Tamat diploma dengan keputusan cukup makan dapat peluang untuk sambung ke peringkat ijazah
Alhamdulillah
.
.
Inilah perjalanan kehidupan aku dalam pendidikan formal
Terima kasih semua warga guru yang pernah mendidik aku
Ilmu kalian mendewasakan aku
Hanya Allah mampu membalas jasa kalian
Aku doakan kalian semua guru guru senantiasa dirahmati oleh NYA
.
.
Hasrat aku skrang ingin nie jugak menjadik guru
Tapi sebagai "guru rumah busuk"
Bleh ker
Kerana ilmu yang bermanfaat kita ajarkan kepada orang lain didunia ini akan mengalirkan pahala di sana kelak
Fardhu kifayah sesama makhluk
Sekadar coretan
Alhamdulillah segala peluang yang Allah berikan
Aamiin
Salah silap mohon kemaafan
😄
Ir. AJAK
(Ir. Haji Abdul Razak Bin Haji Kamarudin)
Jurutera Awam Profesional
Penulis Buku Hobi Hartanah
Hasrat Ingin Menjadi Guru "Rumah Busuk"
No comments:
Post a Comment