09 October 2017

Biodata 

BIODATA Ir. AJAK


Pagi monday blues nie

Nak ambil kesempatan juga untuk sesi taaruf dengan semua follower saya yang dah cecah lebih 22 ribu

Selamat berkenalan buat anda semua friend & follower saya

Maybe ada yang belum kenal saya lagi

Eloklah sesekali saya memperkenalkan diri saya kepada anda semua

Tak gitur 😀

.

.

Ini biodata lengkap saya:-

Nama sebenar saya ialah: Ir. Haji Abdul Razak Bin Haji Kamarudin 

Nama digunakan pada penulisan ialah: Ir. AJAK, Hobi Rumah Busuk

Official Fb: Ir Ajak Abdul Razak

Umur dah 43 Tahun weh

Anak sulong dari 5 adik beradik

Kelulusan: Ijazah Kejuruteraan Awam UTM Johor

Kerjaya: Jurutera Awam

Kelulusan Profesional: Jurutera Awam Profesional, Ir (Berdaftar BEM, IEM), Tahun 2010

Hobi: Hartanah Rumah Busuk

Karya Buku telah diterbitkan: HOBI HARTANAH

Status: Berkahwin dah

Ada kidos 4 orang

Asal: Teman Orang Perak

Sekolah rendah di Kota Bharu Gopeng Perak

Sekolah menengah:

Seri Teja Gopeng Perak

Raja Chulan Ipoh Perak

Menetap: Di Soromban

Dari segi pencapaian akademik ... saya bukan tergolong dalam pelajar yang hebat ... biasa biasa jer

Ikon Hartanah: AKHBAR SINAR HARIAN EDISI LANAI pernah sekali jer tersiar

Siaran: pernah ada sekali tersiar tulisan saya di portal

1. Halalmoney

2. Gilahartanah

3. Siakapkeli 

Siri Speaker ceriter rumah busuk:

1. Mega Free Sharing Hartanah UKM Bangi

2. Viva Hartanah Perak

3. Seremban Investor Team

4. Speaker jemputan ke seminar yang berskala kecil

Pengalaman: 

1. Telah membeli hartanah yang uzur (rumah busuk) sejak bertahun dahulu secara aktif 

2. Telah berpeluang membuat sentuhan untuk mewangikan rumah busuk sejak bertahun dahulu

3. Setiap 2/3 bulan akan mewangikan kes rumah busuk yang berbeza kes & berbeza lokasi

4. Menulis kisah pengalaman rumah busuk saban hari di wall facebook 

5. Telah berpeluang untuk memberi khidmat nasihat kepada ramai orang melalui personal coaching tentang transaksi rumah busuk

.

.

Fakta yang perlu korang tahu

Saya nie pemalu orang nyer kerana "mata saya juling"

Saya ada satu lagi hobi iaitu suka pergi melancong ... dah pernah bermusafir dan sampai di london, paris, jakarta, bali, medan, bandung, vietnam, hong kong, macau, korea, jepun, beijing, yiwuu, romania, venice, milan, switzerland, thailand, mekah & madinah

Panjang lebor saya menaip tentang biodata saya dah tur

Yang dah kenal saya tur

Kat maner korang tahu tentang saya yer

Atau kita pernah ketemu & selpie ... tempek gambo sket di ruang komen 

Cer citer sket😀

Yuhuu


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


No comments:

Post a Comment