LOKASI BANGUNAN MAJIKAN SAYA YANG PERTAMA
Pagi nie tetiba nak ronda ronda di kay el
Saya tidak sertai perhimpunan aman icerd pun
Saya hanya bekfes di pusat bandaraya kay el
Makan di gerai jer
Bukan di tempat yang mahal mahal pun
Tetiba teringat nak melalui bangunan setinggi 50 tingkat
Jalan ampang kay el
Depan bekas tapak ampang park
Bangunan inilah terletaknya majikan saya yang pertama
Saya difahamkan bangunan ini telah dijual kepada bank terkemuka sewaktu krisis ekonomi sekitar tahun 1998
Saya mula bekerja pada tahun 1998
Masa tur ramai yang sukar nak dapatkan pekerjaan
Lepasan u pun ramai
Yang ada kerja pun ada yang kena vss
Gaji permulaan pun dapat rendah
Pasti ramai yang terima tempias ketika itu
Tapi saya bersyukur kerana saya ditaja oleh syarikat berbangsa cina iaitu THE LION GROUP untuk belajar di universiti
Saya ucapkan berbanyak terima kasih dan syukur
Saya orang melayu
Saya bangga ketika itu kerana jarang jarang peluang ini muncul
Setelah 2 kali usaha untuk temuduga baru lah lulus
3 tahun saya belajar di universiti peringkat ijazah sarjana muda
Saya menerima biasiswa penuh
Saya buat permohonan kepada syarikat itu agar bantu saya untuk belajar
Sebab arwah ayah saya hanya seorang posmen
Masa itu gaji bulanan arwah kecil jer
Tapi Alhamdulillah berkat rezeki dari Allah
Kami keluarga kurang berkemampuan
Saya orang kampong
Permohonan saya diterima
Berbekalkan keputusan di peringkat diploma saya memohon biasiswa ini
Keputusan exam spm saya pada tahun 1991 kurang cemerlang
Sebab malas malas dan kurang cerdik
Maka saya hanya layak belajar ke peringkat diploma ketika itu
Saya cuba usaha kan agar tidak ter kandas di semester ke semester
Akhirnya dapat tamat di diperingkat diploma
Diperingkat diploma saya menerima wang pinjaman pelajaran dari MARA dan telah ditukarkan kepada biasiswa kerana keputusan melayakan berbuat sebegitu
Terima kasih pihak MARA
Perjalanan kehidupan saya memang berliku liku sket
Tak der lah semuanya mudah jer
Tapi Alhamdulillah Allah beri jalan dan kemudahan dalam setiap peringkat
Saya amat bersyukur
Pada peringkat awal kerjaya saya telah mula kerja di bandaraya kay el
Maka masa itu ada sedikit culture shock
Maklumlah jiwa masih muda
Kan kan😀
Sekadar berkongsi pengalaman
Nak cuba layan hobi hartanah di area kay el
Saya tiada kemampuan buat masa ini
Kekangan ada pada saya
Moga suatu hari nanti ada peluang itu muncul
Saya senantiasa berdoa kepada NYA
InsyaAllah 😀👍
Amin
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment