08 October 2017

Team

PENGHARGAAN TEAM RUMAH BUSUK


Kesinambungan penglibatan saya secara berterusan dalam industri rumah busuk sejak bertahun dahulu hingga ke hari ini

Mampu bertahan secara konsisten dan berdaya tahan

Penuh kesyukuran saya menzahir kan ke hadrat ILAHI

Bukan semata semata usaha saya berseorangan

Memang betoi saya melayan hobi hartanah rumah busuk

Inilah minat saya untuk mengisi masa lapang di hari cuti 

Tetapi disebalik keasyikan saya melayan hobi ini

Banyak pihak yang membantu saya menjalankan tugasan memasing 

Saya lebih kepada "pemilik & pengurus projek rumah busuk"

Saya dikelilingi insan yang hebat hebat belaker

Mereka menjalankan komitmen dengan sebaik sebaiknya:

1. Saya ada isteri yang menjadi tulang belakang membantu saya ke hulu ke hilir

2. Saya ada ibu yang senantiasa mendoakan

3. Saya ada kidos yang kadangkala menemani saya

4. Agent hartanah REN

5. Rakan broker

6. Kontraktor binaan

7. Kontraktor elektrik 

8. Kontraktor bengkel besi

9. Kontraktor kitchen kabinet 

10. Kontraktor aircon

11. Kontraktor autogate

12. Panel lawyer yang berwibawa

13. Panel firma perunding pelukis pelan

14. Panel pelukis pelan partime

15. Rakan jurutera perunding partime

16. Firma jurunilai

17. Rakan pelelong

18. Rakan akauntan yang bantu laporan kewangan

19. Pihak bank pinjamkan wang kepada saya

20. Rakan rapat yang menyokong kuat saya

21. Team SIT

22. Runner yang pantas & jujur

23. Buyer yang sudi berurusan rumah wangi dengan saya

24. Hubungan yang baik dengan semua pihak utiliti tnb, air, iwk, pejabat tanah, pejabat majlis perbandaran, jabatan penilaian harta

25. Kalian semua rakan media sosial saya

.

.

Dengan semua koordinasi yang baik 

Dengan semangat kerjasama 

Dengan rasa saling hormat menghormati

Dengan sifat persefahaman & toleransi

Ada rasa timbangrasa

Ada rasa belas kasihan kepada saya

Maka terhasil lah usaha yang mantap segala proses transaksi rumah busuk kepada wangi

Matlamat dan hasrat saya untuk memberi manfaat kepada semua orang untuk memiliki sebuah rumah wangi 

Matlamat saya jelas

Usaha saya kecil sahaja

Tapi jiwa saya besar untuk memberi sumbangan kepada ummah

Rumah wangi yang sempurna merupakan titik tolak untuk mewujudkan keselesaan dalam kehidupan 

Betoikan

Selesa dalam kehidupan seharian akan memberi ruang untuk ibadah yang lebih sempurna

Doa saya agar ALLAH mempermudahkan segala urusan yang berkaitan transaksi rumah busuk kepada rumah wangi

Diberikan kekuatan & kesihatan yang sempurna

InsyaAllah Aamiin

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


No comments:

Post a Comment