31 December 2018

Diary

CATATAN DIARY SEPANJANG TAHUN 2018


Hari terakhir today 31 disember 2018

Cepat nya masa berlalu

Setahun iaitu 365 hari dirasakan kejap jer

Saya cuba garapkan 7 isi besar sepanjang catatan diary untuk diri saya n family


Isi 1: HOBI RUMAH BUSUK

Layan hobi hartanah rumah busuk

Berterusan melayan hobi hartanah rumah busuk

Pelbagai transaksi 

Rumah lelong

Rumah subsale 

Wangikan kes rumah busuk

Jenis rumah busuk yang berbeza

Kalah bida lelongan

Gagal memujuk owner 

Pelbagai pengalaman di garap

Alhamdulillah 

Berjaya memaksimakan potensi diri untuk melayan hobi hartanah rumah busuk menjadi mewangi

Tanpa rasa jemu tanpa rasa penat akan terus memacu keadaan ini

Hobi sejak bertahun tahun dahulu


Isi 2: IBADAH UMRAH

Ibadah umrah

Diizinkan oleh ALLAH untuk menjadi Tetamu NYA untuk kesekian kalinya pada bulan Rejab yang lalu 

Walaupun sesibuk mana sekalipun

Akan diselitkan jadual untuk ke sana jua

Nikmat yang sukar diungkapkan dengan kata kata

Kerinduan selalu datang bertamu

Kekuatan itu yang menaikan semangat untuk berterusan musafir ke sana

InsyaAllah 

Amin


Isi 3: MUSAFIR

Diizinkan oleh ALLAH jua

Untuk bermusafir selama hampir 2 minggu pada hujung disember di seoul korea

Kidos suka bermain ski kat sini

Dah kali ke 2 ke sini untuk merasakan kesejukan suhu di paras bawah 0 darjah

Indah nya bumi ciptaan Allah

Allahuakbar 


Isi 4: KENAIKAN PANGKAT

Saya pekerja makan gaji bulanan jer

Nak praktikkan profesional engineer saya

Diberi peluang untuk mengambil satu tanggungjawab yang agak berat gak bermula sekitar awal tahun nie

Penerima anugerah perkhidmatan cemerlang jugak untuk kali ke 3 nya

Berhasrat untuk memberi manfaat kepada ummah sekalian

Itulah harapan dan doa saya selalur


Isi 5: HOBI BARU IKAN KOI

Tetiba kena racun dengan kenkawan di media sosial

Dah mula minat pulak dah

Saya pelihara baby ikan koi

Banyak jugak kena keluarkan kos modal nyer weh

Modal untuk buat kolam, sistem filter, beli ikan2 dan maintenance nyer

Minat nie ngabiskan wang jer ... adudu 

Tapi syok dirasakan

Rasa tenang jer

Lihat ikan makin membesar dan jinak di tangan


Isi 6: KEINSAFAN

Rasa keinsafan dengan ujian yang Allah berikan kepada saya n family

Saya ada sedikit masalah kesihatan sehingga saya admit 2 kali di hospital KPJ seremban

Gagal dalam cubaan untuk berikan wife peluang dalam biznes yang kami nampak ada potensi cuma bertemu dengan insan yang kurang jujur pada peringkat awal ... pasti ada hikmah kerana gagal pada peringkat awal yang di tunjukkan Allah bahawa beliau tidak jujur untuk berbiznes

Saya redho dan pasrah dengan keadaan ini


Isi 7: KESIMPULAN

Penuh kesyukuran ke hadrat NYA

Peluang dan pinjaman yang diberikan

Aku hanya insan biasa

Kekadang masa yang amat terhad

Kudrat yang sedikit

Kadangkala tertidur kelesuan di dalam van demi mencari rezki

Ke hulu ke hilir menaiki van melayan hobi rumah busuk

Setiap masalah cuba diatasi

Dengan rasa rendah diri 

Aku memohon ampun dan maaf dari kalian semua sempena hari terakhir pada tahun 2018

Sokongan kalian aku harapkan

Tanpa kalian kenkawan siapalah daku

Buat ibu tersayang, isteri tercinta, 4 kidos, adik-adik ... doa dan kerjasama serta dokongan amat dihargai

Hobi hartanah rumah busuk senantiasa dalam lubuk hatiku

Aku berpuashati dengan coretan diary sepanjang perjalanan tahun 2018 yang penuh onak dan duri

Tambahan pula keadaan ekonomi yang tidak menentu di kala ini dan senario pra n pasca pilihanraya umum yang lalu

Moga ALLAH permudahkan urusan untuk hari yang mendatang

Moga tahun baru 2019 akan lebih cemerlang dan konsistem dengan segala perancangan yang direncanakan


AZAM TAHUN BARU 2019

Azam tahun 2019 nak jaga bebaik hubungan CINTA HATI SAYA iaitu wife tersayang

Alhamdulillah 

InsyaAllah 

Aamiin

😄👍


Ir. AJAK

31 disember 2018


#rumahbusuk













No comments:

Post a Comment