ANNIVERSARY Ke 19
CATATAN:
Catatan khas buat mu isteri ku tersayang Hajah Fatimah Binti Sahak
NIKMAT JODOH:
Pada hari ini selasa 26 Mei 2020 genap 19 tahun dah usia perkahwinan kita
Bersamaan 3 Syawal 1441 yang penuh barakah
Bulan keberkatan penuh kegembiraan menyambut hari raya Aidilfitri
Alhamdulillah penuh kesyukuran kepada ALLAH swt
Nikmat jodoh yang berkekalan hingga ke hari ini
Yang dipinjam oleh NYA buat kami
Pada tarikh 26 Mei 2001 kami diijabkabul disatukan
BERCINTA:
Saat saat manis bercinta
Kata kata indah mesej melalui handphone
Tiada apps whatsapp masa tur
Tiada media social fb mahu pun insta
Sekadar handphone motorola yang gedabak besar saiz nya
Pada masa tahun 2001
Abang jejaka kurus tinggi lampai usia 27 tahun dengan rambut ramos tebal
Kau gegadis chomel kurus seusia 22 tahun
Jarak usia kami 5 tahun membezakan
HIDUP BERSAMA:
Kita lalui hidup bersama sama
Saling cuba memahami antara satu sama lain pada awal awal usia perkahwinan
Belajar erti kehidupan berkeluarga
Hidup secara amat sederhana
Menyewa di flat tingkat 4 paling atas dan kereta kecil kancil warna hijau
Di beri rezki dari seorang kidos kepada 4 kidos hero yang makin membesar kacak ensem belaka
GADIS CEKAL:
Kau gadis yang tak pernah kenal erti putus atas
Abang kagum dengan mu sayang
Perbaiki diri untuk menjadi lebih lengkap
Dari kurang mahir memasak skrang dah superb handal chef di mata abang sewaktu di dapur untuk keluarga kita
Menjadi kan abang makin boroi dan gedebus tembam macam skrang
TULANG BELAKANG:
Kau lah sayang tulang belakang dalam family ini
Seawal pagi sudah berjaga untuk mulakan rutin harian
Lewat malam baru tidur
Untuk menjaga segala kebaikan hal rumahtangga kita
Siang hari ke hulu ke hilir memandu kereta dengan pelbagai tujuan urusan biznes kita bersama
MEMBANTU:
Tanpa mu sayang yang membantu
Mana mungkin abang boleh melayan hobi hartanah rumah busuk dari hari ke hari sejak bertahun tahun dahulu
Dikau sayang makin mahir dalam selok belok bab hartanah rumah busuk
Abang bangga dengan diri mu sayang
Ini yang kita sedang giat usahakan
BERSYUKUR:
ALLAH swt sebaik baik nya pengatur dalam hidup
Abang amat bersyukur di jodohkan dengan dikau sayang
Memahami apa yang abang mahukan
Abang pohon maaf kerana tidak mengizinkan untuk dikau sayang terus bekerja mulai hujung tahun 2002 (berhenti kerja) untuk menjadi surirumah sepenuh masa dan mula belajar berbiznes sendiri
PERCUTIAN BULAN MADU KE SWITZERLAND:
Abang berhasrat & merancang untuk menghadiahkan "sebuah percutian bulan madu di Switzerland sempena anniversary kita yang ke 19”
Sepatutnya kita bertolak pada malam esok di KLIA & transit di Doha Qatar
Abang hanya berpeluang untuk tempah tiket Kelas ekonomi sahaja Dan telah pun berbayar harga tiket penuh
Pagi khamis akan sampai di Zurich Switzerland sepatutnya
Namun apakan daya
Pandemic Covid 19 merencat kan segala nya
Maka rancangan tergendala
Abang yakin perancangan adalah sebaik baiknya
Kita redho yer dah bukan rezki untuk kali ini
BERDOA:
Abang berdoa agar jodoh kita terus berpanjangan sehingga ke akhir hayat di kandung badan
Kekal kita bersama sama ke syurga jannah mu YA ALLAH
Itulah doa kita di Padang Arafah sewaktu Hari Wukuf mengerjakan Ibadah Haji pada Tahun 2016 yang dahulu dan sama sama kita mengaminkan doa di depan Kaabah sewaktu keliling tawaf pada ibadah umrah bulan disember tahun lepas
Saat manis dalam kehidupan adalah kita dapat sholat berjemaah bersama sama
Alhamdulillah ... InsyaAllah ... Aamin
Suami Mu Sayang
Ir. AJAK
26 Mei 2020
No comments:
Post a Comment