31 May 2019

7 Senario

7 SENARIO LAYAN RUMAH BUSUK


Hari ini dah 26 Ramadhan 

Sekitar 4 hari lagi kita nak sambut Bulan Syawal

Makin meriah terasa skrang nie

Corong radio terdengar lagu raya

Saya masih sedap mendengar lagu raya yang klasik

Mesti korang para ibu sibuk menyiapkan  kuih raya


Macam macam senario perlu di lalui apabila melayan hobi hartanah rumah busuk

Kena ada semangat 

Kena ada matlamat

Kena ada usaha yang gigih

Kena ada support


1. Kena ada ilmu:

Makner kata kena ada hala tuju

Kena tahu apa tindakan yang perlu di buat

Kutiplah ilmu dari buku, ebok, pergi seminar berkaitan hartanah dan kewangan

Cedok lah mana mana sumber ilmu yang ada di pasaran


2.Nak cari rumah busuk:

Kekadang peringkat ini pun dah gagal yer

Kat mana nak cari listing nya

Masa diambil untuk pergi lawat rumah busuk

Nak mencari lokasi rumah tur lagi

Kekadang cari cari tak jumpa plak rumah tur walaupun ada alamat yang diberi ... rupa rupa nya salah alamat


3. Dapat kan semua info rumah busuk:

Jika kes lelongan awam nak dapat kan notis lelongan

Nak dapatkan carian persendirian, bil tertunggak: pintu, tanah, maintenen, tnb, air, iwk

Dengan ada info tur senang sket nak buat bajet atau keputusan nya

Jika rumah subsale .. nak dapatkan info juga lah


4. Proceed miliki rumah busuk:

Dah ada ilmu

Dah cari rumah busuk

Dah ada info

Apa lagi tunggu

Proceed lah untuk memiliki rumah busuk


5. Jika ditakdirkan gagal:

Jika kes lelong ... ditakdirkan gagal memang kerana disebabkan bajet ciput kita RP sahaja ... sedangkan ada ramai pembida yang lain

Jika kes subsale pula ... kita harapkan markup harga ... tapi owner tak setuju

Jangan lah kecewa sampai guling guling atas lantai

Itu perkara biasa

Cari unit lain

Cari kes yang lain pula

Cuba lagi jangan putus asa yer


6. Wangi kan rumah busuk:

Cabaran nak wangi kan rumah busuk pun berbeza juga

Ada yang teruk sangat keadaan nya

Ada yang setakat cat jer dah kembali sempurna 

Jika rezki baik .. dapat yang unit dah sedia cantek ... hanya kemaskan ajer lah

Itu rezki namanya


7. Modal:

Ini ramai yang mengeluh

Ini masalah semua orang

Masalah saya juga

Modal nak deposit 

Modal kos agent

Modal kos lawyer

Modal kos valuer

Modal bil tertunggak 

Modal nak settle kan baki (jika layak buat loan okey lah tur)

Modal nak repair rumah busuk


Jika di kaji semua senario

Terus terang saya cakap

Memang tak semudah yang disangkakan untuk melayan rumah busuk nie

Hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental sahaja mampu untuk terus bertahan lama

Itu belum masuk isu yang pasangan memasing yang tak support lagi ker ... lagi leceh weh ... tup tup yang kuat bebel macam mak nenek

Betoikan 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk


Gambar adalah rumah busuk yang telah wangi yang terima sentuhan Ir. AJAK n Team





No comments:

Post a Comment