08 April 2017

Aku sewa rumah flat




AKU MENYEWA DI FLAT TINGKAT PALING ATAS
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Kisah benar
Bukan rekaan yer
Kena baca sampai habis tau
Ini ceriter sekitar tahun 2001
Sewaktu umur aku sekitar 27 tahun
Kira kira 16 tahun yang lalu
Masa tur aku sudah bertunang dan akan berkahwin
Aku menyewa sebuah rumah flat di selayang selangor
Tingkat paling atas
Tingkat 4
Masa tur
Jika tak silap sewa sekitar rm380 sebulan
Aku tak berapa nak ingat
.
.
Masa tur
Aku belum beli rumah pertama lagi
Rumah pertama aku beli pada tahun 2003
Aku sewa rumah ini untuk persediaan untuk berkahwin
Beli barang kelengkapan sket sket
Maklum duit tak berapa nak banyak
Gaji pun tidak lah besar sangat
Nak kumpul duit untuk majlis kahwin
Duit gaji jugak perlu bantu family kerana aku anak sulong
Aku jugak berazam untuk kumpul wang untuk emak dan ayah pergi kerjakan ibadah haji ... Alhamdulillah hasrat aku tercapai untuk lihat emak dan ayah tunaikan haji ... tahun 2009 mereka berpeluang
.
.

Ini kisah aku
Gambar sebenar ruang dapur nie
Gambar lama
Aku terjumpa dalam kotak stor
Aku tak malu nak cakap
Semua orang melalui zaman sukar
Kerana aku bukan dari family yang kaya
Ayah aku pekerja posmen
Alhamdulillah arwah ayah mampu untuk menyara kami sekeluarga dengan hidup serba sederhana ... tiap kali posmen hantar surat ke rumah ... aku mesti teringatkan arwah ayah ... Al Fatihah moga roh ayah menerima doa doa dari kami anak anak ... Amin ... sebak sket nie
.
.
Aku lahir di kampong lalang kota bharu gopeng perak
Memang aku dibesarkan di kampong
Agak lasak dan nakal sket
Itu sebab skrang nie aku pun tak boleh duduk diam
Ada jer kerja yang aku nak buat
Ke sana ke sini melayan hobi hartanah rumah busuk
.
.
Apa yang aku nak cakap
Bermulalah dengan yang kecil
Hartanah rumah kotak sangkar burung rumah flat
Jangan peduli orang nak cakap
Walaupun terpaksa menyewa di flat paling murah
Paling atas
Naik tangga
Tiada lif
Keadaan persekitaran yang padat
Parking pun leceh
Kekadang naik tangga pun berbau hancing
Itulah pengalaman
Aku kutip
Aku garap
Aku lalui
.
.
Aku dan wife lalui hidup sebegini
Susah senang kami bersama
Wife mengandung anak sulung pun naik tangga
Wife aku kuat semangat
Wife aku belajar sesuatu selepas kami berkahwin
Wife aku anak bongsu ... pada pandangan aku ... dia tidak biasa dengan kesusahan ... kami lalui kesukaran kerana telah kami berjanji "susah senang kami lalui bersama"
Sewaktu sarat mengandungkan anak sulong ... aku kasihan sangat ... pengalaman yang amat berharga
Alhamdulillah
Allah berikan aku seorang "isteri" yang terbaik
Aku bersyukur sangat
.
.
Dengan ada nya pengalaman ini
Mesti akan timbul perasaan untuk memiliki hartanah
Maka kita akan terasa mahu beli rumah
Akan mula kumpul modal untuk deposit dan lawyer fee
Baiki profil kewangan
Cari ilmu
Beli buku
Hadir seminar
Folow sifu hartanah
Cari lokasi rumah yang mampu beli
Jangan beli yang mampu tengok jer
.
.
Tapi selagi tumpang rumah emak atau tumpang rumah mertua
Rumah mereka memang dah selesa dan penuh perabot bagai
Tapi kita tak hadapi dunia sebenar
Jangan takot untuk menyewa di luar
Walaupun stay di rumah flat
.
.
Entah apa yang aku bebel kan nie
Aku pun tak tahu
Jalan ceiter tidak teratur macam novel
Aku main taip jer
Tapi aku rasa korang boleh ambik apa yang positif jer
Yang tak sesuai boleh abaikan
Sekadar perkongsian aku di pagi sabtu
SHARE kan jika bermanfaat
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




No comments:

Post a Comment