JANGAN MALU MEMANDU “KUDA TUA”
Saya ada miliki kuda tua
Umur dah lebih 21 tahun
Bermakna roadtax pun dah di renew lebih 21 kali
Jika harga di kedai jualan kereta terpakai ... berapa jer harganya skrang
Kuda tua banyak jasa nya
Ke hulu ke hilir
Odometer dah beratus ribu weh
Kekadang ada bunyi okk ekk okk ekk di sana sini seluruh sudut kuda tua
Makin hari makin uzur
Jika berada di jalanan
Nampak sangat tuanya
Jika berada sebaris dengan kuda muda di traffic light lagi lah nampak keadaan itu
Namun kekadang kuda tua sangat berguna
Untuk digunakan di aktiviti layan hobi hartanah rumah busuk
Walaupun kekadang terasa segan apabila jiran memandang sinis dan pernah keluar perkataan begini:
“Aaiii ada ker modal nak baiki rumah lelong ini bagi elok ... Dari beli rumah buruk nie ... lebih baik tukar kereta uzur yang awak pakai ini kepada kereta baru ... dari beli rumah lelong yang uzur dan busuk nie”
Kekadang kita nampak lowprofile boleh menurun kan harga belian rumah tau ... boleh tawar dari owner ... hehehehe 😀
Jika ter nampak saya memandu kuda tua yang berumur lebih 21 tahun di jalan raya
Jangan lah kutuk saya yer
Jangan malu untuk memandu “kuda tua” untuk ke sana dan ke sini
Janji sampai ke destinasi dengan selamat dan tujuan nyer
Cuma kena kerap kali singgah di bengkel ke satu bengkel untuk dibaiki
Kuda tua ada sentimental value
InsyaAllah
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment