11 February 2017

Pasang kitchen kabinet










MULA PASANG KITCHEN KABINET PADA RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Sabtuday
Hari yang penuh ceria
Mood melayan rumah busuk senantiasa berada pada tahap yang positif
Positif minda akan menarik aura yang positif
Apabila kita berada mood yang ceria
Banyak perkara yang baik baik akan berlaku
Itu pandangan aku ler
.
.
Nak sambung ceriter rumah busuk jugak pagi
Progres rumah busuk makin bertambah dari hari demi hari
Pihak kontraktor mula nak memasang kitchen kabinet
Gabungan warna hampir putih cerah + hitam
Pada laci diletakkan warna hitam
Table top sepanjang sekitar 15 kaki yang berbentuk L
Kitchen kabinet bawah memang sekitar 15 kaki ler
Kitchen kabinet yang bahagian atas memang pendek sket kerana akan di tolak bahagian tingkap kaca aluminum frame tur
Hood juga akan dipasang
Dapur gas memang akan guna jenama yang sama supaya nampak seragam dan memang dah siapkan tapak yang berlubang 4 segi tur
.
.
Ada isu sket
Satu panel kitchen kabinet tersalah sukat oleh kontraktor
Bahagian atas
Macam ada lari sedikit sekitar 2 inci
2 inci jer
Tapi jika tidak dibetulkan akan nampak tak sempurna
Kekadang aku nie cerewet jugak ler
Nak nampak sempurna selalur
Itu baru dikira "layan hobi" ... bleh ker 😄
Kontraktor akan bawa semula kabinet itu ke bengkel untuk di ejas semula
.
.
Memang seronok melayan hobi ini
Masa akan terasa terisi jer semua
Isnin hingga jumaat akan bekerja makan gaji
Weken akan layan hobi
Minda pun senantiasa cergas berfikir
Sesekali terasa mudo plak coz cergas bergerak ke sana ke sini
Yuhuu satu kali
😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk

Nota kaki:
San Ihsan Zainal
Heppy belated besday semalam
Sojuk ker di kaki gunung negeri di bawah bayu tur
Kirim sekilo ikan bilis di pasor pilipin tau
😄




No comments:

Post a Comment