19 April 2017

Testimoni


TESTIMONI RUMAH BUSUK

Hasrat aku untuk berkongsi ceriter rumah busuk
Makin hari makin menjadi kenyataan
Makin hari makin mendapat sambutan
Makin hari makin syok untuk berceloteh
.
.
Pada peringkat awal dolu dolu
Terus terang aku nak cakap
Aku MALU nak berceriter tentang hobi rare aku nie
Maklumlah:
Aku beli rumah busuk
Aku beli rumah buruk
Aku mengejar rumah yang orang tidak minat
.
.
Aku risau sebenarnya jika orang mula nak kata "aku kurang siuman"
Maklumlah hobi aku agak berbeza
Malah
Semua orang nak beli rumah cantek dan menawan
Semua orang minat rumah idaman kalbu
Semua orang nak rumah yang hebat hebat belaker
Tapi aku sebaliknya
.
.
Keyakinan aku untuk mempopularkan "rumah busuk" makin menebal
Tatkala menerima mesej TESTIMONI RUMAH BUSUK
Makin diterima secara meluas
Ini salah satu printscreen ... nama kawan fb aku rahsiakan ... harap beliau tidak marahkan aku kerana menyiarkan mesej beliau ... dengan niat untuk berkongsi ceriter gembira ... mesti dia baca nie ... hehehe
.
.
Cer korang kongsi ceriter rumah busuk

Yuhuu

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk









No comments:

Post a Comment