ANNIVERSARY 18
Catatan khas buat mu isteri ku baby sayang Hajah Fatimah Binti Sahak
Pada ahad hari ini
21 Ramadhan Karem yang penuh barakah
Bulan keberkatan penuh rahmat
Alhamdulillah penuh kesyukuran kepada ALLAH swt
Nikmat jodoh yang berkekalan hingga ke hari ini
Yang dipinjam oleh NYA buat kami
Tarikh 26 Mei 2001 kami diijabkabulkan
Saat saat manis bercinta
Kata kata indah mesej melalui handphone
Tiada whatsapp masa tur
Tiada fb mahu pun insta
Sekadar handphone motorola yang gedabak besar saiz nya
Pada masa tahun 2001
Abang jejaka kurus tinggi lampai usia 27 tahun dengan rambut ramos tebal
Kau gegadis chomei kurus seusia 22 tahun
Jarak usia kami 5 tahun membezakan
Kita lalui hidup bersama
Saling cuba memahami pada awal awal usia perkahwinan
Belajar erti kehidupan berkeluarga
Hidup secara amat sederhana
Menyewa di flat tingkat 4 paling atas dan kereta kecil kancil warna hijau
Di beri rezki dari seorang kidos kepada 4 kidos heros yang makin membesar kacak belaka
Kau gadis yang tak pernah kenal erti putus atas
Abang kagum dengan mu baby sayang
Perbaiki diri untuk menjadi lebih lengkap
Dari kurang mahir memasak skrang dah superb handal chef di mata abang
Menjadi kan abang makin boroi dan gedebus tembam
Kau baby sayang tulang belakang dalam family ini
Seawal pagi sudah berjaga untuk mulakan rutin harian
Lewat malam baru tidur
Untuk menjaga segala kebaikan hal rumahtangga kita
Siang hari ke hulu ke hilir memandu kereta dengan pelbagai tujuan urusan biznes kita
Tanpa mu baby sayang yang membantu
Mana mungkin abang boleh melayan hartanah hobi rumah busuk dari hari ke hari sejak bertahun tahun dahulu
Kau baby sayang makin mahir dalam selok belok bab usahawan hartanah rumah busuk
Abang bangga dengan mu baby sayang sayang
Ini yang kita sedang giat usahakan
ALLAH swt sebaik baik nya pengatur dalam hidup
Abang amat bersyukur di jodohkan dengan dikau baby sayang
Memahami apa yang abang mahukan
Abang pohon maaf kerana tidak mengizinkan untuk dikau baby sayang terus bekerja pada hujung tahun 2002 (berhenti kerja) untuk menjadi surirumah sepenuh masa dan mula belajar berbiznes sendiri
Abang berhasrat untuk menghadiahkan "sebuah kereta idaman" sempena "anniversary kita yang ke 18"
Bagi peluang kepada abang untuk kumpul modal seadanya (duit tak cukup lagi ... hehehehe 😀)
Sebagai menghargai segala penat lelah menjadi surirumah yang terbaek
Akan diusahakan untuk tujuan itu ... InsyaAllah
Tunggu yer baby sayang jika diizin kan oleh NYA nanti nanti cadang tahun ini jugak
Abang berdoa agar jodoh kita berpanjangan sehingga ke akhir hayat di kandung badan
Kekal ke syurga jannah mu YA ALLAH
Itulah doa kita di Padang Arafah sewaktu Hari Wukuf mengerjakan Ibadah Haji pada Tahun 2016 yang dahulu dan sama sama kita mengaminkan doa di depan Kaabah sewaktu keliling tawaf pada ibadah umrah bulan febuari 3 bulan yang lepas
Saat manis dalam kehidupan adalah kita dapat sholat berjemaah bersama sama
Alhamdulillah ... InsyaAllah ... Aamin
Ir. AJAK
26 Mei 2019
No comments:
Post a Comment