TAHNIAH KEPUTUSAN UPSR 2018 KEPADA SEMUA ANAK ANAK
Kelmarin keputusan dah keluar
Lewat sket menulis kerana kesibukan
Saya pun tumpang gembira
Nampak banyak kenkawan uplud gambo di wall FB
Ada yang uplud slip keputusan yang memaparkan semua subjek dapat A
Tapi tak der plak yang uplud gambo slip keputusan semua subjek yang gagal ... huhuhuhu
Tahniah kepada semua
Untuk anak-anak semua
Kalian anak anak yang hebat hebat belaka
Yang dapat banyak A
Yang dapat banyak B
Yang tak dapat A
Yang tak dapat B
Yang dapat keputusan selainnya C / D / E
Semua nya saya ucapkan setinggi tahniah
Semua dah melakukan yang sebaiknya
Apa pun keputusan yang diterima
Terima lah seadanya yer
Ini baru permulaan
Ini baru tangga yang pertama
Banyak lagi tangga mahu dilangkah kan
Jangan kecewa sangat
Jangan gundah gulana
Masih jauh perjalanan lagi tau
Sama sama kita support anak anak
Itulah keputusan yang sudah tersurat
KISAH SAYA
Nak beritahu dolu masa saya di sekolah rendah tahun 1985
Saya bersekolah kampong jer
Murid dalam kelas sekitar 30 orang gitur
Keputusan saya perolehi tak lah sebaik mana
Ada "C" pun
Saya bukan golongan pelajar pintar
Tidak pernah naik ke atas pentas untuk ambil hadiah kecemerlangan pun
Tambahan pula saya "nakal" sket weh
Apa yang saya buat ialah
Yang penting teruskan mendaki ke puncak
Tanpa mengenal erti putus asa
Tanpa kenal erti mengalah
Terus kan usaha sungguh sungguh
Sifat malas tolak tepi jauh jauh
Kejayaan ada di mana mana
Bumi milik ALLAH nie luas
Rezki pun luas
Ayuh untuk kita terus mendaki ke puncak
Kepada ALLAH kita berserah
InsyaAllah
Aamiin😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
No comments:
Post a Comment