=============================
Berkongsi ceriter rumah busuk:
1. Untuk membeli rumah undercon ramai yang berpusu ke rumah contoh yang disediakan oleh pemaju
2. Untuk memiliki rumah subsale mesti ramai yang mencari rumah yang cantek sempurna
3. Lain pulak dengan hobi aku yang suker mencari rumah busuk
4. Di mana ada rumah busuk di situ yang aku singgah
5. Di ceruk taman ada rumah busuk yang dah tumbuh pokok sebesar peha kaki disitulah aku meredah masuk rumah busuk
6. Di mana ada tampal iklan "lelong" rumah busuk di situlah aku singgah mengambil nombor telefon
7. Di mana kenkawan berceriter ada lokasi rumah busuk disitulah aku terkejar kejar untuk pergi lihat
8. Kekadang kiddos aku pun cakap "papa nie asyik layan rumah busuk jer"
9. Aku singgah rumah busuk dan ada jiran sebelah cakap "ada penunggu dalam rumah busuk tur" maka aku gagahi jua ... Korang jangan mintak aku explain lelebih bab nie yer
10. Makin aku layan rumah busuk makin seronok pulak dirasakan
11. Malah saban hari aku terima mesej bertanyer kan bab rumah busuk aku mesti layan walaupun kekadang lewat kerana kekangan waktu tapi mesti balas ... Kan kan kan
12. Aku seronok berkongsi ceriter bab rumah busuk kerana setiap kali aku berkongsi dengan korang akan timbul perasaan bersemangat
Korang boring ker aku menulis bab rumah busuk nie
Sajer survey
Selamat berpuasa semua yer
Ir. AJAK
No comments:
Post a Comment