31 May 2020

Manis

SAYANG 

Manis isi buah mangga nie 
Manis lagi senyuman mu SAYANG ❤️

Ir. AJAK






Sup tulang

SUP TULANG


Hari ini 

Hari RAYA saya n family 

Kami dah selesai puasa sunat hari ke 6 semalam 


Hari ini Asyik makan makan jer 

Beli tulang segar daging tempatan 

2 kilo 

Wife masak sup

Saya makan dengan mee hoon 

Kidos makan dengan nasi putih 

Alhamdulillah Sedap nya 


Ir. AJAK













Nasi goreng

BEKFES NASI GORENG


Pagi nie saya masak nasi goreng 

Simple jer masakan nyer

Bukan nasi nasi goreng kampong, cina, seafood ... tak der nama khusus coz masuk bahan apa yang ada kat peti ais 

Dah lama tak makan nasi goreng yang sendiri masak


Today hari raya saya n family

Kami dah selesai puasa sunat 6 hari

Semalam berbuka puasa saya tak jamah nasi walaupun sebutir 

Saya ratah ikan n makan sayur n kuih karipap 2 biji 

Coz nak kosong kan perut untuk makan durian lepas isyak malam tadi 


Ikan talipia semalam tangkap 8 ekor 

Masih ada baki lagi pagi nie

Saiz agak besar 

Kami makan sekor seorang jer

Lebihan semalam


Saya makan pagi nie dengan nasi goreng 

Mak aji sedap nyer 

Tak sangka masih elok rasanya 

Tidak basi pun masakan petang semalam 

Yang nak kabor kan 

Memang kena dengan selera saya


Korang pernah makan ker ?

Masakan lauk lebihan semalam 

Dimakan dengan nasi goreng 

Mabeles giler sedap 

Alhamdulillah 


Ir. AJAK














30 May 2020

Hari ke 6 puasa

LAUK BERBUKA PUASA SUNAT HARI KE 6

ALHAMDULILLAH ESOK RAYA


Tangkap ikan talipia 

Kat kolam di halaman rumah

Tangkap 8 ekor 

Berat jugak kompom lebih 2kg 


Wife masak sambal

Goreng garing

Lepas tur letak cili 

Mabeles jugak sedap nya 

Sedap isi manis baru ambil hidup tadi

Bleh lah makan sekor sepinggan 

Alhamdulillah 


Esok raya

Syukur sangat 


Ir. AJAK












Bunga plastik

BUNGA PLASTIK

Bunga plastik 
Dah jadik macam trendy
Gegurl n Mak Mak suka sangat 

Termasuklah wife saya 
Asyik nak gie bahan bahan nak gubah bunga plastik 
Nampak rajin menyusun bahan bahan bunga 

Pasu 
Span 
Batu 
Dan lain lain bahan 

Saya support jer 
Temankan pergi beli 
Bagi pandangan cara gubahan 

Actually memang boleh menyeri kan keadaan 
Letak disatu sudut 
Letak atas meja 
Boleh jer lah letak kat mana pun 

Jika tak silap saya
Tulisan Tuan Doktor Azizul Azizul Azli Ahmad pun ada menulis bab ini 

Saya bawa wife pergi ke nilai 3
Banyak kedai yang jual bahan bahan bunga ini
Harga bergantung kepada pilihan bahan 
Saiz besar kecil 

Boleh lah korang cuci mata kat nilai 3
Jangan lupa bawa wang lebih sket 
Kang mata rambang banyak yang berkenan 
Hahaha 

Ir. AJAK
Senantiasa sayang kan wife 
Bab bunga plastik pun sanggup teman kan 
Yuhuu❤️



Lantik Kontraktor

LANTIK KONTRAKTOR RUMAH BUSUK

Bagi melaksanakan tugasan untuk reno rumah busuk 
Bincang dengan pihak kontraktor 
Agar semua urusan berjalan secara baik

Ikut semua segala perancangan kita 
Semua proses berjalan teratur 
Maka rumah busuk akan menjadi wangi 
InsyaAllah 

Saya juga ada uplud video di Youtube 
Tempoh video berdurasi lebih 5 minit 
Sudi lah SUBSCRIBE di Ir. AJAK CHANNEL Youtube di link

https://www.youtube.com/channel/UCsKkCLR0UHjCRfJeAxGzv-Q

Ir. AJAK

#rumahbusuk
#irajakchannelyoutube
#stayathome

Sahur ...

Bersahur hari ke 6
















29 May 2020

Durian

DURIAN 


Beli 4 biji 6 kilo 

Isi kekuningan 

Lembut manis 

Mabeles sedap 


Saya n wife n kidos 

Suka makan durian 

Kisah malam nie 

Alhamdulillah 
















Mamak

SINGGAH MAMAK 

Singgah mamak malam nie
Udah 2 bulan tak masuk mamak 
Pekena teh tarik 
Ngan wife naik kapcai 




Curtain

SINGGAH DI KEDAI CURTAIN


Potang ini 

Pergi ke Kedai Nasi Biryani di Bandar Seremban 

Selepas itu


Sempat singgah di kedai curtain

Ditemani wife

Untuk pilih warna langsir yang sesuai bagi sebuah rumah Busuk


Pilih blind juga untuk dipasang di bahagian tingkap dapur 

Ukuran sudah diambil 

Dah tempah untuk dijahit


2 minggu lagi akan siap 

Boleh dah pasang ke dalam rumah busuk

Akan nampak ceria 

Pasti mewangi dah rumah busuk 

InsyaAllah 


Saya juga ada uplud di Youtube 

Sudi lah SUBSCRIBE di Ir. AJAK CHANNEL Youtube di link


https://www.youtube.com/channel/UCsKkCLR0UHjCRfJeAxGzv-Q


Ir. AJAK


#rumahbusuk

#irajakchannelyoutube

#stayathome






Puasa hari ke 5

MENUNGGU NAK BERBUKA PUASA HARI KE 5


Alhamdulillah 

Hari ini beli nasi briyani kat restoran 

Beli 6 bungkus 

Ada 3 pilihan lauk 

2 Ayam briyani gam 

2 Ayam goreng 

2 Ayam goreng madu


Kidos pun semangat berpuasa bersama sama

Harap boleh terus istiqamah untuk 1 hari lagi esok bagi genap 6 hari

InsyaAllah ðŸ˜„


Ir. AJAK


#stayathome 




28 May 2020

Nasi minyak

MENUNGGU NAK BERBUKA PUASA HARI KE 4


Alhamdulillah 

Wife masak simple nasik minyak 

Lauk ayam masak merah 

Kuih pau & pulut panggang ... frozen dari peti ais 


Kidos pun semangat berpuasa bersama sama

Harap boleh terus istiqamah untuk 2 hari lagi bagi genap 6 hari

InsyaAllah 


Ir. AJAK


#stayathome 




27 May 2020

Mee kari

BERBUKA PUASA HARI KE 3


Berbuka puasa dengan menu mee kari simple 

Pada potang ini

Sedap wife masak

Siap ada isi kerang sedikit 

Kuah pekat 

Memang saya suka 

Alhamdulillah 


Nak cuba 3 hari lagi untuk cukup kan 6 hari 

InsyaAllah 


Ir. AJAK


#stayathome




Korang biznes apa

KORANG ADA BIZNES APA ?


Korang ada biznes apa ?

Tempek lah iklan kat sini

Saya ada masa lapang nie

Saya nak baca 

Maner tau bleh order 


Saya ambil cuti rehat 3 hari 

Sajer nak berehat 

Santai santai jer 

Lepak lepak kat rumah 


Ir. AJAK





10 Ragam

10 RAGAM MUNGKIN DIHADAPI SEWAKTU NAK RENO RUMAH BUSUK


Korang dah mula kerja ker hari ini ?

Dah hari raya ke 4 today 

Saya nak mula tulis bab rumah busuk 

Kena cari mood jugak

Dah agak lama tak menulis bab rumah busuk


Apabila kita nak reno rumah busuk memang macam macam ragam yang mungkin dihadapi


Antara perkara tersebut ialah:

1. Proses nak lulus pelan ubah suai rumah

Dokumen perlu disediakan

Wang proses 

Proses perlu melalui pelbagai syarat

Ada pihak berkuasa yang tetap kan syarat kena bincang dengan jiran sebelah

Tidak boleh ikut suka hati korang jer nak buat pelan 


2. Proses pemilihan kontraktor yang terbaek

Pasti korang nak pilih kontraktor yang mampu ikut spesifikasi yang korang tetapkan

Boleh bawa berbincang bab kos reno 

Cara bayaran yang ditetapkan 

Ada Kontraktor yang mahukan bayaran permulaan 50%


3. Risau bajet kurus dan burst

Ini perkara biasa 

Macam macam kita nak buat 

Macam macam yang pasangan kita minta 

Betoi lah tur 

Bukan selalu nak reno rumah 

Mungkin pasangan akan cakap “sekali buat biarlah buat betoi betoi” ... kan kan

Kita nak buat pintu saiz 1.5 daun kayu ... pasangan nak buat pintu saiz 2 daun kayu ... harga pasti beza 


4. Jiran yang meluahkan perasaan bahawa bising sewaktu renovation

Ada jugak jiran yang kekadang bersikap begini 

Tapi bukan semua jiran begini 

Kita juga kena bawa bincang 

Kena ada tolak ansur 

Kena ada toleransi 

Kekadang ini payah 

Tapi kita kena usahakan 


5. Ada jugak jiran yang tak selesa terdapat bahan bahan binaan yang banyak di dalam premis reno

Apabila kita laksanakan proses reno 

Pasti sukar nak elak bahan binaan yang ada 

Terutama apabila lori baru sampai bawa bahan binaan

Pandangan mata memang tak syok 

Kena ejas ejas sebaik nya 


6. Kekangan tapak binaan reno yang kecik  sempit dan payah nak letak bahan binaan

Nak letak di sana tak boleh

Nak letak di sudut ini tak muat 

Memang payah 

Ejas lah kot mana pun

Yang penting kena guna ruang yang ada sahaja 


7. Koordinasi kerja antara kontraktor binaan rumah ... Kontraktor elektrik ... Kontraktor piping ... Kontraktor kitchen kabinet dan kontraktor gril welding pagar serta kontrakor langsir blind 

Untuk kita ejas timing kerja memasing bagi mereka

Ruang terhad 

Payah nak kerja serentak 

Kang berlaga badan ... bleh naik angin kus kus tau 

Jangan nak buat pasal 


8. Kekadang pihak berkuasa majlis datang buat inspection sewaktu kerja reno sedang berjalan

Itu dah jadi rutin & tugas mereka 

Kita kena layan 

Kita kena patuh peraturan 

Jangan korang buat tak kesah pulak 

Nahas nanti weh !


9. Kesabaran amat amat penting dalam proses reno rumah busuk

Apa jua masalah yang dihadapi 

Mesti kena cuba selesaikan

Berat mana pun masalah nya 

Kena cari jalan 

Kena cuba fikir jalan keluar 


  1. Kelewatan untuk siap kan kerja dari jadual perancangan 

Masalah yang datang kita tak duga 

Cuaca hujan ker

Pekerja demam MC ker

Barang binaan yang diorder lewat sampai ker

Kontraktor salah buat kerja ... kena runtuh kan semula binaan Dan bina semula 


Saya sekadar berkongsi cerita 

Mungkin korang hadapi Dan mungkin juga korang tidak lalui 

Bergantung kepada kes & keadaan 

Setiap kes memang pastinya berbeza 


Like sket setelah habis baca

Jangan lupa untuk SHARE bagi manfaat kenkawan yang lain 


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk


Ir. AJAK CHANNEL di YOUTUBE 


https://www.youtube.com/channel/UCsKkCLR0UHjCRfJeAxGzv-Q







26 May 2020

Beli jiwa ...

GEMBIRA KAN HATI WIFE


Pepagi tadi wife dah bagi hint bisik bisik kat telinga saya 


Wife: Abang agak agak kedai dah buka ker ... Sajer tanya 

Ajak: Nie yang tanya tanya pasal kedai nie dah kenapa ... ada hal lah tur


Dalam hati kecil saya 

Dah dapat agak dah 

Mesti nak minta bawakan dia wife gie window soppink 

Bawa gie kedai mana mana yang sesuai 


Ajak: sekitar jam 11 pagi mesti kedai dah mula bukak ... ari nie pun dah raya ke 3 ... siap siap lah ... Abang bawa ke area Nilai 3 ... kat sana banyak kedai nak cuci mata 

Wife: gitur lah ... “sayang kat abang selalu ” ... kena cubit manja 


Kami gerak ke Nilai 3 dari tol seremban 

Jalan hiway pun lengang 

Sampai kat Nilai 3

Masuk beberapa pintu kedai bunga 

Masuk beberapa pintu kedai perabot jati 


Nie lah hasil tangkapan wife saya 

Saya bayar jer lah 

Yang penting nak gembirakan hati wife 

Bunga bunga pun ada yang mahal jugak ... especially yang dah siap digubah 


Layan jer lah kan kan

Ustaz pernah cakap 

Gembira kan hati wife pun boleh dapat ganjaran pahala di sisi NYA

InsyaAllah 


Ir. AJAK


Nota: Tak hilang ensem seorang suami melayan karenah wife ... yuhuuu ðŸ˜„







Anniversary 19

ANNIVERSARY Ke 19


CATATAN:

Catatan khas buat mu isteri ku tersayang Hajah Fatimah Binti Sahak


NIKMAT JODOH:

Pada hari ini selasa 26 Mei 2020 genap 19 tahun dah usia perkahwinan kita

Bersamaan 3 Syawal 1441 yang penuh barakah

Bulan keberkatan penuh kegembiraan menyambut hari raya Aidilfitri 

Alhamdulillah penuh kesyukuran kepada ALLAH swt

Nikmat jodoh yang berkekalan hingga ke hari ini

Yang dipinjam oleh NYA buat kami

Pada tarikh 26 Mei 2001 kami diijabkabul disatukan 


BERCINTA:

Saat saat manis bercinta

Kata kata indah mesej melalui handphone

Tiada apps whatsapp masa tur

Tiada media social fb mahu pun insta

Sekadar handphone motorola yang gedabak besar saiz nya

Pada masa tahun 2001

Abang jejaka kurus tinggi lampai usia 27 tahun dengan rambut ramos tebal

Kau gegadis chomel kurus seusia 22 tahun

Jarak usia kami 5 tahun membezakan


HIDUP BERSAMA:

Kita lalui hidup bersama sama 

Saling cuba memahami antara satu sama lain pada awal awal usia perkahwinan

Belajar erti kehidupan berkeluarga

Hidup secara amat sederhana 

Menyewa di flat tingkat 4 paling atas dan kereta kecil kancil warna hijau

Di beri rezki dari seorang kidos kepada 4 kidos hero yang makin membesar kacak ensem belaka


GADIS CEKAL:

Kau gadis yang tak pernah kenal erti putus atas

Abang kagum dengan mu sayang

Perbaiki diri untuk menjadi lebih lengkap

Dari kurang mahir memasak skrang dah superb handal chef di mata abang sewaktu di dapur untuk keluarga kita 

Menjadi kan abang makin boroi dan gedebus tembam macam skrang 


TULANG BELAKANG:

Kau lah sayang tulang belakang dalam family ini

Seawal pagi sudah berjaga untuk mulakan rutin harian

Lewat malam baru tidur

Untuk menjaga segala kebaikan hal rumahtangga kita

Siang hari ke hulu ke hilir memandu kereta dengan pelbagai tujuan urusan biznes kita bersama 


MEMBANTU:

Tanpa mu sayang yang membantu

Mana mungkin abang boleh melayan hobi hartanah rumah busuk dari hari ke hari sejak bertahun tahun dahulu

Dikau sayang makin mahir dalam selok belok bab hartanah rumah busuk

Abang bangga dengan diri mu sayang

Ini yang kita sedang giat usahakan


BERSYUKUR:

ALLAH swt sebaik baik nya pengatur dalam hidup

Abang amat bersyukur di jodohkan dengan dikau sayang

Memahami apa yang abang mahukan

Abang pohon maaf kerana tidak mengizinkan untuk dikau sayang terus bekerja mulai hujung tahun 2002 (berhenti kerja) untuk menjadi surirumah sepenuh masa dan mula belajar berbiznes sendiri


PERCUTIAN BULAN MADU KE SWITZERLAND:

Abang berhasrat & merancang untuk menghadiahkan "sebuah percutian bulan madu di Switzerland sempena anniversary kita yang ke 19”

Sepatutnya kita bertolak pada malam esok di KLIA & transit di Doha Qatar 

Abang hanya berpeluang untuk tempah tiket Kelas ekonomi sahaja Dan telah pun berbayar harga tiket penuh 

Pagi khamis akan sampai di Zurich Switzerland sepatutnya 

Namun apakan daya 

Pandemic Covid 19 merencat kan segala nya 

Maka rancangan tergendala 

Abang yakin perancangan adalah sebaik baiknya 

Kita redho yer dah bukan rezki untuk kali ini 


BERDOA:

Abang berdoa agar jodoh kita terus berpanjangan sehingga ke akhir hayat di kandung badan

Kekal kita bersama sama ke syurga jannah mu YA ALLAH

Itulah doa kita di Padang Arafah sewaktu Hari Wukuf mengerjakan Ibadah Haji pada Tahun 2016 yang dahulu dan sama sama kita mengaminkan doa di depan Kaabah sewaktu keliling tawaf pada ibadah umrah bulan disember tahun lepas 

Saat manis dalam kehidupan adalah kita dapat sholat berjemaah bersama sama

Alhamdulillah ... InsyaAllah ... Aamin


Suami Mu Sayang 

Ir. AJAK

26 Mei 2020