16 December 2018

Zakat

TUNAIKAN KEWAJIPAN BERZAKAT TAHUN 2018


Hari ini coti hari ahad

Banyak urusan yang cuba diselesaikan

Urusan peribadi

Termasuk urusan di pejabat zakat

Terasa sangat gembira

Nak menitis air mata kegembiraan kerana selesaikan menunaikan kewajipan yang ini

Terasa lapang jer


Kerana saya diberi peluang oleh ALLAH s.w.t untuk menunaikan kewajipan berzakat untuk tahun ini setelah cukup haul dan nisab

Ini target peribadi saya

Ini KPI saya setiap tahun

Ini matlamat saya

Wajib ditunaikan


Berusaha bersungguh sungguh untuk meningkat bayaran zakat setiap tahun untuk peribadi diri saya

Saya selalur berdoa agar diberi peluang agar mampu meningkatkan jumlahnya

Agar hasil tersebut membolehkan saya menunaikan kewajipan berzakat

Untuk kebaikan asnaf yang berhak

Alhamdulillah saya bersyukur kerana telah berjaya menunaikan untuk kesekian kalinya tahun 2018 ini

Moga rezki yang diperolehi beroleh keberkatan 


Moga tahun depan 2019 akan memberi peluang untuk saya berbuat sedemikian lagi

Diberi kesihatan dan kelapangan yang baik InsyaAllah Aamiin😄


Ir. AJAK





No comments:

Post a Comment