15 August 2020

7 tips

7 TIPS UNTUK UBAH RUMAH BUSUK YANG BURUK KEPADA RUMAH WANGI


  1. Perancangan:

Dah agak lama saya melayan hobi hartanah rumah busuk nie

Hari berganti hari

Bulan berganti bulan

Dah bertahun lamanya

Malah tahun 2020 pun sudah berada di suku keempat menuju ke penghujung tahun

Terasa cepat masa berlalu 


  1. Masa:

Layan hobi ini memang syok

Memang sangat mengasyik kan

Ada jer nak cari masa yang terluang

Masa hari cuti ker

Lepas abis kerja lewat petang 

Mesti nak cuba selitkan aktiviti hobi hartanah rumah busuk

Sekejap pun jadik lah

Kan kan


  1. Imaginasi:

Saya memang suka tengok rumah busuk

Di tengok kiri kanan depan belakang sekeliling rumah busuk

Di tenung lelama pun tak per

Ambil gambar dari pelbagai sudut 

Dibelek belek gambar tur

Mula lah kepala nie ligat berpusing

Berimagimasi bagai bagai

Berangan angan angan saya

Macam al kisah Mat Jenin pulak

Terbayangkan nak runtuh dinding ini

Nak tumbangkan tiang sana

Nak ketuk dinding itu

Pelbagai yang bermain di fikiran saya


  1. Minat:

Lagi di fikirkan 

Lagi macam macam idea yang datang

Itu yang menyuburkan minat saya

Itu yang membakar semangat saya

Itu yang membuat kan saya makin bersemangat

Mesti nak cari solusi

Mesti nak buat itu ini

Mesti cari idea yang saya suka

Mesti tak mahu gagal nak siapkan sesebuah rumah busuk


  1. Matlamat:

Kekadang wife saya tengok saya pun pelik

Saya memang komited dalam melakukan sesuatu perkara

Sememang dari kecil begitu gamaknyer

Termasuk lah aktiviti rumah busuk juga

Rumah yang buruk

Rumah yang uzur

Rumah yang memang busuk

Konon nya nak di wangikan

Itulah matlamat saya

Kekadang nampak janggal 

 

  1. Manfaat 

Moga usaha kecil saya ini dapat memberi manfaat kepada ummah sekeliling saya

Moga peluang seramai mungkin memiliki rumah hasil sentuhan saya & team kontraktor 

Moga ada jalan yang ALLAH mudahkan urusan saya dari hari ke hari


  1. Doa:

Itu doa saya selalu selepas sholat fardhu 

Itu juga doa saya di Dataran Kaabah saban tahun sewaktu mengerjakan ibadah Umrah (cuma tahun ini belum berpeluang lagi untuk jejak ke sana ... rindu nya Allahuakbar)

Kalian doakan juga yer agar semua perjalanan aktiviti hobi hartanah rumah busuk saya berjalan dengan baik & teratur

Berkat doa dari kalian semua

InsyaAllah Amin ðŸ˜€


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk

#hobihartanah


Nota: kes rumah yang ini sudah lebih separuh siap progres nya ... saya jangka dalam hujung bulan depan September akan siap sepenuh lah bagi sebuah rumah




No comments:

Post a Comment