24 April 2017

Buku tidak dijual di kedai buku ternama

PENJELASAN BUKU "HOBI HARTANAH" TIDAK DIJUAL DI KEDAI BUKU TERNAMA

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️



Saya pohon maaf kerana tidak dijual di kedai kedai buku yang ternama seperti di shopping complex

Saya tidak jual buku HOBI HARTANAH di MPH dan POPULAR atau kedai buku setaraf dengan nya

Hanya belian terus dari saya melalui courier dan beberapa Agent jualan sahaja serta di lokasi seminar atau seumpamanya

Modal saya kecik untuk mencetak ... saya tidak banyak wang ... belum berupaya untuk jual di Kedai kedai buku ternama ... tiada kemampuan untuk holding cost / operasi

Harga pun RM30 sahaja senaskah harga jualan

Cetakan full colour

Kertas berkualiti

Banyak gambar gambar warna

Jika jual dijual di kedai buku ternama ... berkemungkinan harga jualan terpaksa dinaikkan untuk menampung kos operasi

Maka sukar untuk pembeli membeli buku ini

Alternative Maka untuk merendahkan harga ... salah satu cara ... saya jual sendiri 

Yang penting matlamat saya sampai untuk berkongsi ilmu rumah busuk

Tambahan pula saya ini seorang penulis yang belum glamour ... saya "layan hobi hartanah rumah busuk"

Lagi satu ceriter ... setiap jualan buku ... RM5 akan didermakan ke Tahfiz Darul Ulum ... jelas matlamat ini

Jualan buku ini bukan bertujuan untuk mengaut keuntungan semata mata

Saya berdoa agar sebahagian dari usaha saya ini untuk berkongsi ilmu akan mendapat saham di kemudian hari

Sekian

Harap maklum

Terima kasih

😄👍


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk

Penulis buku HOBI HARTANAH 



No comments:

Post a Comment