30 June 2016

Roti john

Roti john
Simple jer wife masak lepas abih tarawih
Alhamdulillah sedap gak

28 June 2016

Aduss ...

Adusssss .... Ambil sample darah

Transaksi hartanah

URUSAN TRANSAKSI HARTANAH
==========================

Kami bersama ke lokasi pejabat tanah
Melakukan transaksi hartanah
Semua dilakukan sendiri
1. Bermula dari melihat hartanah
2. Perbincangan dan nego
3. Bayaran deposit
4. Sediakan dokumen perjanjian
5. Matikan setem di lhdn ke atas perjanjian
6. Sediakan banker cheque
7. Mengambil borang 14A
8. Pengisian borang 14A
9. Penyaksian borang 14A di hadapan Pegawai di pejabat tanah
10. Pengisian borang lhdn untuk taksiran setem duty
11. Proses seterusnya akan dilakukan
12. Seronok melakukan sesuatu dengan ilmu yang mantap
13. Tahu flow yang sewajarnya
14. Aku dah macam seorang lawyer pulak ...
Alhamdulillah 
Atas peluang yang ada
Aamiin
Berkat 23 Ramadhan 

Ir. AJAK


Coti rehat

Coti rehat today
Santai santai
Baki coti rehat masih berbaki 35 hari lagi
Skrang dah bulan Jun 2016

Menang lelong

MENANG LELONG TODAY
====================

Berkat 23 Ramadhan
10 hari terakhir bulan penuh barakah
Bercoti rehat today
Menang lelong sebuah rumah landed property
Non bumi lot
Berlawan bidaan lebih 10 orang
Ramai yang berminat
Ready stok untuk kes renovation bagi tahun hadapan 2016
Layan rumah busuk jer
Bersyukur
Alhamdulillah


Penunggu rumah busuk

PENUNGGU RUMAH BUSUK
======================

Aku seringkali jugak di tanyer dengan penunggu rumah busuk:
1. Aku pun tak tahu apa maksud korang dengan penunggu rumah busuk
2. Almaklum jerlah apabila rumah dah uzur dan bersawang
3. Rumah di tinggal kan sudah lama dan mungkin lebih sedekad
4. Macam macam perasaan nak masuk rumah busuk dan kekadang terasa seram jugak
5. Naik pulak bulu roma aku tatkala menaip nie
6. Tatkala aku nak memasuki rumah busuk dan pernah jiran sebelah cakap yang rumah tur banyak jin ... Adusss
7. Jiwa dan perasaan perlu kental untuk masuk ke rumah busuk
8. Kekadang rumah busuk memang ada penunggu ... Jeng jeng jeng ... Penunggu nya terdiri dari kalangan kucing kucing liar ler ... Hheheee😄
9. Biasanyer lah rumah yang uzur dan ditinggalkan lama bertahun tahun memang ada "penunggu" ... Ish ishhhh naik balik bulu roma aku ... Tapi aku berniat baik untuk pulihkan rumah busuk
10. Korang jangan jadikan alasan ada "penunggu" pulak yer ... Semua yang ada adalah ciptaan ALLAH ... Bersangka baik ... Betoikan 
Selamat berpuasa pada 23 Ramadhan
Aku sekadar melayan hobi jer

Ir. AJAK

26 June 2016

Kawan FB

Sesekali berselfie dongan sahabat FB ... Pertama kali bersua muka di potang ramadhan ... Sama sama baju biru gitur ... Hehee

Sold

SOLD
====


Telah terjual
Saya menerima mesej lebih dari 300 yang berminat sejak iklan pada pagi semalam
Sokongan yang amat menggalakkan
Berkongsi peluang dan rezki di bulan Ramadhan yang penuh barakah hari ke 21
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan
Saya amat hargai
Bersyukur saya dapat berkongsi sesuatu yang saya ada
Alhamdulillah 

Ir. AJAK


Memandu

Memandu van ke arah selatan 
Di pagi ahad 
Pepagi dah kluar rumah
Jadual aku padat today ahad
Urusan rumah busuk
Moga dipermudah kan today 21 Ramadhan 
Aamin😄

Area bukit jalil

Petang 20 Ramadhan 
Layan hobi
Kes renovation di area bukit jalil
Rumah teres 2 tingkat
Progres berjalan ikut jadual
Sebahagian tiles sudah sampai
Panas terik potang nie
Terasa penat gakkk
Porch dah mula nampak bentuk
Alhamdulillah 
😄👍

Nan tandoori

Nan + tamdoori 
Malam minggu

25 June 2016

Peluang rumah busuk

PELUANG RUMAH BUSUK
====================

Kekadang kita nie terlalu cerewet:
1. Sekadar pandangan saya sahaja yer
2. Tiada kena mengena dengan orang lain atau rakan rakan pembaca
3. Jika dah ada peluang di depan mata sila rebut jer
4. Jika bertangguh orang lain yang nampak peluang tur akan menyambar terus
5. Adat di pentas dunia bahawa manusia tur rakus tapi tak semuanya yer
6. Malah ada juga yang dah ada peluang di depan mata tapi masih banyak bertapi tapi tapi itu dan ini
7. Jika terlalu banyak songeh dan tergolong dalam kategori perfect memang banyak tanya itu dan ini tapi penghujungnyer tak ke mana pun
8. Malah sikap tunggu dan lihat tur dah memang perkara biasa di lihat oleh kiter semua
9. Jika ada hasrat nak melayan rumah busuk perlu ada sedikit sifat agresif untuk bertindak
10. Rumah busuk bukan rumah yang cantek dan sempurna malah semua dah tahu keadannya
11. Aku pun bukan pakar rumah busuk
12. Aku hanya baru menggarap pengalaman demi pengalaman untuk perbaiki kelemahan diri
13. Aku minat kepada rumah busuk kerana berhasrat untuk mewangikan nyer
14. Aku suker lihat perubahan rumah busuk kepada wangi
15. Aku selalur rebut peluang rumah busuk
Itulah hobi aku buat masa nie
Tulisan nie sedikit merapu meraban korang jangan heran
Okey bye

Ir. AJAK

Kebocoran

Kebocoran
Akibat pakai van
Kos servis untuk perjalanan 30 ribu kilometer
Perjalanan sebelum musim perayaan
Adududuuu

Awal pagi

Seawal pagi sudah sampai di opis
Perjalanan sekitar 65km sehala memandu van dengan tol rm5.50
Inilah rutin aku dari hari isnin ke jumaat
Dah nak masuk 8 lapan tahun travel everyday
Mencari rezki untuk family
Moga jumaat di bulan ramadhan penuh dengan keberkatan
Aamiin
.
.
.
Sonyum sket😄

Servis van

Servis van dah masuk 30 ribu perjalanan ...

Jiwang

"Sayang ohhh sayang ... Kau ilham dalam hidup ku"
.
.
.
Korang jangan ler menyampah ... Jiwang pepagi jumaat ... Biasa laa tur beb
Hehehe😄

RM99 ribu jer

RUMAH landed HARGA RM99 Ribu sahaja
DAH ada income potensi sewa MAKSIMA RM1600 sebulan
Aku mencari Mentee
===============================

Berkat pecutan 10 hari terakhir Ramadhan
Aku mahu berkongsi peluang rezki ini
Aku mahu mencari Mentee
Berkongsi peluang dalam biznes Bilik Bilik Sewa Wanita
Potensi income maksima hasil sewa bulanan boleh mencecah RM1600 sebulan bagi sebuah rumah
Harga rumah hanya RM99 Ribu untuk dijual
Pembelian tunai sahaja
Hartanah Freehold
Rumah landed
Ada 7 bilik
Lengkap fully furnished: katil, tilam, meja, kipas, kerusi, tv, peti ais, mesin basuh, astro, wifi P14g, kelengkapan memasak, penyidai baju
Penyewa sudah sediaada
Rumah 2 tingkat
Lokasi Seremban
Aku tak mahu ceriter lelebih
Inbox aku dengan segera
Peluang keemasan nie
Siapa cepat dia dapat
Ini kes reality bukan Scammer dan bukan omong omong kosong
Selamat berpuasa
😄

22 June 2016

Siapa mahu

SIAPA MAHU RUMAH BUSUK
======================

Destinasi ke 6 potang nie
Walaupun panas
Aku gagahi jua dengan sisa tenaga potang nie
SIAPA MAHU RUMAH BUSUK ini
PM Inbox saya
Lokasi Dalam bandar seremban
Rumah teres 1 tingkat
Geran selama lama nya
3 bilik tidur
2 bilik air
Keadaan rumah dalam keadaan uzur yang boleh di wangikan
Lokasi:
sekitar 5 minit ke tol seremban
Sekitar 7 minit ke aeon jusco seremban 2
Sekitar 7 ke wisma negeri
Sekitar 7 minit ke ktm komuter
Harga di bawah Market Value gitur
Aku boleh bimbing dari A to Z
Aku boleh bantu "wangi" kan rumah nie
Ada yang berminat ker😄😄😄
Okey aku nak berehatkan badan jap nak tido Zzzzzzzz
Aku kan layan hobi hartanah di hari coti beb

Ir. AJAK


Close deal

Destinasi ke 5 potang nie
Terasa penat sket
Tapi hati ada cahaya kegumbiraan
Close deal SUBLET pejabat
Rezki sempena NUZUL AL QURAN
Penuh barakah
Aku bersyukur kepada MU YA ALLAH
Aamiin😄👍

Destinasi ke 4

Destinasi ke 4 pagi nie
Ada berkait rapat sangat dengan rumah busuk
Aku sanggup datang
Ini memang dah ekstrem kes
Memang ekstrem kes
Uishhhhh luas betoi ilmu rumah busuk nie
Aku dah explore 
Tak sangka aku dah sampai ke tahap ini
Aku sendiri pun baru nak belajor paham
Korang tak paham tak per
Aku nak explain pun belum cukup mahir
Aku kan layan rumah busuk jer
😄

Destinasi ke 3

Destinasi ke 3 pagi nie
Masih berkaitan rumah busuk
Aku explore KAEDAH BARU
Yang ini aku tak pernah lalui prosesnyer
Doakan aku yer kenkawan
InsyaAllah 

Urusan rumah busuk

Today memang ada beberapa tugas berkaitan rumah busuk
Dari pagi hingga ke lewat petang
Memandu van beratus kilometer
Moga dipermudahkan semua urusan sempena NUZUL AL QURAN
InsyaAllah 
Aamiin

Destinasi ke 2

Destinasi ke 2 pagi nie
Destinasi ke 1 di port dickson sekitar jam 7.30am
Terus menimba pengalaman dalam hal hal berkaitan transaksi hartanah
Positif minda untuk menerima ilmu baru
😄

Urusan rumah busuk

Today memang ada beberapa tugas berkaitan rumah busuk
Dari pagi hingga ke lewat petang
Memandu van beratus kilometer
Moga dipermudahkan semua urusan sempena NUZUL AL QURAN
InsyaAllah 
Aamiin

21 June 2016

Impian rumah busuk

IMPIAN RUMAH BUSUK
==================

Aku kerap kali jugak ditanyer tujuan wangi kan rumah busuk:
1. Kita boleh merancang tujuan untuk mewangikan rumah busuk
2. Boleh di wangi kan untuk didiami
3. Boleh di wangi kan untuk dijadikan rumah sewa
4. Boleh di wangi kan untuk dijadikan bilik bilik sewa
5. Boleh di wangi kan untuk dijadikan homestay
6. Boleh di wangi kan untuk di jual semula
7. Boleh di wangi kan untuk dijadikan hantaran ke cik neeloopak ... Ermmmmm😄
8. Kos kos renovation juga sangat bergantung kepada tujuan renovation rumah tersebut
9. Dengan kita menetapkan tujuan untuk renovation maka boleh lah mengira anggaran bajet
10. Dari hari ke hari memang mengasyikkan melayan hobi rumah busuk ini
Aku pun sekadar melayan hobi jer
Selamat berpuasa

Ir. AJAK

20 June 2016

Lagu raya

Lagu raya sudah berkumandang
Sesekali mendengar klasik fm
Monday blues pepagi nie

19 June 2016

Mee kari

Mee kari
Wife masak untuk berbuka puasa

Sublet

Menaip sket
Sementera menunggu waktu berbuka puasa
Macam ada rezki nak masuk nie 
Biznes sublet berjalan jugak
Alhamdulillah 
Seremban hujan skrang nie
Kat saner camner
😄

Ke kay el

Nak kay el plak
Layan umah busuk jugak
😄

Belanjer satu gambo

LOKASI RUMAH BUSUK
===================

Belanjer satu gambo yer
Potang nie
Bawah terik mentari
Bulan Ramadhan tidak menghalang aku untuk melayan hobi rumah busuk
Kerja renovation terus berjalan
Formwork sudah mula dipasang
Progres seperti dirancang
Hari ahad pun aku bokojoo
Alahaiii ...😄

Destinasi rumah busuk

Memandu van 
Saban hari ke sana ke sini
Destinasi rumah busuk
Aku seronok hobi ini
Layan jer coti hari ahad

Inspirasi rumah busuk

INSPIRASI RUMAH BUSUK
====================

Perasaan kita akan berbunga apabila melihat rumah sudah me wangi:
1. Perlu ada keyakinan untuk memiliki rumah busuk
2. Perlu ada keyakinan untuk me wangi kan rumah busuk
3. Perlu ada keyakinan bahawa kita mampu melakukan yang sebaiknya
4. Perlu ada keyakinan bahawa kita mampu merancang untuk membaik pulih rumah busuk
5. Perlu ada keyakinan untuk merancang baik pulih rumah busuk
6. Perlu ada keyakinan untuk kita melaksanakan perbagai perkara untuk koordinasi kan pelbagai tindakan yang perlu untuk tujuan baik pulih
7. Perlu ada keyakinan untuk kita menangkis kata kata dari jiran jiran sebelah ... "Boleh ker nak di baik pulih ???"
8. Perlu ada keyakinan untuk kita buat pemilihan kontraktor yang mampu membaik pulih sehingga siap sempurna
9. Perlu ada keyakinan untuk kita mampu menyediakan bajet kewangan yang mencukupi
10. Perlu ada keyakinan untuk kita berbincang dan terus berbincang untuk selesaikan semua perkara yang terlibat untuk me wangi kan rumah busuk
11. Perlu ada kesabaran yang tinggi untuk hadapi semua isu isu berkaitan rumah busuk
12. Selera kita memang "rendah" apabila melihat rumah busuk nie ... Tapi perlu ada inspirasi
13. Carilah teman untuk menyuburkan minat terhadap rumah busuk nie: ayah, ibu, suami, isteri, abang, adik, pakwe, makwe 
14. Ataupun carilah "mentor" supaya dapat membina keyakinan untuk membaik pulih rumah busuk ... Kerana pastinyer "mentor" mempunyai pengalaman yang mareka yang tersendiri
15. Nota: rumah busuk ini sedang dirancang untuk dibaik pulih dan di wangi kan ... Teruja beb ! 
Aku kan layan hobi hartanah
Selamat berpuasa yer

Ir. AJAK

18 June 2016

Sambal ...

Sambal belacan untuk berbuka puasa ...

Cer teka

Memalam minggu mencari makanan nie di senawang
Ada jual di uptown
Sedap nyer
Cer teka apa nie😄

Memandu

Memandu van
Lawat umah busuk
Layan

Plaster siling

PLASTER SILING RUMAH BUSUK
==========================

Ini salah satu rumah busuk yang telah aku wangi kan
Pasang plaster siling
Pasang kipas angin auto remote 5 bilah
Pasang lampu downlite
Pasang gril tingkap
Guna cat dinding warna pastel
Menarik kan 😄

17 June 2016

Ramadhan vs rumah busuk

RAMADHAN VS RUMAH BUSUK 
========================

Renovation rumah di bukit jalil:
1. Ramadhan tidak menghalang untuk renovation 
2. Kerja telah dimulakan sejak kelmarin
3. Cuaca panas terik jugak
4. Pekerja kontraktor nampak masih gagah untuk bekerja
5. Kerja meruntuh kan porch sediaada
6. Membina sebuah porch yang memenuhi ruang tanah di bahagian depan
7. Ada sedikit isu iaitu tong roro lewat sampai walaupun sudah bayar deposit
8. Kekadang memang berlaku masalah sebegini
9. Proses mencantekkan rumah busuk memang perlukan sedikit kesabaran
10. Berkat di bulan Ramadhan membawa seribu rahmat
Aku kan melayan hobi hartanah jer
Selamat bersahur dan berpuasa 

Ir. AJAK

Sup ...

Sup ...
Alhamdulillah 

Sup ...

Sup ...
Alhamdulillah 

Jiwang


16 June 2016

Roti jala

Wife masak untuk iftar today
Rajin wife masak today
Esok esok boleh masak lagi yer
😄

Mandikan van ...


Berkongsi ceriter

BERKONGSI CERITER RUMAH BUSUK
=============================

Berkongsi ceriter rumah busuk:
1. Untuk membeli rumah undercon ramai yang berpusu ke rumah contoh yang disediakan oleh pemaju
2. Untuk memiliki rumah subsale mesti ramai yang mencari rumah yang cantek sempurna
3. Lain pulak dengan hobi aku yang suker mencari rumah busuk
4. Di mana ada rumah busuk di situ yang aku singgah
5. Di ceruk taman ada rumah busuk yang dah tumbuh pokok sebesar peha kaki disitulah aku meredah masuk rumah busuk 
6. Di mana ada tampal iklan "lelong" rumah busuk di situlah aku singgah mengambil nombor telefon
7. Di mana kenkawan berceriter ada lokasi rumah busuk disitulah aku terkejar kejar untuk pergi lihat
8. Kekadang kiddos aku pun cakap "papa nie asyik layan rumah busuk jer"
9. Aku singgah rumah busuk dan ada jiran sebelah cakap "ada penunggu dalam rumah busuk tur" maka aku gagahi jua ... Korang jangan mintak aku explain lelebih bab nie yer
10. Makin aku layan rumah busuk makin seronok pulak dirasakan
11. Malah saban hari aku terima mesej bertanyer kan bab rumah busuk aku mesti layan walaupun kekadang lewat kerana kekangan waktu tapi mesti balas ... Kan kan kan
12. Aku seronok berkongsi ceriter bab rumah busuk kerana setiap kali aku berkongsi dengan korang akan timbul perasaan bersemangat
Korang boring ker aku menulis bab rumah busuk nie
Sajer survey
Selamat berpuasa semua yer

Ir. AJAK

15 June 2016

Dhuha

Dhuha
Alhamdulillah 

Kriteria lawat rumah busuk

KRITERIA LAWAT RUMAH BUSUK
=========================

Antara kriteria yang selalur aku lihat sewaktu melawat rumah busuk ialah:
1. Potensi rumah itu untuk disewakan
2. Potensi rumah itu untuk dibaik pulih
3. Potensi rumah itu untuk dijual semula
4. Anggaran kos untuk aku renovation bagi wangi
5. Tempoh masa yang bakal diambil untuk renovation 
6. Bentuk fizikal rumah itu untuk di renovation mengikut citarasa aku
7. Ada baki tanah untuk dibina dapur
8. Ada baki tanah untuk dibina porch
9. Infra yang sediada di sekeliling
10. Intai intai jiran di sekeliling ... bukan intai anak dara jiran yer ... Hehehee🙈
11. Bil bil utiliti yang tertunggak juga diambil kira khuatir terlalu banyak kos modal
12. Faktor baki pajakan jugak kekadang menjadi pertimbangan aku
13. Jika ada kaveat jugak menjadi timbangtara aku kerana melibat masa dan kos
14. Saiz rumah kekadang jugak menjadi pilihan kerana melibat kos renovation yang agak tinggi
Inilah antara perkara yang aku renung renungkan untuk memiliki rumah busuk
SHARE untuk manfaat kenkawan
Selamat berpuasa yer

Ir. AJAK

14 June 2016

Menu berbuka

Wife masak menu berbuka puasa 
Alhamdulillah 

Rumah busuk di bukit jalil

RUMAH BUSUK DI BUKIT JALIL
========================

Bulan Ramadhan yang penuh barakah:
1. Nak mulakan kerja dalam minggu ini
2. Dah gantung sticker kelulusan pada pagar
3. Dah tempah tong roro
4. Dah beli barang binaan
5. Dah hantar sebahagian bahan binaan guna lori ke lokasi
6. Rumah agak uzur jugak lah
7. Rumput menjalar dari belakang rumah pun sudah masuk ke bilik belakang ... Serammmmm
Doa doakan yang baik baik jer yer kenkawan
Tunggu hasil nyer nanti sebelum menjelang hari kemerdekaan 31 ogos 2016
Aku kan layan hobi hartanah jer

Ir. AJAK