Masak lomak cili api
Ayam kampong salai
Mak aaiii sodap ehhh
Tigo kali nambah nasik
Alhamdulillah
Masak lomak cili api
Ayam kampong salai
Mak aaiii sodap ehhh
Tigo kali nambah nasik
Alhamdulillah
BIL TNB
Mohon khidmat nasihat
Dari kalian semua
Camner nak jimat bil tnb bulanan
Asyik naik jer bil nie
Bulan ini kompom naik lagi sebab cuti skolah 2 minggu
Ini baru 1 rumah
Jika ada cawangan kat kampong seberang sana
Jenuh nak bayo bil bulanan tnb weh !😀
7 SENARIO LAYAN RUMAH BUSUK
Hari ini dah 26 Ramadhan
Sekitar 4 hari lagi kita nak sambut Bulan Syawal
Makin meriah terasa skrang nie
Corong radio terdengar lagu raya
Saya masih sedap mendengar lagu raya yang klasik
Mesti korang para ibu sibuk menyiapkan kuih raya
Macam macam senario perlu di lalui apabila melayan hobi hartanah rumah busuk
Kena ada semangat
Kena ada matlamat
Kena ada usaha yang gigih
Kena ada support
1. Kena ada ilmu:
Makner kata kena ada hala tuju
Kena tahu apa tindakan yang perlu di buat
Kutiplah ilmu dari buku, ebok, pergi seminar berkaitan hartanah dan kewangan
Cedok lah mana mana sumber ilmu yang ada di pasaran
2.Nak cari rumah busuk:
Kekadang peringkat ini pun dah gagal yer
Kat mana nak cari listing nya
Masa diambil untuk pergi lawat rumah busuk
Nak mencari lokasi rumah tur lagi
Kekadang cari cari tak jumpa plak rumah tur walaupun ada alamat yang diberi ... rupa rupa nya salah alamat
3. Dapat kan semua info rumah busuk:
Jika kes lelongan awam nak dapat kan notis lelongan
Nak dapatkan carian persendirian, bil tertunggak: pintu, tanah, maintenen, tnb, air, iwk
Dengan ada info tur senang sket nak buat bajet atau keputusan nya
Jika rumah subsale .. nak dapatkan info juga lah
4. Proceed miliki rumah busuk:
Dah ada ilmu
Dah cari rumah busuk
Dah ada info
Apa lagi tunggu
Proceed lah untuk memiliki rumah busuk
5. Jika ditakdirkan gagal:
Jika kes lelong ... ditakdirkan gagal memang kerana disebabkan bajet ciput kita RP sahaja ... sedangkan ada ramai pembida yang lain
Jika kes subsale pula ... kita harapkan markup harga ... tapi owner tak setuju
Jangan lah kecewa sampai guling guling atas lantai
Itu perkara biasa
Cari unit lain
Cari kes yang lain pula
Cuba lagi jangan putus asa yer
6. Wangi kan rumah busuk:
Cabaran nak wangi kan rumah busuk pun berbeza juga
Ada yang teruk sangat keadaan nya
Ada yang setakat cat jer dah kembali sempurna
Jika rezki baik .. dapat yang unit dah sedia cantek ... hanya kemaskan ajer lah
Itu rezki namanya
7. Modal:
Ini ramai yang mengeluh
Ini masalah semua orang
Masalah saya juga
Modal nak deposit
Modal kos agent
Modal kos lawyer
Modal kos valuer
Modal bil tertunggak
Modal nak settle kan baki (jika layak buat loan okey lah tur)
Modal nak repair rumah busuk
Jika di kaji semua senario
Terus terang saya cakap
Memang tak semudah yang disangkakan untuk melayan rumah busuk nie
Hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental sahaja mampu untuk terus bertahan lama
Itu belum masuk isu yang pasangan memasing yang tak support lagi ker ... lagi leceh weh ... tup tup yang kuat bebel macam mak nenek
Betoikan 😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
Gambar adalah rumah busuk yang telah wangi yang terima sentuhan Ir. AJAK n Team
Ganti kasut 4 biji
Demi keselamatan kete wife
Nak ke hulu ke hilir
Pelbagai aktiviti harian
Termasuk aktiviti layan hobi rumah busuk
Tak kompromi bab ini
Kan kan😀
JANGAN SESEKALI MALU UNTUK MILIKI RUMAH BUSUK
Pada pagi 24 Ramadhan today nie jejari pun slow nak menaip ... hehehehe mood dah nak raya laa dikatakan
Jangan kisah kan apa orang nak cakap
Jangan pedulikan jiran nak kata apa pun
Jangan ambil pot sesangat kenkawan nak kutuk
Tapi pujuk pasangan kita agar menyokong usaha kita nie
Jangan malu untuk miliki rumah busuk
Jika tak kenal maka tak akan jatuh cinta
Tapi jika dah jodoh ... layan jer yer ... hahahaha 😀
Dah kenal & dah jatuh cinta
Berbiji biji rumah busuk akan diburu
Tak dapat memburu terasa keresahan tak keruan
Jenuh dah saya menulis ceriter rumah busuk
Banyak gambar rumah busuk saya uplud
Siri seminar terdahulu juga telah saya kongsikan pengalaman
Sesi personal coaching pun makin ramai saya penuhi jadual terdahulu
Saya pun buat dek jer korang nak kutuk
Saya buat muka seposen jer lawat rumah busuk
Saya terus ghairah memburu rumah busuk tanpa jemu
Saya jalan terus jer lah wangikan rumah busuk
Sebagai aktiviti layan hobi
Sekadar membebel di pagi nie
Korang nak baca ... bacalah
Tak nak baca ... saya pun okey jer
Yuhuu😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
Nota:
Gambar sebenar kes rumah busuk yang telah menerima sentuhan "Ir. AJAK" dan "Team Kontraktor" menjadi rumah wangi
GAGAL BIDA LELONG RUMAH BUSUK
Hari ini saya masuk lelong rumah busuk
Saya wakilkan agent kerana saya uzur patah tangan
Hari ini saya gagal membida lelong rumah busuk berkenaan
Bajet saya setakat RM250 ribu sahaja
Bajet saya ciput
Gagal tur biasa dalam masuk bidaan lelong
Anggap biasa
Jangan putus asa
Rilex rilex tenang tenang sahaja
Bukan rezki kita kali ini
Betoikan
Yang penting usaha jangan putus asa
Kalian juga jangan putus asa jika masuk bidaan lelong
Saya gagal sudah banyak kali sejak bertahun tahun dahulu
Tak terkira jumlah kali gagal nya
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
PROGRES RUMAH BUSUK TERKINI
Monday blues today
Ini projek terkini skrang nie
Projek senantiasa berjalan lancar tanpa henti
Layan hobi hartanah rumah busuk diteruskan walaupun pergerakan saya agak terbatas sejak patah tangan
Dah sampai progres pasang plaster siling untuk sebuah rumah nie
Skop kerja rumah busuk yang ini ialah:
Dijadualkan awal julai 2019 akan siap sepenuhnya
Almaklum jer lah ada cuti raya
InsyaAllah
Yuhuu😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
ANNIVERSARY 18
Catatan khas buat mu isteri ku baby sayang Hajah Fatimah Binti Sahak
Pada ahad hari ini
21 Ramadhan Karem yang penuh barakah
Bulan keberkatan penuh rahmat
Alhamdulillah penuh kesyukuran kepada ALLAH swt
Nikmat jodoh yang berkekalan hingga ke hari ini
Yang dipinjam oleh NYA buat kami
Tarikh 26 Mei 2001 kami diijabkabulkan
Saat saat manis bercinta
Kata kata indah mesej melalui handphone
Tiada whatsapp masa tur
Tiada fb mahu pun insta
Sekadar handphone motorola yang gedabak besar saiz nya
Pada masa tahun 2001
Abang jejaka kurus tinggi lampai usia 27 tahun dengan rambut ramos tebal
Kau gegadis chomei kurus seusia 22 tahun
Jarak usia kami 5 tahun membezakan
Kita lalui hidup bersama
Saling cuba memahami pada awal awal usia perkahwinan
Belajar erti kehidupan berkeluarga
Hidup secara amat sederhana
Menyewa di flat tingkat 4 paling atas dan kereta kecil kancil warna hijau
Di beri rezki dari seorang kidos kepada 4 kidos heros yang makin membesar kacak belaka
Kau gadis yang tak pernah kenal erti putus atas
Abang kagum dengan mu baby sayang
Perbaiki diri untuk menjadi lebih lengkap
Dari kurang mahir memasak skrang dah superb handal chef di mata abang
Menjadi kan abang makin boroi dan gedebus tembam
Kau baby sayang tulang belakang dalam family ini
Seawal pagi sudah berjaga untuk mulakan rutin harian
Lewat malam baru tidur
Untuk menjaga segala kebaikan hal rumahtangga kita
Siang hari ke hulu ke hilir memandu kereta dengan pelbagai tujuan urusan biznes kita
Tanpa mu baby sayang yang membantu
Mana mungkin abang boleh melayan hartanah hobi rumah busuk dari hari ke hari sejak bertahun tahun dahulu
Kau baby sayang makin mahir dalam selok belok bab usahawan hartanah rumah busuk
Abang bangga dengan mu baby sayang sayang
Ini yang kita sedang giat usahakan
ALLAH swt sebaik baik nya pengatur dalam hidup
Abang amat bersyukur di jodohkan dengan dikau baby sayang
Memahami apa yang abang mahukan
Abang pohon maaf kerana tidak mengizinkan untuk dikau baby sayang terus bekerja pada hujung tahun 2002 (berhenti kerja) untuk menjadi surirumah sepenuh masa dan mula belajar berbiznes sendiri
Abang berhasrat untuk menghadiahkan "sebuah kereta idaman" sempena "anniversary kita yang ke 18"
Bagi peluang kepada abang untuk kumpul modal seadanya (duit tak cukup lagi ... hehehehe 😀)
Sebagai menghargai segala penat lelah menjadi surirumah yang terbaek
Akan diusahakan untuk tujuan itu ... InsyaAllah
Tunggu yer baby sayang jika diizin kan oleh NYA nanti nanti cadang tahun ini jugak
Abang berdoa agar jodoh kita berpanjangan sehingga ke akhir hayat di kandung badan
Kekal ke syurga jannah mu YA ALLAH
Itulah doa kita di Padang Arafah sewaktu Hari Wukuf mengerjakan Ibadah Haji pada Tahun 2016 yang dahulu dan sama sama kita mengaminkan doa di depan Kaabah sewaktu keliling tawaf pada ibadah umrah bulan febuari 3 bulan yang lepas
Saat manis dalam kehidupan adalah kita dapat sholat berjemaah bersama sama
Alhamdulillah ... InsyaAllah ... Aamin
Ir. AJAK
26 Mei 2019
Cuti sekolah bermula
Murid & cikgu mula riang
Riuh rendah di rumah
Cikgu jamil ohh cikgu jamil 😀
PASANG BLIND
Saya nak pasang blind
Untuk 2 biji rumah serentak:
1. Rumah no 40
2. Rumah no 42
Hanya warna corak Kitchen kabinet berbeza
Yang lain semua sama
Pasang blind pada tingkap tur
Warna apa yang sesuai yer
Tolong kenkawan bagi idea
Sajer syok nak deco deco rumah
Lepas asar jam 5pm kontraktor kedai blind akan datang sukat
Duk fikir nak pasang langsir jugak bagi 2 buah rumah ini
Tak abih2 dengan aktiviti rumah busuk saya nie
Tengok kira bajet ciput saya nie
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
13 BERI INSPIRASI UNTUK RUMAH BUSUK
Hari ini saya ingin berkongsi kan beberapa perkara yang boleh memberi sumber inspirasi kepada kenkawan untuk melayan hobi hartanah rumah busuk
Perasaan kita akan berbunga apabila melihat rumah sudah tersedia mewangi:
Kalian boleh melihat perbezaan rumah busuk dan rumah yang sudah mewangi
Biar lah gambar yang berbicara
Lebih selesa untuk didiami
Saya sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk
Cuma sekarang ini terbatas kerana keuzuran tangan patah dibedah dimasukkan 3 batang besi bersimen
Selamat berpuasa yer kenkawan
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
SEMUA TAK BOLEH
BILA PLAK NAK MERASA NYA
HEHEHEHE 😀
Today dah 17 Ramadhan
Saya minta maaf bebanyak kat kalian semua yer
Nak tulis ini pun takut terguris hati n perasaan kalian plak
Kang kurang plak pahalo puaso saya
Kekadang saya terbaca jugak tulisan dari rakan2 sekalian
Rakan2 dari pelbagai bidang penulisan di FB
Ada yang mempunyai follower yang berpuluh ribu atau ratusan ribu ramai nya
Ramai pengikut dengan setiap tulisan akan dapat banyak like n komen
Kenkawan pun heppy baca
Harap penulisan itu tidak hipokrit
Jangan ditanya tulisan dari siapa yer
Saya tidak tuju kepada seseorang
Saya tulis secara umum jer
Okey yer😀
Sekali saya baca macam2 tak boleh di nasihat nya:
Bila plak nak merasanya
Entah lah macam2 tak boleh nya
Kita sebagai manusia biasa memang mempunyai kehendak n naluri
Mahu itu dan ini
Senang cakap nak merasa banyak perkara sewaktu kita hidup nie
Cuma jangan lah sampai “ bior papa asal begayer”
Kita tahu ukur di badan sendiri
Kita ambil tanggungjawab sewajarnya
Kita juga perlu insaf bahawa rezeki itu Allah yang beri
Tugas kita berusaha sebaiknya, berdoa n tawakal
Ada rezki setiap orang
Rezki tak salah alamat
Jangan terlalu risau untuk berhutang jika perlu ... cuma urus dengan sebaiknya .. dah memang nature biznes bank pun untuk beri kemudahan loan
Actually... Saya tidak lah hebat .. tak upaya untuk beri nasihat kepada kenkawan pun
Hidup saya sederhana jer
Asyik2 layan hobi hartanah rumah busuk
Cuma hari ini tiada gambar 2 jari tau .. kang wife tarik telinga ... yuhuu😀
Bulan Ramadhan Kareem kita cuba rebut sebanyak pahalo
InsyaAllah
Ir. AJAK