28 April 2018

Sakit

SAYA MENGALAMI SAKIT BATUK YANG KUAT


Ramai yang bertanya kepada saya

Prihatin terhadap perkembangan tentang diri saya ... terima kasih semua kenkawan yer

Samada melalui wall fb, call & mesej

Cuma call saya tak sempat berjawab kerana batuk untuk bercakap ... mohon maaf yer


Soalan: “Ir. AJAK sakit apa tur ?”

Jawapan nya: “Saya mengalami sakit batuk yang kuat”

Tapi agak kuat sket kali ini

Berpanjangan sejak seminggu pulang dari mengerjakan ibadah umrah tempohari


Saya dah pergi klinik swasta 3 kali: 

1. 5 hari makan pil antibiotik peringkat 1 dan ubat batuk

2. Sambung lagi 3 hari makan pil antibiotik peringkat 2 yang lebih kuat dos nya dan ubat batuk yang kuat sket lagi

3. Kali ke 3 saya pergi ke klinik ... doktor rujuk saya ke hospital pakar kerana masih ada batuk batuk


Saya pergi ke klinik pakar dan buat pemeriksaan

Doktor pakar admit saya di hospital seremban

Kat sini saya menerima rawatan di wad

Saya admit pada petang isnin lepas 23 april 

Bermakna sudah masuk hari yang ke 6 saya di wad


Xtray pada hari pertama nampak tiada apa apa pada paru paru

Semalam hari jumaat doktor arahkan buat CT Scan dan pada sebelah petang doktor menerangkan kepada saya ada didapati sedikit “radang” pada bahagian bawah paru paru saya

Jumlah hembusan nafas saya pun makin baik dengan bacaan melebihi 400 dah pagi nie


Mohon kalian semua mendoakan saya yer

Agar sembuh macam sediakala 

InsyaAllah 

Aamin


Ir. AJAK

Wad hospital

28 april


Nota:

Today hari penamaan calon yer 😀





No comments:

Post a Comment