MENUNAIKAN IBADAH UMRAH
========================
Tadi ada beberapa orang kawan pejabat bertanyer kepada aku
Soalan: "apakah yang menyebabkan abang kerap pergi kerjakan ibadah umrah ... Jika tak silap bulan mac yang lalu tahun ini dah cuti 2 minggu untuk kerjakan ibadah umrah ... Dengar citer bulan ini nak pergi lagi ... Bermakner setahun sampai 2 kali pergi yer ... Tahun lepas pun pergi jugak yer ... Kerap nyer tur ...!!!!"
Terkedu aku sebentar
Tak bijak aku untuk terus menjawab
Actually aku macam tak pandai nak jawab soalan nie
Terus terang aku cakap ... Aku memang berhasrat untuk tunaikan ibadah haji ... Tapi belum berkesempatan ... Dah semak di pejabat tabung haji beberapa kali ... Jika ikut kan jadual giliran dijangka pada tahun 2019 ... Berusaha jugak buat surat rayuan ... Tapi belum diizin kan oleh NYA ... Aku perlu belajar untuk redho ... Aku akan terus berusaha bersungguh untuk tujuan itu bersama wife ... Tanpa ada rasa jemu ... Berdoa bersungguh sungguh ... Setiap kejadian itu pasti ada hikmah nyer walaupun kita berkehendak sangat untuk pergi ..Betoikan
Sementara menunggu giliran tersebut
Maka aku ambil keputusan untuk kerjakan ibadah umrah
Apabila sudah pergi ke sana dan pulang
Lama kelamaan perasaan rindu bertamu agak kuat untuk berkunjung lagi
Lagi lama lagi rindu
Lagi lama lagi bertambah rindu
Lagi lama lagi bertambah tambah rindu
Aku tak pandai nak jelaskan kat sini
Camner perasaan itu
Maybe korang boleh share bersama
Anggaplah ini bukan perasaan riak ... Positifkan minda kita bahawa testimoni ini suatu DAKWAH sesama kita di alam cyber ini
Moga dengan testimoni ceriter kita bersama ... Akan membuka pintu rezki untuk sama sama kita menjadik TETAMU ALLAH
Menitis air mata aku tatkala menaip nie
Tiga empat kali aku pikir samada mahu menaip atau tidak tajuk ini
Aku khuatir akan ditohmah yang bukan bukan
Aku berserah kepada NYA
Kebetulan ada beberapa faktor untuk aku pergi bersama wife:
1. Masih ada cuti berbaki 6 hari lagi untuk dibawakan ke tahun 2016
2. Ada peluang kiddos mahu tidak turut serta
3. Ada sedikit rezki kewangan dari transaksi hartanah
4. Ada kelapangan waktu
5. SANGAT SANGAT RINDU UNTUK KE SANA
Sekadar berkongsi ceriter. Pohon maaf yer
No comments:
Post a Comment