28 February 2017

Ada aku kisah




Ada yang tanyer kat aku
Tak malu ker asyik lawat rumah busuk jer:
1. Rumah tiada atap
2. Rumah tiada pintu
3. Rumah tiada tingkap
4. Rumah penuh sampah sarap
5. Rumah penuh semak samun
6. Rumah busuk ler dikatakan
Ader aku kisah
Aku tak menyusahkan orang kan
PirahhhπŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



Jangan putus asa




RUMAH BUSUK: JANGAN PUTUS ASA
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Jika ada hasrat untuk memiliki rumah busuk
Jangan berputus asa untuk terus usaha mendapatkannya:
1. Lihat iklan di laman-laman web
2. Baca iklan di suratkhabar
3. Bertanyerkan agent REN
4. Selalur lihat iklan di wall kenkawan agent REN
5. Ronda di kawasan sekitar taman
6. Rajin lihat notis lelongan awam
7. Ambil peduli iklan di tiang atau tampal di pokok
8. Tanyer jer kenkawan jika mereka nak jual rumah busuk
9. Apa lagi yer
Yang penting teruskan usaha tanpa jemu
Pasti akan ketemu peluang untuk miliki rumah busuk
BetoikanπŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



27 February 2017

Sedap




Sedap wife masak malam nie
Bertambah nasik makan
Daging salai masak lomak
πŸ˜„πŸ‘




Tegur jiran




RUMAH BUSUK: SEBELUM UBAHSUAI
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Jika dah memiliki rumah busuk
Berhajat nak ubahsuai
Cer tegur jiran sebelah
Cakap bebaik dengan dia
Nak mulakan proses ubahsuai
Kang jika hati jiran terguris
Sia sia jer pagar batu bata porch dah naik
Kena dirobohkan semula
Jika jiran membuat bantahan di pihak berkuasa negeri
Alahaiiii
πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



Perancangan




PERANCANGAN RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Nak layan rumah busuk nie perlu ada perancangan jugak:
1. Nak bajet untuk deposit
2. Nak beli tunai ker
3. Nak beli guna loan bank atau gomen
4. Nak beli lelong atau subsale
5. Nak di repair jika uzur
6. Nak di siapkan pada masa bila
7. Nak di sewa atau tinggal sendiri
Tak boleh main belasah jer
Nanti tersontot plak
Yuhuu
πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



26 February 2017

My 43th birthday




My 43th Birthday
◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Alhamdulillah
Hari ini genap umur aku 34 tahun selalur
Eehhhhhh silap tekan keypad
43 tahun dah yer
Alahaiiii πŸ˜„
.
.
Aku sangat bersyukur ke hadrat ALLAH
Dengan segala pinjaman yang ALLAH berikan
Nikmat sementara di dunia yang sangat aku teruja dan gembira
.
.
Nikmat wishlist yang ALLAH makbulkan hari ke hari:
1. Umur hingga ke hari ini
2. Kesihatan yang terpelihara
3. Masih berpeluang ibadah kepada NYA
4. Masih ada ibu yang penyayang dan adik-adik
5. Isteri yang aku amat cintai
6. Kidos yang cergas dan lincah
7. Rezeki yang berpanjangan
8. Kerjaya yang di idamkan
9. ALLAH tunaikan hajat untuk tunaikan ibadah haji pada usia aku 42 tahun bersama wife
10. Berpeluang musafir saban tahun dengan family
11. Di kelilingi rakan taulan di media sosial adalah kalian semua
12. Disibukkan dengan aktiviti layan hobi rumah busuk yang berpanjangan
13. Dapat berkongsi ilmu & ceriter rumah busuk dengan kenkawan semua melalui aku menjadi penulis buku
14. Diberi peluang untuk menyumbang ke arah jalan NYA
15. Nikmat keduniaan yang dikecapi
.
.
Dengan rasa rendah diri aku ingin melafazkan kata-kata penuh kesyukuran dengan nikmat yang ALLAH pinjamkan kepada aku & family
Berkat doa dari kalian semua
Alhamdulillah πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
26 Febuary 2017





25 February 2017

Malam minggu




Di malam minggu
Bonding time wit family
Alhamdulillah
πŸ˜„



Cendol




Balik dari umah busuk
Pekena cendol
Wahh lega tekak
πŸ˜„



Kipas


RUMAH BUSUK: SEDANG DI PASANG KIPAS
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Sabtuday
Aku singgah di rumah busuk
Progres makin bertambah
Sedang pasang kipas siling auto 5 bilah warna hitam
Makin berseri dah
Alhamdulillah
Yuhuu πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk








Minat




PAPA MINAT RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Anak bongsu Muhammad Adam
Sambil bekfes donut
Selamba jer dia cakap
"Papa minat rumah busuk"
Kidos yang lain pun menyampuk sama
"Memang pun ... papa memang peminat rumah busuk"
Papa jawab "betoi tur ... korang pun kena belajar bab rumah busuk"
.
.
Harap ada kuah yang tumpah ke nasi
Tur jer nak cakap
Yuhuu πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




23 February 2017

Tiang porch




RUMAH BUSUK: TIANG PORCH
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Nak bagi tahu
Tiang porch rumah busuk
Dah mula ditegakkan
Lajukan progres
Yuhuu πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



Nak seribu daya




RUMAH BUSUK: NAK SERIBU DAYA
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Kelmarin aku ada bersembang dengan sorang kenalan
Dia maklumkan belum ada rumah lagi
Dia teringin untuk memiliki rumah
Dia mahu memiliki rumah kerana umur dah nak masuk ke angka 4 siri
Dia nak cari rumah landed di bawah harga RM100 ribu
Di Negeri Selangor plak tur
Aku jawab ringkas jer "kat seremban maybe ada harga rumah di bawah RM100 ribu tapi maybe rumah berstatus lelong dan rumah busuk"
Dia pandang aku semacam ajer
Hehehee πŸ˜„
.
.
Senario 1:
Jika beli rumah busuk
Memang harga rendah dari harga pasaran
Tiada banyak pilihan
Tapi perlu ada semangat untuk baiki rumah itu
Perlu ada modal untuk baiki
Perlu usaha sedikit lah untuk mencari kontraktor yang boleh baiki
Boleh renovation ikut citarasa sendiri
Memang leceh
Memang malas
Tapi jika betoi caranya akan menjadi berbaloi baloi
.
.
Senario 2:
Jika beli rumah subsale yang sudah siap wangi
Harga akan menjadi pada harga pasaran
Maybe juga harga akan lebih dari harga pasaran
Banyak pilihan yang ada di market
Tak payah nak susah payah untuk renovation
Tak payah nak cari kontraktor untuk baiki
Sudah menjadi senang jer
Nak lagi senang ... minta tolong REN untuk carikan dengan memberikan spesifikasi rumah yang kita mahukan
Cuci kaki jer lah korang
.
.
Jika mahu rumah busuk
Nak seribu daya
Tak nak seribu dalih
Itu jer nak cakap
Yuhuu πŸ˜„

LIKE | KOMEN | SHARE

Ir. AJAK



22 February 2017

Bersepah bahan binaan




Rumah busuk
Bersepah dengan sampah sarap
.
.
Rumah sedang renovation
Bersepah dengan bahan binaan
.
.
Ramai yang tak berkenan
Yuhuu satu kali
πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




Elemen penting




RUMAH BUSUK: ELEMEN PENTING
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

5 elemen penting yang perlu ada:
1. Minat untuk memiliki rumah busuk
2. Tujuan untuk memiliki rumah busuk
3. Bajet kos untuk wangi kan rumah busuk
4. Lokasi sesebuah rumah busuk
5. Kontraktor untuk mewangikan rumah busuk
6. Apa lagi yang korang terpikir
Yuhuu πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




21 February 2017

Jatuh cinta


JATUH CINTA
❤️🏠❤️🏠❤️

Citer malam tadi
Selepas sholat isyak
Aku duduk atas sofa bersama wife
Sambil menonton astro
Aku genggam tangan wife
Nak mulakan bicara nie
Tapi lidah kelu seribu bahasa
Ku gagahi jua untuk mulakan bicara
.
.
Aku: sayang ... abang nak cakap sesuatu nie
Wife: yer ... cakap jer lah ... sayang dengar nie
Aku: terasa berat pulak nak cakap ... tetiba jer
Wife: haaaa ... naper plak malam nie ... selalur okey jer ... mesti ada apa apa nie
Aku: ermmmm jap jap yer ...
Wife: cakap lah cepat ...
Aku: abang ... abang ... tak der apalah
Wife: apasal gugup jer malam nie
Aku: eehhhh maner ada gugup ... steady jer nie haa ... kan nampak macho (sambil gulungkan kain pelekat kasi ketat)
Wife: cepatlah cakap (sambil tangan aku digenggam makin erat ... hahaha)
Aku: abang dah abang dah
Wife: abang dah apa ... cepatlah
Aku: abang dah ... abang dah .. abang dah JATUH CINTA
Wife: ngan saper plak nie (nampak muka wife terkejut)
Aku: sabo sabo belum abih cakap nie
Wife: cepat cakap ... ngan siapa pompuan tur ... biar sayang gie lempang dia
Aku: sabo sayang ... i love u laaa
Wife: jangan nak ngengader yer ... cakap cepat (sambil wife cubit peha aku)
Aku: adoiiii ... sakit arr kena cubit ... kuat plak tur
Wife: tak nak kena cubit ... cepat cakap cepat ler
Aku: yerlah ... abang nak cakap lah nie ... eehhh tengok citer kat astro tur ... aku sajer lengahkan masa
Wife: tak payah layan astro tur ... cakap cepat
Aku: abang JATUH CINTA DENGAN RUMAH BUSUK laaaaa
Wife: laaaaaa ... ingatkan pompuan maner tadi (sambil wife aku terus memeluk aku erat erat)
Aku: tur lah sabo ler abang nak cakap ... bagi ruang sket
Wife: sajer jer abang nak usik kiter
Aku: sayang jugak kat abang yer
Wife: mestilah ... tahu tak per
Aku: i love u sayang
Wife: i love u 2
TamatπŸ˜„
.
.
Korang jangan menyampah plak
Memang betoi
Aku dah jatuh cinta dengan hobi rumah busuk
Pusing pusing citer pun mesti kisah rumah busuk
Hahahaha
Sajer jer nak ilangkan boring korang tur
Yuhuu satu kaliπŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk





Kesan positif




RUMAH BUSUK: 5 KESAN POSITIF
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Aku berpandangan bahawa akan ada kesan positif bagi perkara berikut:
1. Pupuk sifat kesabaran
2. Pupuk idea kreatif
3. Pupuk semangat motivasi
4. Pupuk jiwa kental
5. Pupuk budaya tepati masa
YuhuuπŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



20 February 2017

Fully booked




MEMBERI MANFAAT KEPADA KENKAWAN
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Penyertaan telah ditutup
Telah fully booked seawal tengahari tadi
Terima kasih atas sokongan kalian kenkawan
Pohon maaf kepada yang masih berminat tapi agak terlewat sedikit
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Majlis sebegini untuk kita memberi manfaat kepada orang lain
Kita berkongsi ilmu
Kita berkongsi pengalaman
Kita berkongsi ceriter
.
.
Saya mencadangkan agar diusahakan untuk diadakan lagi program yang sama pada bulan April 2017
Agar boleh lebih ramai berpeluang untuk menimba ilmu
Boleh ker sifu:
Encik Kamal
Khairul Amal Mahmud
Hafiz Zainudin
Sharezad Musa
YuhuuuπŸ˜„

Ir. AJAK
Hobo rumah busuk



Ini rumah aku




AKU HANYA TINGGAL DI RUMAH TERES UNIT TENGAH
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Hari ini aku lebih banyak berdiam diri
Aku banyak muhasabah diri
Aku banyak berpikir pikir
Aku tahu ada insan yang tidak senang dengan perjalanan hidup aku
Tidak senang dengan ceriter yang aku kongsikan
Tidak senang dengan idea yang aku curahkan
Tidak senang dengan tulisan rumah busuk dalam facebook
Maybe gamaknya tulisan aku tidak sehebat mereka menulis ... heheheeπŸ˜„
Tidak senang dengan cara aku menghabiskan masa dengan family
Tidak senang dengan cara aku berukhwah silaturrahim dengan kenkawan di meja mamak sambil pekena teh tarik
Tidak senang jika aku sebut perkataan memandu van
Tidak senang jugak jika aku sebut hobi aku suker berholiday di oberc
Alahaiiii πŸ˜„
.
.
Aku tidak lah kaya
Aku tidak memiliki rumah banglo pun
Aku tidak memiliki syarikat korporat
Aku hanya bekerja makan gaji jer dapat dibayar secara bulanan
Aku ada banyak hutang di bank bank
Aku gunakan pelbagai kemudahan pihak bank (OPM) untuk layan hobi rumah busuk
Kalian kenkawan rakan facebook
Kalian kenkawan rakan follower
Kalian memberi aku semangat
Kalian memberi aku inspirasi
Kalian memberi aku idea
Kalian memberi aku kekuatan
Aku amat hargai kalian kenkawan semua
Tanpa kalian
Siapalah aku
Yang hanya melayan "hobi rumah busuk" dari saban hari ke saban hari
πŸ˜„
.
.
Aku hanya tinggal di rumah teres unit tengah
Dah hampir genap 10 tahun aku menetap di sini
Masa tur anak bongsu si Muhammad Adam belum dilahirkan lagi pun
Ini gambar sebenar
Bukan rekaan semata mata
Alhamdulillah
Aku bersyukur dengan segala nikmat pinjaman dari NYA
Aamiin
.
.
YuhuuπŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



Ajwa




7.28 pm nak berbuka puasa
3 biji kurma ajwa
Alhamdulillah




Sentap




JANGAN LAH SENTAP
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Jangan lah sentap
Aku layan hobi rumah busuk jer
Rumah busuk yang uzur ala ala rumah zombi
Bukan tunjuk rumah banglo mahligai bebagai
Jika tak sudi nak baca ... just ignore tulisan aku tur ... tulisan aku pun bukan bagus sesangat pun
Jika nak unfren pun ... aku tak boleh halang
Itu hak memasing punya facebook
Facebook milik semua orang kan kan
Macam ada yang tak puas hati jer ngan aku
Orang sekeliling yang mengenali aku sejak dolu dolu tur
Aku bukannya kaya pun
Keluar kerja dari pagi dan balik petang
Alahaiiii
Aku nak Majuk arrr
Tak mau lah kongsi kan lagi ceriter rumah busuk
Biar aku layan hobi sendiri sendiri
πŸ™ˆ
.
.
.
Cer korang taipkan ayat power untuk pujuk aku yang majuk nie
YuhuuπŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




Dinding dapur




RUMAH BUSUK: DINDING BAHAGIAN DAPUR
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Progres potang semalam
Dinding batu bata bahagian dapur
Nampak dah dinding tur
Semalam ahad kontraktor masih bekerja
Seronok tengok progres rumah busuk
Dari hari ke hari progres makin banyak
Yuhuu
πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



19 February 2017

Riadah




Aktiviti potang ahad
Riadah sket
Jadual dah tersusun
Jom πŸ˜„



Beriani




Wife masak lunch
Nasik seperiuk
Ayam sekoq
Lapo balik dari layan rumah busuk nie
Alhamdulillah
πŸ˜„πŸ‘




Bincang




BINCANG RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Pagi coti ahad today
Bincang dengan team untuk cuba mewangi rumah yang ini pulak
Projek akan datang:
1. Pagar gate
2. Tiles
3. Table top
4. Kitchen kabinet
5. Extend dapur
6. Pintu
7. Pagar belakang
8. Tandas
9. Rewiring
10. Cer agaknyer apa item lagi
Bersila aku duduk atas lantai
Bincang dan terus berbincang
Terus bersemangat untuk layan hobi
Korang jangan jeles yer
Yuhuu
πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




Ruang dapur




RUMAH BUSUK: RENO RUANG DAPUR
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Aku akan cuba sedaya upaya untuk reno ruang dapur
1. Gunakan ruang tanah yang ada
2. Pecahkan dapur yang asal
3. Bina yang baru
4. Susun atur kedudukan tandas dan bilik mandi
5. Susun atur dan bina table top
6. Ubah kedudukan pintu belakang
7. Kedudukan tingkap
8. Sediakan tempat untuk mesin basuh
9. Sesuaikan kedudukan air keluar
10. Apa yang korang pikirkan lagi ...
Apabila aku dapat susun atur perkara kedudukan di ruang dapur ini dengan sebaiknya
Aku rasa heppy sesangat kerana aku tahu "awex" yang bakal tinggal di rumah ini dan senantiasa menggunakan ruang dapur akan berasa ceria memanjang ... eehhh tetiba ada perkataan "awex" nie ... pepagi coti ahad nie teshasul plak
YuhuuπŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




18 February 2017

Kucing hitam








DALAM RUMAH BUSUK ADA KUCING HITAM
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Today sabtuday
Dari soromban ke bandar klang selangor
Jalan jalan cari makan kambing bako ... perhhh sedap sampai tersando kekenyangan ... Alhamdulillah
.
.
Singgah di lokasi rumah busuk yang aku menang lelong pada hujung disember 2016 yang lalu
Keadaan rumah:
1. Tiada atap bumbung
2. Tiada kekuda
3. Tiada tingkap
4. Tiada pintu
5. Tiada porch
6. Tiada tandas
7. Tiada tangga
8. Tiada dapur
9. Tiada pintu pagar
10. Apa lagi yang korang nampak yang tiada tur
Dari depan terus nampak ke luar di belakang
Ini bakal projek aku yang akan datang
.
.
Ini kali pertama aku masuk rumah yang ada seekor kucing hitam sebagai penunggu dalam rumah busuk
Seram
Yuhuu
πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk





17 February 2017

Keputusan pantas




RUMAH BUSUK: KEPUTUSAN PANTAS & TEPAT
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Apabila disebut untuk mewangikan sebuah rumah busuk
Mahu tidak mahu akan melibatkan kontraktor dari pelbagai kemahiran:
1. Kontraktor binaan
2. Kontraktor elektrik
3. Kontraktor aircon
4. Kontraktor gril & pagar
5. Kontraktor kitchen kabinet
Setiap sudut yang mahu di renovation pada dalam rumah busuk akan melibatkan kerja dari kontraktor tersebut
Maka keputusan yang aku perlu buat mestilah pantas dan tepat
Kontraktor akan mengikut apa yang diarahkan
Jika tersilap beri arahan dan pemahaman kontraktor juga berbeza
Maka akan melibatkan kos tambahan jika dibina semula
Tak mudah jugak untuk koordinasi antara kontraktor
Korang ada pengalaman ker
Cer kongsikan
YuhuuπŸ˜„
Aku kan layan hobi jer

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



16 February 2017

Bincang




BINCANG DENGAN KONTRAKTOR RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Untuk pastikan rumah busuk dilaksanakan dengan sempurna
Selalurlah berbincang dengan kontraktor:
1. Kos yang terlibat
2. Skop kerja wangikan rumah busuk
3. Koordinasi kan skop kerja antara kontraktor
4. Fahami masalah yang dihadapi oleh kontraktor
5. Buat keputusan agar mudah kontraktor nak buat kerja
6. Cer korang tambah lagi
Yuhuu
πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



Sikap




URUSKAN RUMAH BUSUK MEMANG LECEH
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Ada yang cakap
Uruskan rumah busuk memang leceh
Betoi
Aku tak nafikan
Memang perlu ada sikap:
1. Minat
2. Sabar
3. Dedikasi
4. Toleransi
5. Positif minda
6. Jiwang .... ehhh silap ... itu kes jiwang pepagi jemaat ... hehehe
7. Korang tambahkan lagi
Yuhuu
πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




15 February 2017

Di cat






MENGECAT RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Balik dari opis
Terus capai kunci kapcai
Merempit ke lokasi rumah busuk
.
.
Rumah sudah mula di cat
Makin cerah dah rumah busuk
Kan kan
Biarlah sekeping photo yang berbicara
Yuhuu
πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



Dah renew




Dah renew
Board Of Engineers Malaysia
Dah dapat sijil
Expire 31 disember 2017
Alhamdulillah
πŸ˜„




Bayaran




BAYARAN KE KONTRAKTOR RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Melayan hobi rumah busuk
Dari peringkat awal bermula busuk sehingga lah rumah menjadi wangi
Kita mahu pastikan projek berjalan lancar
Perkara asas yang amat penting ialah:
Pastikan bayaran progres kepada kontraktor mengikut jadual yang telah dipersetujui bersama
Jika sangkut bayaran ... berkemungkinan progres jugak akan tergendala
Maka amat perlu pastikan perkara ini diambil kira
.
.
Skarang projek rumah busuk berjalan di 2 lokasi serentak
Layan jer
Yuhuu πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk





14 February 2017

Rumah busuk








RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️

Betoi ker
Tak semua rumah busuk sesuai untuk dijadikan aset pelaburan hartanah
Cer korang jawapkan
πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




Harta karun




HARTA KARUN DALAM RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Setiap kali melayan hobi rumah busuk
Nak mulakan projek baru untuk mewangikan rumah busuk
Mesti perlu membersihkan semua "harta karun" di buangkan
Pernah ada lebih 3 trip lori:
1. Tilam busuk
2. Almari busuk
3. Kabinet dapur busuk
4. Set sofa busuk
5. Pelbagai lagi yang busuk busuk
Alahaiiii
Jiwa perlu tabah beb
Yuhuu
πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




13 February 2017

Asam laksa




Mee maggi asam laksa
Ermmm korang jangan terliuq yer
Teringin plak aku memalam nie
πŸ˜„




Masak




Wife dah siap masak
Ermmmm peberet aku nie
Sedap
πŸ˜„πŸ‘



Dapur






Dapur rumah busuk
Cuma lantai masih belum sempat di mop lagi
πŸ˜„
Socket plug pun belum dipasang
πŸ˜„



View




VIEW DARI KACA
◾️◾️◾️◾️◾️◾️

View dari tingkap pejabat:
1. Tasik
2. Cruise putrajaya
3. Loji pembersihan air bersih
4. Padang permainan polo
5. Train erl ke klia
6. Hiway
7. Pokok pokok
Segar mata memandang
Cuaca cerah
.
.
Tapi aku gayat dengan ketinggian melebihi 30 tingkat
Hehehehe πŸ˜„




Berkepam bau rumah busuk






KOTOR NYA RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Monday blues today
Nak citer rumah busuk lagi
Tatkala menginjak kaki ke rumah busuk
Memang meloyakan
Geli pun ada
Seram pun ada
Kekadang berbau busuk dan kepam
Erkkkk tak selera lah
Memang tak selera beb
Tapi itulah hobi aku
Yer hobi aku sejak sekian lama
Banyak rumah busuk yang aku dah masuk
Banyak rumah busuk yang aku dah ushaaa
Banyak rumah busuk yang teruja aku nak sunting
Saban hari aku mengintai peluang untuk memiliki rumah busuk:
1. Ronda naik kapcai di taman perumahan
2. Baca iklan yang tampal di tiang lampu
3. Membuka laman web yang ada iklan rumah
4. Melawat laman sesawang pelelong
5. Sesekali membuka laman web lelong yang berbayar
6. Berwasup dengan agent REN
7. Lihat iklan surat khabar jugak
8. Pelbagai lagi lah
.
.
Apabila dah dapat info
Cari masa
Luangkan masa
Usaha untuk pergi melawat rumah busuk
Lihat bahagian porch
Intai dalam rumah melalui lubang tingkap jika rumah masih berkunci
Pergi ke bahagian belakang rumah untuk lihat di belakang
Jika jiran ada di kiri dan kanan ... sapalah jiran itu supaya tidak ada syak wasangka
Ini lah minat aku
Korang jangan kecam yer
Yuhuu satu kali
πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



12 February 2017

Sudip




Sesekali "Ir. AJAK" memegang sudip dan kuali
.
.
Kidos cakap "boleh tahan jugak papa masak"
Heheehe πŸ˜„



Solosai riadah




Boopoluh deenn
Selesai riadah
Alhamdulillah
πŸ˜„




Riadah




Jom riadah di potang ahad ...
Seimbangkan kehidupan kita ...
.
.
Takkan asyik layan rumah busuk jer
πŸ˜„



Newer Posts Older Posts Home