30 April 2018

Cekodok

Tekak nak makan cekodok jagung 

Wife nak masakkan

Ermm tak sabo nak tunggu

Sayang kat wife😀👍






Discas

HIKMAH DI SEBALIK KESAKITAN


Pepagi monday blues today

Lafaz penuh kesyukuran Alhamdulillah 

Saya dah discas keluar dari wad hospital 

Terima kasih kepada family, wife n kidos

Terima kasih jua kepada semua kalian rakan yang mendoakan

Terima kasih kepada sahabat karib yang sudi datang melawat

Terima kasih kepada Doktor Jeff

Terima kasih kepada semua nurse nurse yang baik baik menyantuni saya di wad selama 6 hari

Layanan yang baik ... wad yang selesa n bersih ... makanan yang sedap dengan berbagai menu pilihan ... Alhamdulillah

Cuma masih di dalam cuti sakit dan terus rawatan susulan ke klinik pakar


Pertama kali dalam sejarah hidup saya di masuk kan ke wad hospital pada umur 44 tahun ini

Selama hari ini Allah telah pinjam kan kepada saya nikmat kesihatan

Tak pernah di masuk kan ke wad hospital

Hanya sebelum ini sekadar pesakit luar jer di klinik ... demam ... batuk ... kurang sihat gitur gitur laaa

Kali ini ujian besar sket yang saya terima

Pengalaman yang cukup berharga buat diri individu diri saya


Sewaktu sepanjang saya berada di dalam bilik wad

Saya menjalani segala prosedur yang hospital tetapkan

Duduk di wad ... pemeriksaan doktor pakar ... makan ubat ... drip ubat ... masuk gas ikut hidung ... ujian darah ... ujian air kencing ... ujian tahap pernafasan ... pemantaun tekanan darah berkala ... xtray ... ct scan paru paru n leher


Hikmah 1:

Muhasabah diri tentang nikmat yang Allah pinjamkan

Terlalu banyak yang Allah telah pinjamkan kepada saya

Nikmat kesihatan adalah asas untuk kita menjalani kehidupan yang sempurna di dunia ini

Selama hari ini saya sihat dan cergas

Cergas melaksanakan kehidupan seharian, tugasan kerja, berkeluarga, beribadah, riadah, ke hulu ke hilir layan rumah busuk, melancong di dalam negara mahupun luar negara, ibadah umrah saban tahun, ziarah bonda, melayan media sosial tanpa had, lepak dengan kenkawan dan segala aktiviti yang sesuai untuk saya 


Hikmah 2:

Masa untuk merehatkan badan yang dah lama bekerja dan ke sana ke sini

Mungkin ini salah satu sebabnya

Ya ... saya akui bahawa kehidupan ini satu perjalanan

Dari alam roh ... kita dilahirkan sebagai bayi ... membesar sebagai kanak kanak ... remaja dengan penuh gembira ... menjalani kehidupan dewasa dengan pelbagai cabaran ... umur yang dah matang meniti 40an ... seterusnya ke peringkat angka umur veteren ... dengan izin Allah jua nya

Kita nikmati peringkat ke tangga peringkat  berikut usia yang kita lalui


Hikmah 3:

Allah bagi sakit kepada saya pada masa yang saya bukan kritikal yang sangat sangat sibuk urusan harian

Contoh nya:

  • Bukan masa kerja sibuk
  • Bukan masa ber holiday di luar negara
  • Bukan masa beribadah umrah di mekah atau ziarah di madinah 
  • Bukan masa kritikal seperti waktu nak temuduga atau exam yang penting penting


Hikmah 4:

Ada ruang masa santai untuk saya sedikit

Boleh saya:

  • Nonton tv seperti astro
  • Soppink melalui tv rancangan cj wow shop ... dah order barang pun n dah sampai di alamat rumah
  • Ada ruang masa untuk saya menonton youtube
  • Ada masa saya nak godek godek henpon
  • Ada masa pikir pikir bab hobi rumah busuk jugak laa


Hikmah 5:

Bonding gak dongan family:

  1. Emak call setiap hari untuk bertanya kabar ... mohon doakan agar cepat sembuh 
  2. Wife kerap mesej dan call ... rasa lagi rapat plak .... segala hal wife akan bercerita ... padahal jarak dari rumah ke wad tak lah jauh sangat sekitar 15 ke 20 minit gitur ikut keadaan traffic ... ada masa terluang jer wife terus datang lawat
  3. Kidos akan datang setiap malam selepas sholat maghrib dan makan malam ... datang bawak makanan ke wad ... sama sama nonton skrin tv di wad sekitar jam 8.30 ke 9.30pm ... sholat isyak di wad ... dia orang balik ke rumah
  4. Adik adik saya pun bertanya kabar dalam group wasup ... saya update segala perkembangan .... kami ukhwah silaturrahim ... Alhamdulillah


Hikmah 6:

Jaga waktu sholat ... waktu masuk jer ... saya sholat kat salah satu sudut di dalam wad nie ... hari biasa yang saya lalui kekadang saya lewat gak untuk sholat disebabkan dengan memenuhi jadual kerja seperti meeting dan memandu di dalam kenderaan serta macam macam hal lagi


Hikmah 7:

Kenkawan pun duk mesej bertanyer kabo ... yang tak pernah wasup kepada saya pun ada yang mula berwasup ... ukhwah silaturrahim mengeratkan persahabatan 

Ada gak kenkawan lelaki yang nakal nakal bertanyer soalan “nurse kat situ cun cun ker ... mesti ada yang muda chomei ... cer tangkap gambo sket” ... saya jawab ... “nak mampus mem besor aku mangamuk kang” ... hehehehe 😀


Pengajaran:

Saya senantiasa cuba berusaha menanamkan berprasangka yang baik baik sahaja segala yang berlaku ke atas diri saya

Antara lain untuk menghapuskan segala dosa dosa saya dan membina sifat sabar serta jatidiri

Moga Allah senantiasa memberi kan hidayah dan pentunjuk kepada diri saya untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari hadapan 

InsyaAllah 

Aamin😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk






29 April 2018

Lunch

Wife masakkan untuk orang sakit macam saya

Alhamdulillah sedap ...





28 April 2018

Discas

DISCAS


Mohon izin dari Tuan Doktor nak keluar dari wad hospital

Nak berehat kat rumah

Tapi masih dalam MC

Ambil angin segar

Doakan untuk saya yer kenkawan


Ir. AJAK 





Ditemani

Saya terbaring atas katil di wad hospital 

Wife tersayang senantiasa di samping menemani

Alhamdulillah 😀





Sign

SIGN BORANG PERMOHONAN PERTUKARAN HAKMILIK 


Walaupun berada di dalam bilik wad hospital

Sempat jugak minta kebenaran masa sebentar untuk turun ke depan lobby untuk jumpa lawyer 

Sign Borang Permohonan Pertukaran Hakmilik Tanah untuk 3 kes beli transaksi rumah busuk

Sign atas bonet keter jer😀

Dah bayar 10% deposit ke owner dan dahulukan bayaran bil tertunggak cukai pintu dan cukai tanah berjumlah sekitar RM8 ribu

Moga transaksi ini akan berjalan dengan lancar dan berjaya

.

.

Doakan saya yer kenkawan agar cepat sembuh macam sediakala 

Tak sabo nak layan hobi hartanah rumah busuk dah nie

Aamin😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk





Sakit

SAYA MENGALAMI SAKIT BATUK YANG KUAT


Ramai yang bertanya kepada saya

Prihatin terhadap perkembangan tentang diri saya ... terima kasih semua kenkawan yer

Samada melalui wall fb, call & mesej

Cuma call saya tak sempat berjawab kerana batuk untuk bercakap ... mohon maaf yer


Soalan: “Ir. AJAK sakit apa tur ?”

Jawapan nya: “Saya mengalami sakit batuk yang kuat”

Tapi agak kuat sket kali ini

Berpanjangan sejak seminggu pulang dari mengerjakan ibadah umrah tempohari


Saya dah pergi klinik swasta 3 kali: 

1. 5 hari makan pil antibiotik peringkat 1 dan ubat batuk

2. Sambung lagi 3 hari makan pil antibiotik peringkat 2 yang lebih kuat dos nya dan ubat batuk yang kuat sket lagi

3. Kali ke 3 saya pergi ke klinik ... doktor rujuk saya ke hospital pakar kerana masih ada batuk batuk


Saya pergi ke klinik pakar dan buat pemeriksaan

Doktor pakar admit saya di hospital seremban

Kat sini saya menerima rawatan di wad

Saya admit pada petang isnin lepas 23 april 

Bermakna sudah masuk hari yang ke 6 saya di wad


Xtray pada hari pertama nampak tiada apa apa pada paru paru

Semalam hari jumaat doktor arahkan buat CT Scan dan pada sebelah petang doktor menerangkan kepada saya ada didapati sedikit “radang” pada bahagian bawah paru paru saya

Jumlah hembusan nafas saya pun makin baik dengan bacaan melebihi 400 dah pagi nie


Mohon kalian semua mendoakan saya yer

Agar sembuh macam sediakala 

InsyaAllah 

Aamin


Ir. AJAK

Wad hospital

28 april


Nota:

Today hari penamaan calon yer 😀





27 April 2018

Laporan pasaran

LAPORAN PASARAN HARTA


Saya dah miliki buku laporan nie

Wife yang tolong belikan untuk saya

Duduk dalam wad hospital baca laporan nie jer laaa

Senang nak layan rumah busuk

Korang dah beli ker ?

Harga RM100 senaskah dan dapat sekeping CD laporan penuh untuk seluruh malaysia


Beli kat kaunter Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di negeri masing masing yer

Jangan lambat nanti kehabisan stok

Laporan ini untuk semua transaksi hartanah bagi tahun 2017 yang baru sahaja dikeluarkan

Masih panas lagi tau


Kandungan laporan:

1. Statistik transaksi hartanah setiap negeri

2. Statistik harga jualan hartanah unit hartanah untuk setiap taman-taman perumahan di negeri

3. Pelbagai info hartanah lah


Korang juga yang terbabit dengan industri hartanah ni eloklah miliki senaskah

Saya promo secara percuma jer yer ... iklan tidak berbayar nie ... cuma hasrat nak bantu Kelab Sukan & Kebajikan JPPH untuk melariskan jualan ... akan diberi resit rasmi 

Banyak manfaat memiliki naskah laporan ini


Boleh lah korang tolong SHARE kan

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Mohon doakan saya agar cepat sembuh yer

Hari yang ke 5 duduk dalam wad nie


#rumahbusuk





26 April 2018

Tewas lelong

Asalamualaikum 😀

SAYA TEWAS LELONG PAGI NIE

Saya tewas lelong pagi nie di shah alam
Tanah seluas 1 ekar rizab melayu lokasi di area sungai buluh
8 bidder semua masuk
Harga rizab rm350k
Bajet saya ciput hanya berjumlah rm500k jer
Sold kepada pembida yang berjaya pada harga rm640k
Kenaikan harga hampir 83% dari harga rizab

Bermakna valueable tanah tur la yer
Sengit jugak lawan tadi
Hehehehe 😀
Sekadar bagi peluang pengalaman kat agent saya masuk bidder yang serious pada harga hartanah yang tinggi
Bagi dia mahir
Kan kan 😀
Apabila kita masuk lelong
Kalah tur dah comfirm
Menang tur belum tentu yer

Saya masih di dalam wad hospital lagi nie ... dah hari yang ke 4
Sekadar terapi minda saya
Melayan hobi hartanah rumah busuk
Doakan saya agar sihat kembali yer

Ir. AJAK

Nota:
Gambar saya perolehi dari sahabat saya




Masih di wad ...

Saya masih di dalam wad hospital untuk hari yang ke 4

Doakan saya yer kenkawan

Moga cepat sembuh macam sediakala

Boleh saya mulakan layan hobi hartanah rumah busuk macam biasa

Hehehehe 😀





23 April 2018

Admit

Saya admit kat hospital ...

Mohon doa kan saya yer ...

Terima kasih kenkawan ...





Ditipu kontraktor

SAYA PERNAH DITIPU RM22 RIBU OLEH KONTRAKTOR UNTUK UBAHSUAI RUMAH BUSUK


Sekadar ingin berkongsi cerita dan pengalaman 

Pepagi monday blues nie kan

Kira kira 3 tahun yang lalu iaitu tahun 2015

Ada seorang kontraktor meminta kerja dengan saya

Nak minta kerja ubahsuai rumah busuk

Saya tidak kenali dia

Tapi dia dah tahu kisah diri saya ...maybe dia buat homework kot

Dia kata ada pengalaman serta beberapa orang pekerja yang boleh buat kerja

Dengan mulut yang manis ... buat muka kasihan

Dia janji akan berikan perkhidmatan yang terbaek

Akan mulakan kerja bila bila masa dan kerja akan disiapkan secepatnya

Dia merayu kepada saya untuk dapatkan kerja

Maka dengan rasa belas kasihan dan rasa nak membantu 

Saya bagi dia kerja untuk ubahsuai sebuah rumah busuk

Saya letakkan rasa curiga jauh jauh ... cuba berprasangka baik

.

.

Diringkaskan cerita

Dia buat kerja sedikit sahaja dan berhenti kerja dan menghilangkan diri

Saya ringkaskan cerita lagi

Saya ditipu oleh dia

Wang berjumlah RM22 ribu telah diselewengkan

Kerja tak siap

Duit pun lesap

Dengan dia sekali tak dapat dikesan

Dia bangsa melayu macam saya tur

Dia tipu dengan saya yang melayu sebangsa dengan dia jugak ... adududu

Saya mahu beri peluang ... ini balasan dia kepada saya

Saya kecewa dan marah pada waktu itu

Saya cuba cool wei

.

.

Saya telah buat laporan polis

Polis cakap memang ada laporan yang lain juga dibuat juga oleh pihak lain

Ramai yang dah kena kelentong dengan dia

Terlibat dengan pinjam wang dari AhLong juga

Saya buat laporan di balai polis ... polis memang cari dia

Gambar dia pun saya ada ... saya sertakan gambo kad pengenalan dia tapi saya padam info ler

.

.

Pesanan saya kepada rakan rakan sekalian

Berhati hati dalam memilih kontraktor 

Mungkin ada di kalangan mereka yang kurang jujur

Mungkin bukan semua yer

Cuma apabila melibatkan wang tunai nie ... kadangkala ramai yang gelap mata ... ambil duit tapi kerja tak buat ... dan bagi macam macam alasan ...call henpon dah tak jawab

.

.

Ini lah kisah benar yang ingin saya kongsikan kepada kenkawan semua

Yuhuu


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





22 April 2018

Sumbat kotak

SUMBAT BARANG UNTUK RUMAH BUSUK KE DALAM VAN


Nie lah salah satu kegunaan van

Selain saya ke hulu ke hilir untuk ke lokasi rumah busuk

Boleh bawak barang

Sumbat jer apa apa yang boleh

Janji muat masuk kotak

Besor juga saiz kotak nie

Ginilah akibaf layan rumah busuk

Saya tak ada hilux nak digunakan

Hehehehe 😀

.

.

Dijangka dalam minggu ini nak pasang kitchen kabinet dan kelengkapan pada table top di ruang dapur

Saya gie beli hood, dapur gas, oven, microwave kat kedai elektrik

Bawak sendiri ke lokasi rumah busuk

Yuhuu😀


Ir. AJAK 






Progres tandas

PROSES UBAHSUAI TANDAS RUMAH BUSUK


Bleh tengok gambar gambar yang saya sertakan

Proses ubahsuai tandas rumah busuk

Dari saiz kecil kepada yang lebih besar sedikit bergantung kepada keadaan kedudukan sesebuah rumah

.

.

Saya letak kedudukan jamban duduk di hujung dinding itu kerana nak ejas ejas dengan arah kiblat

Saya tak mahu jika sedang membuang air besar akan menghala ke arah kiblat

Bagi saya perkara ini perlu di ambil perhatian

Kita baiki dari masa ke semasa

Maka diletakkan kedudukan shower di tengah tengah 

Tandas nie belum siap sepenuhnya belum dipasang:

  1. Lampu downlite led
  2. Kipas dinding
  3. Water headter
  4. Sinki
  5. Kepala paip
  6. Tingkap
  7. Pintu kayu

.

.

Tur jer nak cakap

Malas nak taip pepanjang di pagi coti hari ahad nie 

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk























21 April 2018

Secawan

Segor kan mata untuk terus merempit ... kidos syok tido dalam van ...





Biznes dolu dolu ...

SAYA PERNAH BUAT BIZNES DOLU DOLU


Saya pernah buat biznes dolu dolu

Saya pernah join MLM macam macam company dolu dolu

Antara MLM yang pernah saya join ialah:

  1. CNI
  2. Score A
  3. Susu Alpha lipid
  4. Revell
  5. Syarikat jual emas salut ... tak ingat nama ... macam zhulian laa tur
  6. Bluehyppo produk TM ... ada yang ingat ker 
  7. Saya pernah jadik agent buat wasiat
  8. Banyak biznes saya buat ... jual kain ela yang saya ambil di jalan TAR kolumpo ... jual emas tulen ... agent jual streamymx ... jual produk insurans


Semua pengalaman mematang kan saya

Banyak ilmu yang diperolehi

Ada suka duka

Kerana mahu cuba perbaiki kehidupan harian

Namun ada juga saya kena kelentong dan sebagai nya

Itu perjalanan kehidupan saya

Skarang saya lebih kepada layan hobi rumah busuk jer


Korang ada pengalaman jugak ker

Cer citer 😀👍


Ir. AJAK






Hirup

Lunch ... hirup sup ...





Lantai tiles

PASANG TILES DI DALAM SEBUAH RUMAH BUSUK


Progres bertambah lagi bagi proses ubahsuai di dalam sebuah rumah busuk

Sudah mula untuk memasang tiles lantai 

Salah satu elemen yang sangat penting ialah memasang tiles:

  1. Lantai
  2. Lantai dapur
  3. Lantai porch
  4. Lantai tandas
  5. Dinding tandas
  6. Table top di dapur
  7. Dinding table top
  8. Tangga jika rumah 2 tingkat dan jika guna tangga konkrit


Pemilihan warna juga berbeza untuk sesuaikan keadaan 

Malah untuk tiles dinding tandas juga saya tampilkan kelainan sedikit dengan permukaan tiles yang tidak rata (macam bentuk timbul) ... malah sebagai contohnya di dalam tandas saya menggabungkan 5 warna ... iaitu:

  1. Lantai warna lain
  2. Dinding ada gabung 2 warna 
  3. Jalur dinding untuk letak water heater & paip air
  4. Table top sekeliling sinki


Nak bagi sempurna juga agak memeningkan kepala

Tapi keadaan ini jika menjadi akan menghasilkan suasana yang sedap mata memandang (nampak cantik di mata saya lah)

Di lantai porch dijangka akan menggabungkan 2 warna pilihan

Jika ada tangga dalam rumah ... lantai tangga pun 1 warna jugak

Kekadang nak pilih warna tiles pun akan buat kepala pusing dan penin ... penin nak pilih warna nya

Korang ada pengalaman pilih warna tiles ?

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk