31 December 2018

Diary

CATATAN DIARY SEPANJANG TAHUN 2018


Hari terakhir today 31 disember 2018

Cepat nya masa berlalu

Setahun iaitu 365 hari dirasakan kejap jer

Saya cuba garapkan 7 isi besar sepanjang catatan diary untuk diri saya n family


Isi 1: HOBI RUMAH BUSUK

Layan hobi hartanah rumah busuk

Berterusan melayan hobi hartanah rumah busuk

Pelbagai transaksi 

Rumah lelong

Rumah subsale 

Wangikan kes rumah busuk

Jenis rumah busuk yang berbeza

Kalah bida lelongan

Gagal memujuk owner 

Pelbagai pengalaman di garap

Alhamdulillah 

Berjaya memaksimakan potensi diri untuk melayan hobi hartanah rumah busuk menjadi mewangi

Tanpa rasa jemu tanpa rasa penat akan terus memacu keadaan ini

Hobi sejak bertahun tahun dahulu


Isi 2: IBADAH UMRAH

Ibadah umrah

Diizinkan oleh ALLAH untuk menjadi Tetamu NYA untuk kesekian kalinya pada bulan Rejab yang lalu 

Walaupun sesibuk mana sekalipun

Akan diselitkan jadual untuk ke sana jua

Nikmat yang sukar diungkapkan dengan kata kata

Kerinduan selalu datang bertamu

Kekuatan itu yang menaikan semangat untuk berterusan musafir ke sana

InsyaAllah 

Amin


Isi 3: MUSAFIR

Diizinkan oleh ALLAH jua

Untuk bermusafir selama hampir 2 minggu pada hujung disember di seoul korea

Kidos suka bermain ski kat sini

Dah kali ke 2 ke sini untuk merasakan kesejukan suhu di paras bawah 0 darjah

Indah nya bumi ciptaan Allah

Allahuakbar 


Isi 4: KENAIKAN PANGKAT

Saya pekerja makan gaji bulanan jer

Nak praktikkan profesional engineer saya

Diberi peluang untuk mengambil satu tanggungjawab yang agak berat gak bermula sekitar awal tahun nie

Penerima anugerah perkhidmatan cemerlang jugak untuk kali ke 3 nya

Berhasrat untuk memberi manfaat kepada ummah sekalian

Itulah harapan dan doa saya selalur


Isi 5: HOBI BARU IKAN KOI

Tetiba kena racun dengan kenkawan di media sosial

Dah mula minat pulak dah

Saya pelihara baby ikan koi

Banyak jugak kena keluarkan kos modal nyer weh

Modal untuk buat kolam, sistem filter, beli ikan2 dan maintenance nyer

Minat nie ngabiskan wang jer ... adudu 

Tapi syok dirasakan

Rasa tenang jer

Lihat ikan makin membesar dan jinak di tangan


Isi 6: KEINSAFAN

Rasa keinsafan dengan ujian yang Allah berikan kepada saya n family

Saya ada sedikit masalah kesihatan sehingga saya admit 2 kali di hospital KPJ seremban

Gagal dalam cubaan untuk berikan wife peluang dalam biznes yang kami nampak ada potensi cuma bertemu dengan insan yang kurang jujur pada peringkat awal ... pasti ada hikmah kerana gagal pada peringkat awal yang di tunjukkan Allah bahawa beliau tidak jujur untuk berbiznes

Saya redho dan pasrah dengan keadaan ini


Isi 7: KESIMPULAN

Penuh kesyukuran ke hadrat NYA

Peluang dan pinjaman yang diberikan

Aku hanya insan biasa

Kekadang masa yang amat terhad

Kudrat yang sedikit

Kadangkala tertidur kelesuan di dalam van demi mencari rezki

Ke hulu ke hilir menaiki van melayan hobi rumah busuk

Setiap masalah cuba diatasi

Dengan rasa rendah diri 

Aku memohon ampun dan maaf dari kalian semua sempena hari terakhir pada tahun 2018

Sokongan kalian aku harapkan

Tanpa kalian kenkawan siapalah daku

Buat ibu tersayang, isteri tercinta, 4 kidos, adik-adik ... doa dan kerjasama serta dokongan amat dihargai

Hobi hartanah rumah busuk senantiasa dalam lubuk hatiku

Aku berpuashati dengan coretan diary sepanjang perjalanan tahun 2018 yang penuh onak dan duri

Tambahan pula keadaan ekonomi yang tidak menentu di kala ini dan senario pra n pasca pilihanraya umum yang lalu

Moga ALLAH permudahkan urusan untuk hari yang mendatang

Moga tahun baru 2019 akan lebih cemerlang dan konsistem dengan segala perancangan yang direncanakan


AZAM TAHUN BARU 2019

Azam tahun 2019 nak jaga bebaik hubungan CINTA HATI SAYA iaitu wife tersayang

Alhamdulillah 

InsyaAllah 

Aamiin

😄👍


Ir. AJAK

31 disember 2018


#rumahbusuk













Baby

Sebelum cuci kolam
Layan baby ikan koi
😀




Riadah

RIADAH PAGI NIE


Nak riadah pagi nie

Nak keluarkan peluh

Nak cuci kolam filter

Nak ganti air kolam ikan koi

Layan hobi gini lah 

Hari cuti rehat hari terakhir tahun 2018

😀




30 December 2018

Dapur

DAPUR RUMAH BUSUK


Kontraktor mesej gambo

Progres makin banyak 

Dah mula plaster di dinding luar

.

.

Paham jerlah nak minta progres claim la tur

Kena transfer wang jumlah 5 angka

Kang progres kerja terbantut plak

Adoi hujung tahun kantung dah kosong

Adudu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





29 December 2018

Ngantuk

Secawan air panas 

Ilangkan ngantuk 

Untuk drive beratus km

InsyaAllah 




Sign

SIGN DOKUMEN RUMAH BUSUK


Lewat malam tadi sampai dari holiday di korea

Hari ini dah mula layan hobi hartanah rumah busuk

Masa di sana layan melalui wasup jer lah yer

Sampai di sini dokumen dah ready

Kita selitkan masa sebentar untuk sign

Kita sempurna kan proses transaksi ini

Saya layan hobi hartanah 

Sambil memberi manfaat kepada banyak pihak

Moga segala urusan dipermudahkan 

InsyaAllah 

Amin


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk





Jodoh

Sebut perkataan “jodoh” jer

Mesti kena cubit 

Adudu 😀





Beriani

Lunch beriani kambin 

Sodap weh





Renew

Renew 6 passport


Baru balik malam tadi dari holiday di korea 2 minggu

Pagi nie dah luangkan separuh hari di utc

Ada urusan

Renew 6 passport

Ramai jugak orang berurusan di utc soromban nie

Alhamdulillah solosai sudah









Rindu

Rindu nyer dongan baby ikan koi ... 





28 December 2018

Touch down

Alhamdulillah 

Selamat touch down di tanah air ku

Dah 2 minggu holiday di korea

Perjalanan pulang dipermudahkan

Amin😀👍




Nak balik

RINDU NAK BALIK SOROMBAN DAH 


Dah rindu teh tarik mamak n roti canai banjir di soromban

Nak balik sudah

Dah 2 minggu sojuk kat seoul korea nie

Ada rezki nanti datang lagi untuk kali ke 3

Kidos syok datang sini

InsyaAllah 





Best moment

BEST MOMENT 


Bez moment wit family

2nd time here

Hope ada peluang kali ke 3 tahun mendatang

1st bergambo kat sini pada 5 tahun lepas

Moga Allah izin kan kami untuk bermusafir menikmati keindahan bumi milik Allah

Nice view






Winter sonata

“Winter Sonata semarak kan cinta kanda buat mu dinda”. Jiwang pagi jumaat😀





27 December 2018

Ketulan

Main ketulan salji bersama kidos

Saya kesejukan pada bibir kena tutup mulut

Suhu sekitar di bawah paras 0 darjah celsius dah negatif





26 December 2018

Naik bas

NAK NAIK BAS PLAK


Pagi nie nak naik bas plak

Difahamkan perjalanan sekitar 2 jam

Menikmati suasana di luar kota seoul

Keindahan pemandangan bumi milik Allah

Subhanallah😀





25 December 2018

Makan

Time lapo kita makan

Sedap masa sojuk nie

Alhamdulillah 







Rilex

Jenjalan lagi

Guna subway train

Menapak guna kaki

Rilex rilex 😀




Rindu

Dah nak masuk minggu ke 2 holiday di sini

Mula dah tur nak rindu balik soromban 

Rindu kat ikan koi

Rindu dah kat rumah busuk

Sojuk memanjang kat sini

😀





Cuci

Cuci mata ...






Besemut

Abang suapkan churros kat sayang yer ...

Alahai bersemut lah henpon ...





24 December 2018

Crab

KING CRAB


Beli sekor jer

Seberat 2.5kg

Nak kongsi 6 pax kitorang

Nak beli 2 ekor kurang mampu

Hehehehe 😀




Gigil

Gigil nak ambil wuduk sholat subuh ... Ggrrrrr





23 December 2018

Sojuk

Sojuk nyo malam nie ...





Band

Dalam cruise ado simple band 

Layan jer lah 



Cruise

CRUISE


Nak ronda naik cruise

Tiket dah beli

Jom tengok view menarik 😀





Rumah busuk

RUMAH BUSUK DI SOROMBAN 

Ir. AJAK HOLIDAY DI OBERC


Saya masih bercuti sekitar 2 minggu di oberc bersama family

Dalam cengkaman kesejukan di sini

Terima mesej melalui handphone

Kontraktor hantar gambar

Progres rumah busuk berjalan baik:

  1. Extend bahagian dapur
  2. Bumbung dah pasang
  3. Casing rewiring elektrik dah ada
  4. Dinding batu bata dah naik
  5. Frame pintu dapur n tandas dah ada


Terasa heppy aktiviti rumah busuk berjalan secara baik

Kontraktor minta bayaran

Saya dah transfer dari sini

Dunia makin canggih

Mudah urusan pelbagai dah

Alhamdulillah dengan segala peluang pinjaman dari NYA


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk

Seoul Korea


#rumahbusuk





22 December 2018

Makan halal

JALAN JALAN CARI MAKAN

Jalan jalan cari makanan halal yang lain sket kat area sini
Yang tak do kat soromban
Nak cuba masuk ke anak tekak
Macam pasar malam laa konon nyer
Meriah kat sini
Myeong-dong












Recharge

RECHARGE: HOLIDAY KE OBERC LATIH DISIPLIN Ir. AJAK LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


Di dalam keseronokan dan kegembiraan berholiday ke oberc bersama family

Especially membawa kidos bersama sama

Ada masa nya jadual waktu yang perlu dipatuhi dengan tepat dan betul

Tak bleh terlewat jadual nanti akan terlepas aktiviti yang telah ditetapkan

Tapi ada masa nya rilex jer ikut masa sendiri


Sifat kesabaran:

Pada waktu ini ada sifat kesabaran yang perlu di pupuk

Maklumlah macam saya ada 4 kidos yang perlu dibawa bersama

Kesabaran dengan pelbagai keadaannya

Contoh yang ketara apabila kami menaiki kenderaan awam seperti public train

Yang kadang kala bersesak sesak dengan orang ramai

Berhimpit pun ada juga

Biasanya berdiri sambil pegang batang besi agar tak terjatuh apabila train nak berhenti

Saya dan kidos memang tak biasa naik train di soromban coz ada kenderaan sendiri

Itulah keadaan yang agak berbeza

Kami banyak berjalan kaki ke sana dan ke sini tapi di soromban di lokasi dekat pun akan naik kenderaan jugak

Cuma cuaca yang agak sejuk dan nyaman menyebabkan kurang penat dan tiada berpeluh

Kaki tetap terasa lenguh

Banyak kalori yang akan terbakar ... ini terbaek


Pupuk disiplin:

Ada harinya kami menetapkan bangun awal pagi untuk ikut jadual yang sendiri tetapkan untuk ke lokasi tertentu

Contohnya ke lokasi Ski Part Resort

Kami bangun awal pagi dan mandi pada cuaca yang agak sejuk

Nak mandi pun macam terasa malas

Tapi diusahakan juga untuk kidos lakukan 

Nak sampai tepat ke lokasi kerana boleh gunakan masa sebaiknya

Manfaat kan sepenuhnya

Al maklumlah tak mahu lepaskan peluang ke sana disebabkan harga tiket yang agak mahal bagi saya lah yer


Sekadar pengalaman:

Sajer saya berkongsi ceriter catatan pengalaman ini

Al maklumlah situasi ini agak bermakna bagi kami sekeluarga

Yang penting dapat bonding time dan quality time bersama family 

Dengan cara holiday sebegini akan dapat melatih sifat kesabaran & disiplin untuk saya melayan hobi rumah busuk saban hari tanpa kenal erti jemu:

1. Nak cari rumah busuk

2. Nak miliki rumah busuk 

3. Nak selesai kan dokumentasi rumah busuk

4. Nak cari sumber kewangan rumah busuk

5. Nak cari kontraktor rumah busuk

6. Nak pikir konsep ubahsuai rumah busuk

7. Nak proses ubahsuai rumah busuk

8. Nak monitor proses ubahsuai rumah busuk

9. Nak pikir buat apa dengan rumah busuk yang dah menjadi rumah wangi: sewa, tinggal sendiri & sebagai nya

10. Nak maintenance rumah yang sudah wangi

Jenuh nak layan rumah busuk nie wei

Itu sebab saya perlu recharge energy dan refresh minda bagi teruskan momentum melayan hobi rumah busuk

Yuhuu😀

Alhamdulillah atas segala pinjaman dari NYA😀


Catatan di Seoul Korea

Ir. AJAK

Hobi rumah busuk

22 Dis 2018






21 December 2018