10 RAGAM MUNGKIN DIHADAPI SEWAKTU NAK RENO RUMAH BUSUK
Korang dah mula kerja ker hari ini ?
Dah hari raya ke 4 today
Saya nak mula tulis bab rumah busuk
Kena cari mood jugak
Dah agak lama tak menulis bab rumah busuk
Apabila kita nak reno rumah busuk memang macam macam ragam yang mungkin dihadapi
Antara perkara tersebut ialah:
1. Proses nak lulus pelan ubah suai rumah
Dokumen perlu disediakan
Wang proses
Proses perlu melalui pelbagai syarat
Ada pihak berkuasa yang tetap kan syarat kena bincang dengan jiran sebelah
Tidak boleh ikut suka hati korang jer nak buat pelan
2. Proses pemilihan kontraktor yang terbaek
Pasti korang nak pilih kontraktor yang mampu ikut spesifikasi yang korang tetapkan
Boleh bawa berbincang bab kos reno
Cara bayaran yang ditetapkan
Ada Kontraktor yang mahukan bayaran permulaan 50%
3. Risau bajet kurus dan burst
Ini perkara biasa
Macam macam kita nak buat
Macam macam yang pasangan kita minta
Betoi lah tur
Bukan selalu nak reno rumah
Mungkin pasangan akan cakap “sekali buat biarlah buat betoi betoi” ... kan kan
Kita nak buat pintu saiz 1.5 daun kayu ... pasangan nak buat pintu saiz 2 daun kayu ... harga pasti beza
4. Jiran yang meluahkan perasaan bahawa bising sewaktu renovation
Ada jugak jiran yang kekadang bersikap begini
Tapi bukan semua jiran begini
Kita juga kena bawa bincang
Kena ada tolak ansur
Kena ada toleransi
Kekadang ini payah
Tapi kita kena usahakan
5. Ada jugak jiran yang tak selesa terdapat bahan bahan binaan yang banyak di dalam premis reno
Apabila kita laksanakan proses reno
Pasti sukar nak elak bahan binaan yang ada
Terutama apabila lori baru sampai bawa bahan binaan
Pandangan mata memang tak syok
Kena ejas ejas sebaik nya
6. Kekangan tapak binaan reno yang kecik sempit dan payah nak letak bahan binaan
Nak letak di sana tak boleh
Nak letak di sudut ini tak muat
Memang payah
Ejas lah kot mana pun
Yang penting kena guna ruang yang ada sahaja
7. Koordinasi kerja antara kontraktor binaan rumah ... Kontraktor elektrik ... Kontraktor piping ... Kontraktor kitchen kabinet dan kontraktor gril welding pagar serta kontrakor langsir blind
Untuk kita ejas timing kerja memasing bagi mereka
Ruang terhad
Payah nak kerja serentak
Kang berlaga badan ... bleh naik angin kus kus tau
Jangan nak buat pasal
8. Kekadang pihak berkuasa majlis datang buat inspection sewaktu kerja reno sedang berjalan
Itu dah jadi rutin & tugas mereka
Kita kena layan
Kita kena patuh peraturan
Jangan korang buat tak kesah pulak
Nahas nanti weh !
9. Kesabaran amat amat penting dalam proses reno rumah busuk
Apa jua masalah yang dihadapi
Mesti kena cuba selesaikan
Berat mana pun masalah nya
Kena cari jalan
Kena cuba fikir jalan keluar
- Kelewatan untuk siap kan kerja dari jadual perancangan
Masalah yang datang kita tak duga
Cuaca hujan ker
Pekerja demam MC ker
Barang binaan yang diorder lewat sampai ker
Kontraktor salah buat kerja ... kena runtuh kan semula binaan Dan bina semula
Saya sekadar berkongsi cerita
Mungkin korang hadapi Dan mungkin juga korang tidak lalui
Bergantung kepada kes & keadaan
Setiap kes memang pastinya berbeza
Like sket setelah habis baca
Jangan lupa untuk SHARE bagi manfaat kenkawan yang lain
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
Ir. AJAK CHANNEL di YOUTUBE
https://www.youtube.com/channel/UCsKkCLR0UHjCRfJeAxGzv-Q
No comments:
Post a Comment