14 August 2016

Masa ... Part 1

MASA UNTUK RUMAH BUSUK
Part 1
=======================

Aku di tanyer dengan soalan:
"Camner Ir Ajak boleh membahagikan masa untuk melayan hobi rumah busuk"

Today coti hari ahad
Aku story sket yer
Aku bekerja makan gaji opis hour pergi pagi balik petang
Stay rumah di seremban
Bekerja di putrajaya 
Hampir 8 tahun aku berulang alik
Tiap pagi jadual aku merempit dengan van di hiway plus dari tol soromban ke tol kajang
Aku ayah kepada 4 kiddos lelaki
Isteri ada sorang jer yer ... Hehehe😄
Sekarang wife aku pengurus rumahtangga sepenuh masa ... Dolu dolu wife aku bekerja di bandaraya kolumpoo
Aku tak nafikan bahawa wife memang banyak membantu dalam semua urusan harian
Jadual aku memang padat setiap hari
Tapi itulah rutin harian yang ditempuhi saban hari

Tipikal jadual hari coti hujung minggu
Sabtu atau ahad atau kelepasan am
-----------------------------
5.15 am seawal dah bangun
5.20 am munajat kepada NYA mengadu masalah kehidupan
6 am Sholat subuh
6.15 am aku tidur semula (jangan ikut yang ini yer)
8 am bangun dan mandi
Luangkan masa untuk sholat sunat dhuha
9 am sarapan wit family coz hari bekerja tak sempat nak bekfes dengan family
9.30 am aku menaip untuk berkongsi ceriter dongan korang berkaitan "rumah busuk" di fesbuk
10 am hingga 1 pm aku akan layan rumah busuk untuk melawat semua rumah rumah yang sedang di renovation
2 pm hingga 9 pm akan bersama family bawak kiddos keluar jenjalan
Kekadang ke shopping mall
Kekadang menonton wayang
Kekadang jenjalan ke kolumpu
Makan makan di lokasi kiddos mahukan
Malah ini lah masa "bonding time"
Jika awal pulang pada sebelah petang kami se family akan riadah di taman permainan sambil aku berjogging
10 pm selepas sholat isyak biasanya aku akan cari jalan untuk lepak lepak dengan kenkawan di mamak "teh tarik time" sajer sembang sembang sampai di awal pagi kekadang terlajak ke 1.00 am pagi ... 
Sampai di rumah tido Zzzzzzzzz
Macam malam tadi ...

Jadual yang wajib sepanjang tahun
----------------------------------------
Sebulan sekali akan balik ke ipoh dari soromban untuk ziarah bonda
Cuba jugak akan singgah di kolumpu bertemu ibu dan bapa mertua
Setiap kali coti sekolah akan luangkan masa dengan kiddos untuk bercoti di hotel hotel di dalam malaysia yang ada kolam mandi
Saban tahun setiap kali coti sekolah yang panjang bulan disember akan melancong ke oberc bagi tempoh 10 hari ke 14 hari bergantung kepada bajet yang ada ler ... Biasa nya lokasi yang ada taman tema seperti contoh "disneyland" ... Tahun lepas berpeluang berkunjung ke Negara Jepun
### berusaha jugak untuk aku aturkan jadual berkunjung ke BAITULLAH sejak tahun ke belakangan ini ... Moga ALLAH izinkan untuk menjadik tetamu NYA lagi dan lagi pada tahun yang mendatang ... InsyaAllah ... Aamiin

Harapan dan doa
-------------------
Inilah masa berkualiti yang aku cuba aturkan
Tak mahu gagalkan jadual yang di atur supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya
Jadual aku memang padat
Diatur diaturkan saban hari
Calendar dalam henpon ini memang aku selalur update
Itu pun kekadang diselitkan jugak untuk bertemu dengan bakal buyer "rumah wangi" yang aku bawak lawat ke lokasi
Aku merancang jadual lebih awal
Aku perlu patuh kepada jadual yang aku telah atur kan
Disiplin perlu tinggi
Semangat perlu kental
Hati perlu kering
Muka tak perlu malu dan buat dek jer lah
Orang kecam buat selamber badak jer
Jika kita tak dapat tepat pada masa yang telah dijadualkan maka perlulah perbaiki dari masa ke semasa
Aku cuba ejas dan terus cuber meng ejas nya
Aku berceriter sebagai panduan sahaja yer
Aku berhasrat untuk berkongsi ceriter aktiviti yang aku lalui saban hari
Aku tiada niat untuk bangga diri atau sebaliknyer
Jika korang rasa tiada manfaat boleh abaikan sahaja tulisan nie
Tapi jika korang rasa ada manfaat boleh SHARE kan yer untuk panduan kenkawan yang lain
Orait dah lenguh menaip nie
Ok byee membebel untuk hari nie
Korang nak ker aku sambung plak part 2 untuk jadual hari bekerja plak
Nak ker ? ? ?
😄

Ir. AJAK

No comments:

Post a Comment