12 October 2017

Kos

KOS TERLIBAT UNTUK RUMAH BUSUK


Nak layan rumah busuk perlu ambil tahu kos yang mungkin akan terlibat yer

Antaranya kos kos:

1. Kos beli rumah busuk

2. Kos lawyer

3. Kos Agent (jika ada)

4. Kos runner (jika ada)

5. Kos bil utiliti yang tertunggak seperti elektrik, bekalan air, iwk

6. Cukai pintu 

7. Cukai tanah 

8. Bil maintenance rumah strata

9. Jika rumah busuk di atas tanah yang masih status tanah master title dan contoh pemaju telah digulung ... sediakan juga kos fee untuk bayar ke liquadator untuk dapatkan consent

10. Kos untuk repair rumah busuk

11. Jika nak masuk lelongan awam kena ada deposit 10%

.

.

Bagi item no. 6 & 7 ... jika kes lelong.. Nak cepat bayar duit sendiri .. kemudian boleh reimbursement dari bank

Jika beli subsale ... bagi item no. 5, 6, 7, 8, ... owner akan tanggung ... tapi jika owner kurang wang ... kita boleh guna duit kita dan tolak dari baki bayaran

.

.

Korang ambil perhatian lah perkara ini

Sebarkan info ini kepada kenkawan yer

Supaya boleh buat persediaan sebaiknya

Kerana jika lewat membayar bil cukai tanah sebagai contohnya ... boleh melewatkan proses transaksi hartanah 

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


No comments:

Post a Comment