31 October 2017

Tandas

TANDAS RUMAH BUSUK


Rumah busuk ada tandas yang tidak boleh digunakan

Di ubahsuai kedudukan tandas

Di gantikan dengan jamban duduk

Ada lantai tiles

Ada dinding tiles sampai ke siling

Ada plaster siling

Lampu downlite LED

Dah di pasang water heater 

Ada simple sinki

Kepala paip

Apabila dah wangi

Dah selesa untuk digunakan

Betoikan


Ir. AJAK


30 October 2017

Berbaloi 

BERBALOI KAH MELAYAN HOBI RUMAH BUSUK


Apabila disebut "hobi rumah busuk"

Saya cuba sebaiknya agar semua halangan akan dapat di atasi sebaiknya

Saat yang lebih menggembirakan apabila berpeluang untuk membantu memberi manfaat kepada orang yang memerlukan untuk memiliki rumah kediaman yang sudah diwangikan

Itulah nilai "berbaloi" bagi diri saya buat masa ini

Bukan bermatlamatkan profit yang dikejarkan

Sambil berkongsi ceriter & pengalaman rumah busuk dengan kalian semua 

InsyaAllah πŸ˜€


Ir. AJAK 


Wajah

PERUBAHAN WAJAH RUMAH BUSUK


Monday blues

Kita saksi kan gambar dari rumah busuk kepada rumah wangi

Ramai yang pandang sebelah mata kepada rumah busuk nie dolu

Positif minda bahawa rumah busuk boleh di transformasikan ... itu lah hasrat saya sewaktu mahu memiliki unit nie

Jiran mula bertanyer soalan itu dan ini apabila rumah sudah nampak wangi

Itu lah hakikat yang ada pada rumah wangi

Wajah rumah wangi lebih mudah untuk menarik pandangan semua 

.

.

Patut lah semua pengasas produk kecantikan boleh menjadi kaya ... ramai yang tertarik dengan "yang cantik" ... heehehe πŸ˜€


Ir. AJAK


29 October 2017

Memori

Muhammad Adam cakap

Bila pulak lagi kita nak bergambo di belakang besi buruk tur

Sekadar mengimbau memori dolu dolu

πŸ˜€


Wayang

Tiket wayang dah di tangan 

Jom kidos 


For sale

CADANGAN FOR SALE

RUMAH TERES 2 TINGKAT END LOT

PORCH KERETA SELEBAR 26 KAKI


Minggu depan siap 100% rumah jadik wangi

Info rumah:

Lokasi rumah di Bandar Sultan Sulaiman, Port Klang, Selangor

Rumah teres 2 tingkat end lot

Fully renovated 

Selebar 26 kaki

Panjang 51 kaki

Built up area sekitar 1614 sqft

HARGA mampu milik

Porch yang besar boleh muat 3 biji kereta parking

Tiles lantai sebuah rumah dengan saiz 2x2 

Plaster siling sebuah rumah

3 bilik tidur (1 bawah, 2 atas)

3 tandas (bilik bawah, dapur, tingkat atas)

Tandas jamban duduk

Water heater pada 3 tandas 

Dinding tiles pada tandas sampai tinggi siling

Pintu utama depan pintu kayu 1.5 daun lebar

Pintu kayu pada semua bilik 

Dapur yang lebar & luas

Table top selebar 22 kaki bentuk L shape

Kitchen kabinet atas dan bawah

Kitchen kabinet berwarna hijau muda + putih

Hood & dapur gas

Tingkap kaca tinted hitam aluminum frame

Rewiring sebuah rumah

Lampu downlite LED sebuah rumah

8 biji kipas siling auto remote kipas hitam 5 bilah

Pagar besi 4 daun

2 biji aircon jenama daikin (2Hp ruang tamu, 1Hp bilik tidur)

Gril sebuah rumah

Warna cat yang menarik

Dekat sekolah rendah & menengah

Dekat dekat dengan masjid

Kawasan yang sudah matang 

Di kelilingi dengan kawasan kilang perindustrian

Sekitar 15 minit ke hospital klang

.

.

Saya cuba permudahkan segala urusan transaksi 

Panel lawyer akan diuruskan

Urusan loan bank & gomen jugak akan cuba dibantu kepada yang layak

Direct owner dengan saya

Pm inbox direct

InsyaAllah πŸ˜€


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Lunch 

AYAM PANGGANG


Wife masak for lunch

Makan bersila bertemu lutut 

Nasi seperiuk

Sedap nyer

Alhamdulillah 


Pelan

PELAN KELULUSAN RUMAH BUSUK 


Study drawing untuk next rumah busuk

Kurang 2 minggu lagi nak mulakan kerja renovation 

Surat kelulusan & pelan kelulusan telah diperolehi dari pihak majlis

Alhamdulillah 


Porch corner lot

PORCH END LOT RUMAH BUSUK


Lantai porch masih berselerak

Dengan tong cat dan bahan buangan

.

.

Porch yang lebar 26 kaki

Nampak sangat luas

End lot ada laluan angin yang baik

Terang cahaya 

Boleh lepak sambil minum kopi

Letak meja kecil dan kerusi

Ada 2 biji kipas

Lantai tiles 2x1

Plaster siling

Lampu downlite LED

Warna cat kelabu + putih

Tiang roman

Pagar dinding batu bata

Pagar besi 4 daun

Jika nak buat open haus ... jimat sewa khemah

Kereta boleh parking 3 biji


Terung pipit

Senapang terung pipit vs Nerf


1. Nerf

Semalam kidos minta nak beli kan mainan jenama nerf

Saya bawa kan ke lokasi kedai barang mainan di shoping complex

Mereka pilih lah bentuk kegemaran memasing 

Mereka pilih ikut suka lah

Tak sama citarasa dan bentuk

Pada awal nya saya ingat harga sebiji sekitar RM10 gitur

Rupa rupa nya beli 3 biji ... beratus harganya ... terkejut juga saya ... top up peluru pun berpuluh ringgit harganya

Papa suruh along pilih ... dia tak mau pulak ... tak minat katanya

Gitur harga barang permainan yer sekarang

Nie lah jaman skrang


2. Senapang terung pipit

Papa citer kat kidos

Jaman papa kecik

Mainan buat sendiri

Cari papan terbuang

Lukis guna arang

Cari idea nak buat

Potong guna gergaji

Ukir guna pisau

Cari getah untuk ikat

Guna buah terung pipit cari dalam kampung

Main tembak tembak

Saya budak kampong weh

Korang ada pengalaman macam gini ker

Cer citer 


3. Pinjam nerf

Pagi ahad papa pinjam mainan nerf nie

Macam best jugak

Ada macam bentuk

Peluru pun laju jer pegi

Buat tembak cicak pun sedap

Tepat peluru pergi ke sasaran


4. Dunia papa berbeza dengan dunia kidos skrang nie

Jaman makin maju

Memori silam mengamit kenangan papa di pagi coti ahad nie


Papa kepada kidos

πŸ˜€


28 October 2017

Klcc

Malam minggu

Jadik "pelancong" dari soromban nak nengok lampu klcc

Korang jangan kutuk yer ... duhai kenkawan di kay el

Kidos nak tengok lampu klcc

YuhuuπŸ˜€


Lompat bintang

Papa lompat bintang paling tinggi

Umur dah 4 siri

Boleh lagi lah stamina gini 

Ini bukan gambo edit tau

Real punyer weh

Dongan baju tebal yer

UishhhhπŸ˜€


Reward 

Reward diri

Ambil 200ml

Imbau jaman muda dodulu

Masa ngorat nak cari awex

Hehehee πŸ˜€


Adik manis

TERASA LUAS PLAK DAPUR RUMAH BUSUK


Table top 22 kaki

Kitchen kabinet berwarna hijau + putih

Hood & dapur gas dah siap pasang 

Mesti mak mak & gugirl adik manis suka nak memasak 

Kan kan

πŸ˜€


Porch

PORCH RUMAH BUSUK MAKIN MEWANGI


Selebar 26 kaki lebar

Dah pasang 2 biji kipas

Ada plaster siling yang kemas

Lampu pagar pun dah pasang

πŸ˜€


27 October 2017

Sedap

Kopok ...


17 KOMPONEN 

17 KOMPONEN BOLEH WANGI KAN RUMAH BUSUK


1. Bina porch

2. Ruang tamu

3. Ruang dapur

4. Baiki tandas

5. Pasang tiles lantai

6. Bina table top

7. Pasang kitchen kabinet 

8. Rewiring elektrik 

9. Pasang plaster siling

10. Pasang lampu

11. Pasang kipas

12. Pasang aircond

13. Pasang pagar

14. Pasang gril

15. Tingkap kaca

16. Sediakan lokasi mesin basuh

17. Pilih warna cat yang sesuai


Sekadar panduan untuk kalian semua

Bergantung kepada keadaan rumah

Ambil kira juga bajet yang ada yerπŸ˜€


Ir. AJAK


26 October 2017

Buka puasa

Rezki berbuka puasa malam nie

Alhamdulillah 

Wife masak

Sedap selera makan bertambah nasi


Hijau

DAPUR RUMAH BUSUK


Lewat petang semalam

Dapur rumah busuk hampir mewangi

Kitchen kabinet hampir akan disiapkan

Dah di cat

Ruang dapur yang agak luas dan selesa

Okey ker cam giniπŸ˜€


Ir. AJAK


25 October 2017

Cekodok 

Cekodok jagung 

Wife masak potang nieπŸ˜€πŸ‘


Pintu

PINTU DAPUR RUMAH BUSUK


Dah di pasang pintu kayu

Gril pun dah di pasang

Dinding dapur pun dah mula di cat

Ruang antara pintu dan table top adalah ruang untuk meletakkan mesin basuh dah siap kepala paip, soket elektrik dan salur air buang 

Nampak dah makin sempurna sket demi sket ...

πŸ˜€


24 October 2017

Cendol

Kalah lelong

Lepak pekena cendol bawah pokok

πŸ˜€


Tewas

SAYA TEWAS LELONGAN AWAM


RP : RM75 ribu

Close price : RM250 ribu

Naik lebih 300 percent

Pembida: 60 orang

Tahniah kepada pemenang

.

.

Saya tiada upaya dengan harga sebegitu

Maka saya tewas

.

.

Makin mengganaz harga lelongan skrang nie

Yuhuu πŸ˜€


Bilik

BILIK RUMAH BUSUK


Bilik di dalam rumah busuk

Makin sempurna dah

Dah mula di cat

Dah pasang gril

Hati saya makin berbunga wei

YuhuuπŸ˜€


Bekfes

Coti rehat sehari today


Pagi nie pegang kuali sudip

Nasi lebih semalam

Nie lah hasilnya

Saya makin minat memasak

Tapi yg simple jer lah

Aroma dah okey

Tapi takder perisa ajino kat dapur nie

Ermmmmm

Telo kuning cair tambah kicap

Alhamdulillah 


23 October 2017

Ibadah

IBADAH UMRAH DULU ATAU IBADAH HAJI DULU ?


Antara alasan yang saya terima apabila mengajak orang mengerjakan umrah :  


"Daripada buat umrah, lebih baik buat haji sekaligus", kata seorang kenalan. 


"Betul tu. Lagi pun umrah hukumnya sunat. Manakala haji hukumnya wajib. Antara sunat dan wajib, kena utamakan yang wajib" demikian hujah seorang sahabat sambil menghirup teh tarik 'kaw kaw'. 


Untuk makluman, hukum mengerjakan umrah bukanlah sunat tetapi adalah *WAJIB* sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan. 


Hukumnya sama seperti mengerjakan haji. 


Dalilnya ialah surah al-Baqarah ayat 196. 


"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah". 


Mengerjakan umrah hanya sunat apabila dilakukan berulang kali berdasarkan hadis, 


"Dari satu umrah ke satu umrah adalah penghapus dosa di antara keduanya". (Muttafaq 'alaih) 


Memandangkan quota haji yang terhad, serta tempoh menunggu giliran yang lama (puluhan tahun) untuk menunaikan haji, maka digalakkan sesiapa yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah terlebih dahulu. 


Lagi pun Rasulullah SAW sendiri melakukan umrah dahulu sebelum mengerjakan haji. Dalilnya, 


"Daripada 'Ikrimah ibn Khalid, beliau bertanya Ibnu 'Umar tentang mengerjakan umrah sebelum mengerjakan haji. Beliau menjawab : Tidak mengapa. 'Ikrimah menyambung lagi : Ibnu 'Umar telah berkata : Nabi SAW sendiri telah melakukan umrah sebelum Baginda SAW mengerjakan haji. (HR Bukhari) 


Justeru tuan puan yang sudah berkemampuan dan belum pernah ke tanah suci sedangkan tempoh giliran untuk mengerjakan haji masih lama lagi, eloklah mendaftar pergi mengerjakan umrah selagi mana sihat. 


Sekurang-kurangnya bila ajal menjemput., kita pernah menjejakkan kaki ke tanah suci...


Kredit kepada: Ustaz Tuan Haji Hisham AL Haj (Petugas Ibadah Haji bagi pihak Tabung Haji)


Wallahualam


Nota: kerinduan ini tetiba datang bertamu lagi untuk ke sana lagi ... moga ada peluang dijemput untuk menjadi Tetamu Allah ke sana jua suatu hari nanti ... InsyaAllah ... Aamiin


Ruang dapur

RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Monday blues today

Ruang dapur rumah busuk:

1. Sudah hampir siap

2. Sudah mula cat undercoat

3. Ruang nampak luas dan besar

4. Sudah siap table top 22 kaki panjang L shape

5. Tiles dinding sudah di pasang pada atas table top

6. Kitchen kabinet telah di tempah

7. Plaster siling nampak kemas

8. Lampu downlite LED sudah dipasang 

9. Kipas 5 bilah warna hitam remote control akan di pasang 

10. Terdapat tandas yang besar pada ruang dapur .. jamban duduk .. water heater dah pasang

11. Dah siap tempat mesin basuh: paip, suis, tempat air keluar

12. Lengkap plug soket untuk peti ais dan kelengkapan elektrik 

13. Guna pintu kayu

14. Tingkap kaca tinted aluminium frame

15. Tiles lantai pun dah siap .. belum dibersihkan

16. 2 bowl sinki dengan 2 kepala paip

17. Hood dan dapur gas memang dah beli masih dalam kotak

18. Sedang pikir nak cat warna apa yer

.

.

Mesti kaum hawa ... mak mak dan adik adik manis mesti suka nak memasak nanti apabila dah siap sempurna ruang dapur ini πŸ˜€πŸ‘

Saya tiada daya untuk menggunakan semua bahan bahan binaan yang mahal mahal 

Kepala paip sinki pun harga RM25 jer satu

Memadai dengan kelengkapan yang sebegini menjadikan ruang dapur yang sempurna

Tak sabo nak siapkan sebuah rumah busuk menjelang hujung bulan ini atau awal bulan depan november 

InsyaAllah Aamiin

YuhuuπŸ˜€


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambo kelmarin tur


22 October 2017

Daging hancur

DAGING HANCUR


Malam nie saya rajin sket

Duduk di dapur

Masak simple jer

Daging hancur + rempah kari daging + minyak zaiton banjir + daun oregano + daun sup sket

Nak cicah roti hotdog + bawang dadu + garam

Sedap nyer

Alhamdulillah 

Minyak zaiton kan baik untuk kesihatan 

.

.

Bagi wife berehat

πŸ˜€πŸ‘


Bopoluh

Bepoluh weh ... ditemani anak bongsu Muhammad Adam ...πŸ˜€


Riadah sket 

Nak mula riadah sket di potang ahad ...



Porch 

PROGRES LANTAI PORCH RUMAH BUSUK


Lantai porch telah hampir siap di pasang tiles

Porch selebar 26 kaki

Macam boleh masuk parking 3 biji kereta

Memang nampak luas

Unit tepi dan ada view

Angin sepoi sepoi bahasa apabila lepak di bawah porch

Saya akan pasang 2 biji kipas siling pada porch nie

Plaster siling sebuah porch 

Lampu downlite LED 

Pagar sedang di tempah 

Gril pun sedang tempah di bengkel

InsyaAllah akan jadi sempurna menjelang hujung bulan ini

Saya berlapang dada dengan progress ini

Alhamdulillah 

πŸ˜€


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


21 October 2017

Ikan bako

Malam minggu

Makan bersila di pondok buluh

Ikan keli bako & talapia bako 

Tangkap dari tepi kolam

Selera betoi kidos makan

Air asam kicap manis

Alhamdulillah 


Jala

Menjala pepagi nie ... 



Karenah

KARENAH RUMAH BUSUK


Nak memiliki rumah busuk nie

Jangan lah banyak sangat karenah sesangat yer:

1. Nak rumah yang sempurna macam banglo lah

2. Nak unit tepi yang mengadap tasik lah

3. Nak yang mengadap matahari terbit lah

4. Nak berjiran dengan awex si cantek manis ela fazira lah

5. Nak dekat dengan taman permainan ala ala disneyland lah

6. Nak 10 langkah dari sekolah lah

7. Nak ada tanah 30 kaki di belakang untuk tanam pokok bersawah padi lah

8. Nak rumah busuk yang ada 4 biji tandas lah

9. Nak ada rumah busuk yang dah siap 2 kitchen: wet & dry lah

10. Nak rumah busuk dengan harga paling rendah cecah lantai lah

11. Nak rumah busuk yang ada guard bagai lah 

.

.

Lu fikir lah sendiri yer

Padahal bajet ciput siput gondang lomak cili api

Nak bayo deposit 10% pun semput nak pengsan

Lagi mau banyak hal karenah bagai

Tur jee nak cakap pagi sabtu nie yer

Yuhuu πŸ˜€


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota: ada ker ? ? ? .. agent ren & broker & introducer & & runner lelong & owner & kenkawan ... yang terjumpa kes macam ini ... cer kongsi kan ceriter ! ! ! πŸ˜€


20 October 2017

Emosi

EMOSI


Portal bookingdotcom nie

Ganggu emosi saya lah

Asyik keluar di wall fb saya jer

Menggamit kerinduan saya untuk ke sana

Saya rindu saya rindu saya rindu nie

Adusss saya tewas dengan suasana nie

.

.

Allahuakbar bila lah peluang untuk berkunjung ke sana lagi


Cekodok 

CEKODOK JAGUNG


Balik dari kerja

Sampai di rumah potang nie

Wife dah siap masak cekodok jagung

Mak aii sedap nya

Lembut dan garing ranggup

Jagung terasa manis jer

Pandai sayang masak

Alhamdulillah 

πŸ˜€πŸ‘


Cinta

CINTA RUMAH BUSUK


Bertahun sudah melayan hobi rumah busuk

Makin hari makin jatuh cinta

Makin hari makin bersemangat 

Makin di layan makin menjadi gian nya

.

.

Walau dikatakan rumah busuk

Walau pernah di katakan "gila rumah busuk"

Walau penat merecik peluh menitik

Walau jauh berpuluh kilometer 

Walau uzur sangat rumah busuk

Walau jerih berfikir untuk mewangi kan

Walau jenuh mencari modal

Walau dihambat cemburu nya waktu lapang

Walau sukar untuk berkongsi citarasa

Walau di permulaan di pandang sinis

Walau kekadang di sindir pelbagai

.

.

Namun itulah dinamanya "cinta rumah busuk"

Tanpa gagal mencari ruang seketika untuk berkongsi cerita dan pengalaman rumah busuk dengan kalian semua

Alahaiiii 

Yuhuu satu kaliπŸ˜€


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


19 October 2017

Kantoi

Muka jejaka macho ... kantoi ... ada yang nonton raisha ker πŸ˜€