RUMAH PERTAMA AKU DI BANDAR SUNGAI BUAYA RAWANG
=====================
Tahun 2003 aku baru comfirm kerja
Baru layak buat loan rumah
Masa tur gaji aku tak laa besar pun
Kerja di bandaraya kolumpur
Nikah tahun 2001
Muhammad Aiman lahir tahun 2002
Masa tur aku banyak hutang ... Macam skrang jugak ... Sampai laporan ccris 3 mukasurat ... Hehehe ... Malu deennn🙈
Tahun 2003 aku tekat nak involve dalam property sebagai layan hobi
Beli 2 bijik serentak dengan "loan"
1. Bandar sungai buaya rawang selangor
2. Seri kembangan di serdang selangor
Macam orang kayooo ... Beli sampai 2 bijik serentak
Rumah yang sungai buaya aku beli subsales
Dah sempat tinggal di rumah tur sekitar setahun jer
Aku berulang alik ke kolumpur perjalanan sehala sekitar 50km x 2 hala = 100km sehari
Kerana nak beli rumah di sekitar selayang kurang kemampuan untuk sediakan deposit 10%
Rumah di bandar sungai buaya nie aku beli dari pemilik berbangsa cina dengan bayar deposit rm1ribu sahaja
Markup harga sket di bank sampai dapat full loan dengan maybank cawangan rawang
Nak bayor duit lawyer pun tercungap cungap dengan slot kad kredit ... Malu deenn
Tahun 2004 aku ditukarkan ke kola pilah noghori sembilan
Rumah itu disewakan menjadikkan surau sementara oleh penduduk taman itu
Bayaran sewa pun kekadang masuk dan kekadang tak bayar
Penduduk buat kutipan untuk bayaran sewa itu
Aku tak kisah sesangat jika sewa tak bayar kerana aku tahu ALLAH akan "bayarkan" ... Aku yakin rezki dari NYA
Mungkin berkat jemaah surau ... Skrang aku terlibat secara aktif sebagai "penggiat hartanah" sebagai "melayan hobi jer" ...
Setelah surau sebenar siap di taman itu
Rumah itu terus disambar untuk disewa oleh staf pekerja kilang perodua di rawang
Itulah alkisah rumah pertama yang aku beli
Sekadar layan hobi hartanah jer
TQ ALLAH
NOTA: gambar di atas sebagai hiasan sahaja yer ... Memori ber musafir di bumi indah ciptaan TUHAN di tokyo jepun
#layanhobi
No comments:
Post a Comment