18 April 2017

Valuer




VALUER DATANG RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Dalam transaksi hartanah rumah busuk
Memang tak lari dari "valuer"
Mahu tak mahu
Mereka adalah sangat penting
Dengan laporan professional dari perunding valuer
Pihak bank akan memberikan kelulusan berdasarkan nilai hartanah tersebut
Maka jika valuer call untuk datang ke lokasi hartanah rumah busuk
Tunggu dia
Layan dia
Bukakan pintu rumah
Berikan kerjasama sebaiknya
Apa persoalan dia .. jawab bebaik yer
Jika diminta dokumen ... berikanlah
Jangan nak buat sombong bagai bagai
Kang dia kecik hati ... payah lah
Jika dia datang sorang
Nak sukat guna tali tape
Tolong lah sukatkan
Sama sama bantu
Senang dia nak dapatkan berapa panjang ruang dapur dan sebagai nya
Jika rumah tur gelap ... pasang kan lampu
Jika terasa panas ... onn kanlah kipas
Jangan buat dek jer
Korang nie
Jika sempat belanjer minum ... singgah pekena teh tarik atau lunch briani kambin
Tak gitur
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




No comments:

Post a Comment