RECHARGE: HOLIDAY KE OBERC LATIH DISIPLIN Ir. AJAK LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
Di dalam keseronokan dan kegembiraan berholiday ke oberc bersama family
Especially membawa kidos bersama sama
Ada masa nya jadual waktu yang perlu dipatuhi dengan tepat dan betul
Tak bleh terlewat jadual nanti akan terlepas aktiviti yang telah ditetapkan
Tapi ada masa nya rilex jer ikut masa sendiri
Sifat kesabaran:
Pada waktu ini ada sifat kesabaran yang perlu di pupuk
Maklumlah macam saya ada 4 kidos yang perlu dibawa bersama
Kesabaran dengan pelbagai keadaannya
Contoh yang ketara apabila kami menaiki kenderaan awam seperti public train
Yang kadang kala bersesak sesak dengan orang ramai
Berhimpit pun ada juga
Biasanya berdiri sambil pegang batang besi agar tak terjatuh apabila train nak berhenti
Saya dan kidos memang tak biasa naik train di soromban coz ada kenderaan sendiri
Itulah keadaan yang agak berbeza
Kami banyak berjalan kaki ke sana dan ke sini tapi di soromban di lokasi dekat pun akan naik kenderaan jugak
Cuma cuaca yang agak sejuk dan nyaman menyebabkan kurang penat dan tiada berpeluh
Kaki tetap terasa lenguh
Banyak kalori yang akan terbakar ... ini terbaek
Pupuk disiplin:
Ada harinya kami menetapkan bangun awal pagi untuk ikut jadual yang sendiri tetapkan untuk ke lokasi tertentu
Contohnya ke lokasi Ski Part Resort
Kami bangun awal pagi dan mandi pada cuaca yang agak sejuk
Nak mandi pun macam terasa malas
Tapi diusahakan juga untuk kidos lakukan
Nak sampai tepat ke lokasi kerana boleh gunakan masa sebaiknya
Manfaat kan sepenuhnya
Al maklumlah tak mahu lepaskan peluang ke sana disebabkan harga tiket yang agak mahal bagi saya lah yer
Sekadar pengalaman:
Sajer saya berkongsi ceriter catatan pengalaman ini
Al maklumlah situasi ini agak bermakna bagi kami sekeluarga
Yang penting dapat bonding time dan quality time bersama family
Dengan cara holiday sebegini akan dapat melatih sifat kesabaran & disiplin untuk saya melayan hobi rumah busuk saban hari tanpa kenal erti jemu:
1. Nak cari rumah busuk
2. Nak miliki rumah busuk
3. Nak selesai kan dokumentasi rumah busuk
4. Nak cari sumber kewangan rumah busuk
5. Nak cari kontraktor rumah busuk
6. Nak pikir konsep ubahsuai rumah busuk
7. Nak proses ubahsuai rumah busuk
8. Nak monitor proses ubahsuai rumah busuk
9. Nak pikir buat apa dengan rumah busuk yang dah menjadi rumah wangi: sewa, tinggal sendiri & sebagai nya
10. Nak maintenance rumah yang sudah wangi
Jenuh nak layan rumah busuk nie wei
Itu sebab saya perlu recharge energy dan refresh minda bagi teruskan momentum melayan hobi rumah busuk
Yuhuu😀
Alhamdulillah atas segala pinjaman dari NYA😀
Catatan di Seoul Korea
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
22 Dis 2018
No comments:
Post a Comment