31 January 2018

Tempoh tayar

GANTI TAYAR VAN


Habis lagi riban riban potang nie

Ganti 4 biji tayar

Kat kedai tayar nie kena order dari semalam

Kedai kecik takder ready stok 

Size tayar dan jenama dari jepun nie saya nak pakai nie comfirm kena order dulu

Dah call dari semalam

Tokei kedai pun memang dah kenal saya

Jika boleh saya nak yang tempoh masa hampir latest dari kilang pembuatan

Kena tengok tarikh pada tayar tur

Memang ada tercatat minggu dan tahun pembuatan dari kilang pada tayar tur

Sekitar tempoh 12 bulan pakai dah habis bunga sekitar 70%

Risau plak nak merempit di hiway

Ganti jer lah

Senang nak ke hulu ke hilir merempit untuk layan rumah busuk

Tak gitur kenkawan πŸ˜€


Nota untuk semak tayar:

Kepada yang tak tahu nak tengok tarikh masa pembuatan tayar

Supaya dapat stok yang hampir latest 

Tips

Pada tayar cari tulisan

YYY 52 17

Bermakna minggu ke 52 sekitar bulan Disember tahun 2017

Lagi lama tempoh tayar tur ... biasa harga akan turun sket

Contoh lagi ... YYY 2 18 ... ini bermakna sekitar minggu ke 2 bulan january tahun 2018


Ir. AJAK


Filter 

VAN LAYAN RUMAH BUSUK JALAN ANGGARAN 30 RIBU KM BAGI SEKITAR 100 HARI 


Van saya agak kuat jalan di jalan raya

30 ribu kilometer sekitar 100 hari jer

10 ribu kilometer sekitar 33 hari gitur

Itu tak masuk tido dalam van kerana kepenatan layan rumah busuk

Masa layan wasup dan fb dalam van jugak

Maka filter aircon saya ganti sekitar 100 hari sekali 

Nampak kotor filter aircon tur

Ginilah keadaan layan rumah busuk wei


Ir. AJAK 


Gst ohh gst

Gst jer dah lebih dua ratus 

Penat nak bayo

Major sevis untuk van today

Nak ke hulu ke hili layan rumah busuk

Aduduuu πŸ˜€


Rumah hampir mewangi 

RUMAH BUSUK DAH HAMPIR MEWANGI


Dah pasang pagar

Dah pasang autogate 

Dah pasang kipas pada porch 

Dah pasang aircon 

Dah pasang lampu pada tiang pagar

Dah ada gril tingkap & pintu

Dah pasang meter tnb

Sempurna dah porch nie


Girang hati melihat rumah dah hampir mewangi wei

Pepagi sabtu dah singgah di sini rumah wangi


Jap lagi nak pergi ke rumah yang sedang diubahsuai plak

Banyak nak tengok itu dan ini

Yuhuu 


Ir. AJAK


30 January 2018

Masuk radio

RADIO NEGERI FM


Sekitar jam 8.30am ke 8.40am sebentar tadi

Saya ke udara dengan tajuk “HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK”

Saya darah gemuruh sket

Siapa ada kesempatan dengar temubual tadi yer ?

Yuhuu πŸ˜€


Ir. AJAK 


Progres porch

SEBAHAGIAN KERJA PORCH RUMAH BUSUK


Lewat potang semalam sempat singgah ke rumah busuk

Agak rushing sket potang semalam kerana nak kejar berbuka puasa 

Nak sampai di rumah sebelum waktu maghrib 


Kerja bergerak pantas

Sehingga lewat potang semalam 

Binaan porch:

1. Dah ada tiang

2. Dah ada beam

3. Dah ada binaan batu bata untuk longkang tepi keliling 

4. Dah dipasang besi bumbung 

5. Atap genting pun dah sampai


Korang nampak tur dari gambar 

Dinding masih terlopong 

Buruk kan kan


Ir. AJAK


29 January 2018

Berbuka puasa

Berbuka puasa today

Wife masakan

Alhamdulillah 

Sedap 


Bina

BINA PORCH RUMAH BUSUK


Monday blues memang malas sket nak menaip nie

Keadaan rumah busuk memang bersepah sewaktu proses ubahsuai

Dengan lantai yang becak kerana hujan turun

Berbagai barang binaan pun ada kat situ

Pasir batu besi dan bagai bagai lah


Korang kena terima hakikat bahawa sewaktu proses ubahsuai 

Mesti keadaan kelam kabut sket

Terima seadanya yer

Bersabar dengan keadaan itu

Tempoh nak ubahsuai makan masa sket


Dah siap nanti mesti keadaan akan berubah punya 

Berubah wajah menjadi rumah wangi

Apabila dah bina porch pasti akan menaikkan seri rumah itu dan sekaligus menaikkan nilai hartanah tersebut

Kerana porch yang terdiri daripada struktur kekal memang akan dimasukkan ke dalam laporan jurunilai

Kan kanπŸ˜€


Ir. AJAK



28 January 2018

Cayang

Saper tak cayang bini wei

Kan kanπŸ˜€


Sambar rumah busuk

SEMPAT TRANSFER DEPOSIT SEBIJI RUMAH BUSUK


Sempat transfer deposit sebiji rumah busuk

Dalam masa drive rushing nak ke airport dan check in boarding

Sempat lock sebiji lagi rumah busuk

Dah siap nego nego 

Saya guna perkhidmatan agent REN

Tak sempat tengok rumah depan mata pun

Tak sempat lagi nak lawat lokasi taman tur

Hanya tengok gambo jer

Rumah dΓ¬ kelilingi dengan pokok pokok besar yang rimbun 

Dalam rumah memang huru hara lah

Dah banyak rosak rosak

SERAM BEB !!!!

Dah gian kat rumah busuk lah katakan

Layan jer yer πŸ˜€

Tur lah keadaan Ir. AJAK skrang nie

Waktu short vacay weken gini pun sempat lagi nak buat transaksi rumah busuk yer

YuhuuπŸ˜€


Ir. AJAK

Airport KK


Dah

Dah check in ...


Pujuk

Masih memujuk wei

Nak nambah

Akikihhhh πŸ˜€


Idea rumah busuk

MENCARI ILHAM RUMAH BUSUK UNTUK TAHUN 2018


Santai di pagi ahad

Di balkoni nie:

Nampak laut

Nampak kapal

Nampak rumah banglo

Nampak pulau

Nampak bot ke hulu ke hilir

Nampak padang golf

Nampak golfer

Nampak kapal terbang take off di udara

Terasa ngin sepoi sepoi bahasa menyapa pipi

Ilex jer merehatkan minda


Cari idea rumah busuk:

1. Dalam bulan january nie jer dah sign 2 biji snp rumah busuk 

2. 3 hari lepas dah kalah bidaan lelongan awam

3. Masih deal dengan agent untuk carikan rumah busuk .. nampak macam ada peluang .. tunggu owner setuju dengan harga .. saya minta nego harga coz modal saya sangat ciput

4. Rumah yang diwangikan di sikamat ada sket lagi nak lengkapkan .. meter tnb belum masuk

5. Duk cari idea nak wangi kan rumah busuk di paroi yang sedang di reno oleh kontraktor 

6. Stok rumah busuk yang ada nie perlukan modal untuk diwangikan 

7. Macam nak slow down berkongsi di fesbuk ... Yuhuu πŸ˜€


Terus bersemangat untuk melayan hobi aktiviti rumah busuk

Di balkoni nie saya merenung langit biru yang cerah

Indahnya bumi ciptaan ALLAH

Allahuakbar 


Ir. AJAK


27 January 2018

Malam minggu

Malam minggu 

Hujan malam nie

Lapo weh

Tunggu order sampai 

Ikan sesegar beb

Insang merah lagi tur


Layan

Layan kidos ...


Cuba

JANGAN CEPAT MENGALAH DALAM LAYAN HOBI RUMAH BUSUK


Jangan sesekali cepat mengalah dalam layan hobi rumah busuk nie

Memang akan ada jer isu akan timbul:

1. Susah nak cari stok rumah busuk

2. Transaksi rumah temui halangan

3. Modal tak cukup nak miliki

4. Modal tak ada nak repair

5. Kontraktor menipu plak tur

6. Pasangan kita tak sokong

7. Diri sendiri cepat putus asa


Jika keadaan ini cepat berlaku

Kita kena usaha 

Kita kena naik semangat semula

Kita kena cari kenkawan untuk bersembang

Kita kena jadik kuat lah

Mesti ada jalan penyelesaian 

Cuma kita sanggup atau tidak jer

Betoikan πŸ˜€


Ir. AJAK


26 January 2018

Lobster 

Pelahap sket makan lobster nie

Sedap

Alhamdulillah πŸ˜€


Tunggu

Tunggu makanan sampai 

Makan kat gerai jerπŸ˜€


Berat awak

Seberat berat awak 

Berat lagi cinta abang pada awak tau ...πŸ˜‚

Ir. AJAK 


Bilik rumah busuk

MACAM KAPAL KARAM KEADAAN RUMAH BUSUK


Macam kapal karam dah keadaan rumah busuk ini:

1. Sampah berselerak pada lantai

2. Dinding tak cantek

3. Dah tinggal rangka bumbung jer

4. Habuk pun banyak

5. Tingkap pun tak der

6. Ada kayu serpihan tajam

7. Nak berjalan pun tak boleh


Jika rasa hati tak selesa

Jika pandang tak selera

Jika hidu bau busuk

Jika rasa geli geliman

Jangan lah sesekali nak ikut langkah hobi giler Ir. AJAK nie yer kenkawan 

YuhuuπŸ˜€


Ir. AJAK


25 January 2018

Durian

Makan durian 

Buah rambutan gula batu

Dapnyer πŸ˜€πŸ‘


Vacay

Short vacay

Kidos nak brekfes di atas awan biru

Nak makan nasi lemak pak nasser katanyer

Saya tunaikan jer

Naik flight airasia 

Kerusi rapat sket laa

Tapi masih option yang berbaloi

Layan jer lah

Pramugari pakai sket pendek warna merah ... owhhh papa pejam mata weh ... yuhuuπŸ˜€ ... mama asyik jeling mata dan nak cubit papa jer ... Alahaiiii πŸ˜€


Usang

TOPI USANG MENEMANI Ir. AJAK KE RUMAH BUSUK


Topi usang ini lah jugak yang acapkali menemani Ir. AJAK ke lokasi rumah busuk

Mesti nak pakai topi ini

Maybe harga topi nie tak mahai pun tapi ada “sentimental value” kat saya

Lama tak pakai topi di kepala jadik rindu plak wei

Aduduuu 


Rumah busuk yang uzur

Atap pun tak der

Hujan masuk air wei

Basah semua lantai

Lantai jadik licin

Wayar elektrik dah terjulur keluar

Dinding dah tebuk sini sana

Memang sangat busuk

“Tak selera aii tengok you”πŸ˜€

Gini lah keadaannya


Dijangka kurang dari tempoh 2 bulan lagi

Rumah busuk akan cuba menjadi berwajah baru

Nak make up kasi cantek mewangi 

Seharum semerbak bunga jambangan ros merah

Pelan kelulusan ubahsuai pun telah diperolehi dari pihak berkuasa tempatan

Girang hati wei melayan hobi hartanah rumah busuk nie

YuhuuπŸ˜€


Ir. AJAK


Nota: 

Di dalam suasana hujan renyai renyai pun Ir. AJAK tetap melawat rumah busuk

Jika tak singgah rumah busuk

Terasa serba tak kena

Terasa tidur tak lena

Mandi pun rasa tak basah

Alahaiiii πŸ˜€


24 January 2018

Terlopong atap

TERLOPONG ATAP RUMAH BUSUK


Saya tengok pun dah ngeri kan

Mesti korang pun sama gak

Dah terlopong atap rumah busuk

Nampak terus dada langit


Nie lah realitinya layan hobi hartanah rumah busuk

Semua masalah akan cuba dihadapi

Bukan semudah disangka untuk layan hobi yang sebegini

Hati perlu kental yer

Jangan hati tisu udah ler

YuhuuπŸ˜€


Ir. AJAK


23 January 2018

Aircon

DAH PASANG AIRCON PADA RUMAH BUSUK


Makin mewangi rumah busuk nie

Dah di pasang aircon pada ruang tamu dan di dalam bilik

Nanti sejuk nyaman lah ruangan tur


Kerja tertangguh lagi untuk alihkan wayar elektrik di luar tur

Dah mohon pasang meter tnb

Tunggu pihak tnb datang untuk pasang plak

Meter tnb pun yang baru nanti ... nombor start kosong kosong bacaannya ... wowπŸ˜€


Ir. AJAK


22 January 2018

Karom

Balik dari opis

Layan karom dongan kidos

SyokπŸ˜€


Tandas 

TANDAS RUMAH BUSUK DAH WANGI


Salah satu tandas rumah busuk dah wangi

Ini lah hasilnya

Water heater pun dah di pasang 

Selesa untuk digunakanπŸ˜€

Kan kan


Ir. AJAK


21 January 2018

Kambin

Kari kambin

Panas dari periuk

Wife masak

Dap nyer

Nak cicah ngan roti

Kira supper lah nie

Aroma bau karinya pun dah sodap

Daging empuk lombut

Alhamdulillah πŸ˜€πŸ‘


Butang 

Baru mula nak buka bicara

Dengan membesor

Dah kena cubit kat perot

Adoiii

Akit laa yang ooiiiπŸ˜€

.

.

“Butang baju melayu aku maner pah”


Dating

DATING KAT RUMAH BUSUK


Bersemangat layan hobi rumah busuk

Aper tidak nyer

“Membesor” ado teman kan sekali

Mesti bersemangat punyer

Sama sama kita berbincang 

Sama sama bagi idea

Sama sama cari kata sepakat

Nak dating gie tengok wayang tak sempat ler

Dating kat rumah busuk jer lah

YuhuuπŸ˜€


Ir. AJAK


Klinik

Muka takut nak jumpa doktor gigi

Dalam klinik nie

Macam nak terkucil plak

Adoiii


Dalam tandas

TANDAS DALAM RUMAH BUSUK


Nie tandas dalam rumah busuk

Salah sebuah tandas yang cadang saya nak wangi kan dalam masa terdekat 


Nak bagi wangi kan item:

1. Nak pasang tiles lantai

2. Nak pasang tiles dinding 

3. Nak pasang sinki

4. Nak pasang paip air yang baru

5. Nak pasang plaster siling 

6. Nak buat rewiring yang baru

7. Nak pasang water heater

8. Nak pasang kipas dinding 

9. Nak pasang gril pada tingkap

10. Nak pasang jamban duduk 

11. Nak pasang 2 pintu kayu yang baru

12. Nak tangki air yang baru

13. Nak pasang lampu downlite led

14. Nak pasang kepala paip yang baru

15. Nak pasang frame besi pada pintu kayu


Dah wangi nanti

Baru lah rasa selesa nak guna kan 

Bleh termenung lelama sket dalam tandas

Sambil tur godek henpon layan pesbuk

Yuhuu πŸ˜€


Ir. AJAK


20 January 2018

19 January 2018

Dinding terlopong lagi 

DINDING TERLOPONG TUR BIASA BAGI RUMAH BUSUK


Apabila terlibat dalam aktiviti hartanah rumah busuk

Kekadang dinding tur terlopong adalah perkara biasa beb

Maklumlah kita nak ubah suai di sana di sini dalam rumah busuk tur


Mahu tak mahu memang kena pecah ler sebahagian dari dinding 

Nie lah aktiviti hobi saya

Kekadang dinding yang elok pun saya tebuk ... adoiπŸ˜€

Kekadang idea datang

Kekadang mood nak sesuatu yang berlainan

Nak ubah kedudukan dapur lah

Nak ubah kedudukan bilik lah

Nak ubah kedudukan tandas lah


Layan jer lah ... kan kan

Konon tak der tingkap ... nak di tambah tingkap

Konon tak ada pintu sliding ... nak di tambah pintu sliding

Giturlah al kisah nyer wei

YuhuuπŸ˜€


Ir. AJAK


18 January 2018

Dapur

Tolong wife masak di dapur

Balik dari keje

Pekena kopi secawan

Salin baju

Terus ke dapur

.

.

Sayang bini weiπŸ˜€

Jangan kutuk saya yer


Terlopong 

DINDING RUMAH BUSUK DAH TERLOPONG


Citer lewat potang semalam sebelum menghampiri waktu maghrib 

Sempat singgah di rumah busuk

Berbincang dengan pihak kontraktor binaan dan elektrik

Berbagai senario di bincangkan

Mesti comfirmkan beberapa perkara di tapak

Silap buat keputusan ... akan melibatkan tambahan kos

Supaya kerja lebih sempurna untuk dilaksanakan 

Dinding rumah busuk sudah terlopong 

Acapkali mesti nak singgah kat rumah busuk ... jika tidak terasa gian wei ... sekejap pun jadik lah ...parah dah saya nie ... hahahaha πŸ˜€


Ir. AJAK


17 January 2018

Bawal

Saya suker makan ikan bawal nie

Alhamdulillah 

Selera makanπŸ˜€


Ubahsuai

Jika risau rumah kotor

Jika risau rumah berselerak 

Jika risau rumah penuh habuk

Jangan gatai tangan nak ubahsuai rumah busuk yer

YuhuuπŸ˜€


Ir. AJAK



16 January 2018

Kesabaran 

SIFAT SABAR ASAS LAYAN HOBI RUMAH BUSUK


Apabila dah terjebak dengan hobi rumah busuk

Mesti perlu tanam kan sifat sabar 

Kerana sifat sabar adalah asas yang utama nak layan rumah busuk nie

Tidak lah semudah disangka

Banyak cabaran yang harus dilalui

Perkara ini perlu diterapkan pada peringkat awal pembabitan dalam aktiviti rumah busuk


Keadaan rumah busuk yang pelbagai:

1. Kekadang sudah tiada atap bumbung

2. Tingkap pun tiada

3. Rewiring yang hancur

4. Semak samun yang macam hutan

5. Penuh sampah sarap

6. Pintu memang dah hilang

7. Tandas tak boleh digunapakai 


Dengan keadaan uzur sebegitu 

Kita nak ubah bagi sempurna dan cantek

Maka memang perlukan kesabaran dalam setiap proses tersebut

Jika asyik nak panas baran ... masalah lain plak yang timbul nanti

Betoikan 

Yuhuu πŸ˜€


Ir. AJAK


15 January 2018

Sup

Sup kambin

Sesejuk nie sedap dengan kopi o

Alhamdulillah 


Di sebalik tirai

MERENUNG DI SEBALIK TIRAI ADA “RUMAH BUSUK”


Merenung di sebalik tirai

Ada “rumah busuk” yang tidak mampu saya miliki

Memang tidak akan mampu

Mungkin hartanah yang bernilai jutaan ringgit 


Sebelah nya pula ada hartanah wangi yang memang bernilai tinggi

Mana mungkin untuk saya miliki 

Lokasi yang strategik di tepian pantai

Nampak di kejauhan sana ada kapal kapal yang berlabuh

Indah pemandangan ini


Secawan kopi o terasa sangat sedap untuk dihirup

Lega tekak sambil disajikan dengan view yang sangat tenang

Sambil berfikir sejenak bagaimana harus merencanakan hari esok esok aktiviti rumah busuk


Di mana saya berada

Tak dapat lari dari berfikir sejenak tentang rumah busuk

Ada jer nak difikirkan:

1. Modal rumah busuk

2. Lokasi rumah busuk

3. Nak pilih rumah busuk

4. Nak miliki rumah busuk

5. Nak ubahsuai rumah busuk 

6. Nak siapkan rumah busuk

7. Segalanya berkisar tentang rumah busuk


Wow indahnya dengan peluang nikmat pinjaman dari ALLAH

Kepada MU saya ucapkan penuh Syukur ALHAMDULILLAH 

Saya syok melayan hobi hartanah rumah busukπŸ˜€


Ir. AJAK



Kurang mahir

SAYA KURANG MAHIR MENULIS TENTANG RUMAH BUSUK


Saya sebenar nya kurang mahir menulis

Tak pandai nak reka ayat ayat yang bombastik

Nak tulis yang lawak lawak lagi lah tak pandai

Tapi hasrat saya cuba menulis tentang RUMAH BUSUK:

1. Nak berkongsi ceriter dengan kalian semua

2. Nak share pengalaman yang saya ada

3. Share gambar rumah busuk supaya korang boleh paham

4. Nak tarik minat korang terhadap rumah yang dah wangi cantek

5. Tiada niat nak menunjuk nunjuk atau ujub yer


Saya minta maaf lah coz tak mahir menulis dengan sebaiknya

Kekadang susunan ayat pun tunggang langgang

Entah entah perkataan RUMAH

BUSUK pun tak bleh digunapakai 

Yuhuu πŸ˜€


Ker korang dah mula menyampah dengan ceriter RUMAH BUSUK 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk



14 January 2018

Lawat

10 FAEDAH LAWAT RUMAH BUSUK


Sesibuk mana pun jadual saya

Mesti nak cuba lawat rumah busuk

Saya akan cari ruang waktu untuk melihat rumah busuk sebelum masuk ke lelongan awam atau belian secara subsale

Akan cuba sedaya upaya untuk melawat


Faedah faedah yang dapat daripada lawatan tersebut ialah:

1. Melihat kawasan sekeliling

2. Jumpa jiran jiran di sekeliling

3. Sembang dengan jiran sekeliling

4. Melihat rumah itu

5. Melihat sebarang kerosakan yang ada

6. Mengintai di dalam rumah melalui lubang lubang tingkap jika rumah berkunci

7. Mengambil gambar gambar supaya boleh dilihat semula pada masa terluang

8. Dengan lawatan ini boleh membuat anggaran sebarang kos untuk repair

9. Boleh jugak buat anggaran untuk renovation jika berjaya untuk memiliki

10. Boleh sembang dengan agent hartanah atau owner rumah jika berpeluang


Dengan maklumat maklumat ini boleh lah membuat perbincangan dengan wife saya

Samada mahu proceed atau tidak untuk tujuan memiliki rumah busuk berkenaan 

Kita jugak boleh membuat anggaran harga maksimum yang boleh dibida atau dibeli

Sangat penting untuk membuat lawatan ke rumah busuk sebelum masuk sebarang lelongan awam atau melakukan nego rumah subsale

Malah bagi saya adalah wajib untuk membuat lawatan Jika berkesempatan 

Saya sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk jer

TQ ALLAH


Ir. AJAK


Gigil

Sojuk kat soromban

Gigil ambik wuduk subuh

Gggrrrrrrr πŸ˜€


Gigil

Sojuk kat soromban

Gigil ambik wuduk subuh

Gggrrrrrrr πŸ˜€


13 January 2018

Mee

Mamak pun tak bleh cari makan

Apabila Ir. AJAK memegang kuali dan sudip

Hahahaha πŸ˜€


Sojuk

Kat sorombam cuaca makin nyaman

Tapi tak lah sesojuk di paris ... Heheehe 

Camner cuaca kat tempat korang yer πŸ˜€