5 KATEGORI RUMAH BUSUK BOLEH DI MILIKI IKUT KEMAMPUAN MEMASING
Banyak kategori rumah busuk yang boleh dimiliki
Ikut kemampuan memasing yang ada
Buat lah pilihan yang sesuai dengan kehendak kita
Tidak ada paksaan dalam perkara ini
Antara kategori rumah rumah busuk tersebut ialah:
- Rumah busuk banglo. Korang yang ada wang lebih atau ada peluang kemudahan pembiayaan bank. Ada kemampuan boleh lah pilih yang ini
- Rumah busuk semi d. Jika ada yang minat rumah berkembar. Memang boleh pilih yang ini. Maner tau ada kenkawan yang nak buat jiran korang. Kawan yang kenal dari kecil misalan nya. Dah tahu hati budi dan mahu jadi jiran plak tur
- Rumah busuk teres. Ada pilihan untuk rumah teres 1 tingkat atau 2 tingkat. Samada unit tengah atau corner lot jika ada peluang
- Rumah busuk pangsapuri mewah. Nak selesa dan ada pelbagai kemudahan pelbagai. Termasuk yang ada siap pengawal keselamatan 24 jam gitew
- Rumah busuk pangsapuri. Janji ada rumah kan. Tak kisahlah apa senario pun. Mula kan dengan pangsapuri pun boleh gak
Tidak timbul isu yang diperkatakan konon nya nak ambil hak orang lain
Yang pasti miliki lah rumah busuk itu secara berhemah dan mengikut lunas & syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa
Jika berkelayakan untuk memiliki sesebuah unit rumah busuk berkenaan tidak ada sebarang masalah yer
Sebagai contoh nya jika sebuah unit rumah busuk itu tidak layak di miliki pada peringkat awal kerana disebabkan syarat tertentu
Tetapi apabila telah masuk di kamar lelongan awam
Maka unit rumah busuk itu telah terbuka di miliki secara kaedah lelongan awam lah
Elok ikut saluran yang telah ditetapkan
Tidak timbul isu dah lah !
Pilihan di tangan kita semuanya
Nak miliki rumah busuk secara subsale atau pun secara kaedah lelongan awam
Pilih jer lah salah satu kaedah itu
Tidak ada sesiapa yang melarang
Bincang bebaik dengan pasangan kita untuk pilih yang mana satu pilihan hati & family
Korang kena ambil tahu juga mesti nak ado modal untuk kos mewangi kan rumah busuk itu jika rumah berkenaan yang kadangkala di dalam keadaan yang sangat busuk
Yuhuu
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota:
Gambar gambar itu menunjukkan keadaan dalam rumah busuk yang saya menang bidaan lelongan semalam ... ya kes semalam tur !
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment