RUMAH AKU TERBENGKALAI
======================
Coretan yang lepas aku ceriter
Tahun 2003
Rumah pertama aku beli 2 bijik serentak
1. Di bandar sungai buaya rawang ... Rumah subsales
2. Di seri kembangan serdang berhampiran pasar borong selangor berhampiran jusco ... Beli underconstruction
Aku beli dari pemaju pada tahun 2003
Jadual asal patut disiapkan pada tahun 2005
Malangnyer rumah ini sempurna disiapkan dengan CFO pada tahun 2015
Lewat 10 tahun dari tarikh serahan kunci ikut jadual
Sengsara aku bayoo duit loan bank
Bayo sebulan rm716.40
Rumah tak siap masa tur ... Tapi bayoo ansuran pinjaman
Aku kecewa jugak dengan dunia hartanah nie dengan senario segini
Nasib aku yang melayan dunia hartanah
Kerana masa tahun 2003 aku terkena dengan masalah nie
Dah lah gaji kecik ... Beli 2 bijik serentak pulak tur
Memang cabaran beb
Dari situ aku belajar cara cara manage hutang ... Cari buku cari majalah cari ilmu untuk hadapi cabaran GETIR ini
Masa tur ALLAH jer tahu keperitan aku
Harungi cabaran dengan penuh keinsafan dan bersemangat ... Hati mahu kental beb
Nasihat aku kepada ... Beli lah dari pemaju perumahan yang berwibawa supaya kenkawan tidak terjebak macam aku nie
Sakit beb jika rumah terlibat dengan terbengkalai
Pengalaman mendewasa kan aku untuk menjadik seorang penggiat hartanah
Sekadar berkongsi ceriter
Semangat aku masih utuh untuk melayan hobi hartanah
TQ ALLAH
#layanhobi
No comments:
Post a Comment