14 April 2018

Bank

KEMUDAHAN PEMBIAYAAN UNTUK MEMILIKI RUMAH BUSUK

Antara usaha untuk memiliki rumah busuk ialah melalui pembiayaan dari institusi kewangan yang ada di malaysia
Pihak institusi kewangan memang senantiasa mengalu alu kan pelanggan yang layak
Antara produk yang ada ialah:

1. Pembiayaan pinjaman perumahan
Ini bermakna kita boleh memiliki unit hartanah dengan membuat pinjaman dari pihak bank
Rumah yang 1 dan ke 2 akan berpeluang untuk dapat jumlah pembiayaan sehingga 90% dari harga pasaran... maybe ada bank yang menawarkan pakej yang lebih ... kena semak dengan pihak bank lah yer
Maka rebut lah peluang ini
Pembelian rumah yang ke 3 dan seterusnya akan hanya berpeluang untuk mendapat jumlah pinjaman sehingga 70% dari harga pasaran
Tapi bagi yang nak kakitangan awam boleh pinjam sehingga 100% dari harga pasaran yang di nilai oleh Jabatan Penilaian Harta ... orang gomen ada kelebihan

2. Pembiayaan pinjaman peribadi
Ini juga satu alternatif 
Bermakna ambil duit tunai dari bank dan beli rumah secara tunai
Cara ini mungkin ada yang tidak setujuk kerana disebabkan oleh faedah yang agak tinggi bagi pinjaman peribadi dan tempoh pembayaran maksima setakat 10 tahun sahaja  ... maka ansuran bulanan akan tinggi

Apabila nak buat loan ... pastikan kelayakan kenkawan yer
Pilihan di tangan kenkawan 
Kekadang dengan ada tunai di tangan lebih membuka peluang kepada kita untuk memiliki rumah busuk
Owner rumah lebih berminat kepada cash buyer ... boleh mengurangkan tempoh transaksi hartanah untuk dapatkan geran hakmilik 
Jika kenkawan tanya saya ... saya memang ada ambil pilihan 1 dan 2 di atas

Korang semak lah kelayakan loan korang
Pergi jer ke kaunter mana mana bank
Tanyer kelayakan buat loan
Bawak lah slip gaji dan kad pengenalan 
Jika ada buku bank bawaklah sekali 
Penyata kwsp ker
Mesti pegawai mengalu alu kan korang datang sebab itu memang biznes bank

Yuhuu😀

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk 





No comments:

Post a Comment