PELUANG IBADAH HAJI
==================
Dalam minggu lepas
Tak kurang dari 20 orang kawan bertanyer kepada aku
"Camner nak dapatkan peluang supaya dijemput memjadi TETAMU ALLAH untuk mengerjakan Ibadah Haji"
Aku cuba beri sedikit tips jika boleh memberi manfaat kepada kenkawan semua:
1. Mesti berazam untuk pergi ke Mekah
2. Untuk tujuan Ibadah Haji mesti membuka akaun Tabung Haji dan mendaftar dengan Tabung Haji dengan bayaran sekitar RM1300 seorang ... Bayaran kos mengerjakan Ibadah Haji Muasasah yang pergi kali pertama ialah RM9980
3. Jangan lupa buat surat rayuan dari masa ke semasa ... Hantar sekerap yang mungkin ... Contoh 3 bulan sekali hantar ke kaunter Tabung Haji yang berhampiran ... Bagi alasan comtohnya:
- sudah cukup wang
- sudah bersedia
- sihat tubuh badan
- mempunyai kelapangan waktu
4. Berdoa sungguh sungguh pohon Allah jemput ke sana
5. Tiap hari bertalbiah ... Labaikallah (baca sampai habis)
6. Simpan duit dalam Tabung Haji sampai cukup ler
7. Jika ada peluang kerjakan Ibadah Umrah ... Pergilah dan berdoa sungguh sungguh di depan KAABAH ... Menangis merayu kepada ALLAH
8. Minta bantu Ibu doakan kita supaya dapat pergi ke sana
9. Simpan cuti rehat supaya boleh pergi ke sana bagi pekerja swasta ... Bagi staf gomen dapat cuti haji 40 hari
10. Bagi anak anak kecil kita tolong daftar ke Tabung Haji Mulai sekarang kerana pendaftaran telah menjangkau tahun 2070 saya dipahamkan untuk pergi ... Lama lagi tur
11. Bagi yang punya kemampuan boleh lah menggunakan PAKEJ HAJI dari pengelola tabung haji
Sekadar perkongsian dari saya
Jangan anggap saya "riak" yer ... Sebab ramai yang tanyer... Saya kongsi kan tips ini
Doakan saya dan wife ... Akan bertolak ke Mekah esok hari Khamis 1 September
MOHON SHARE KAN UNTUK MANFAAT KENKAWAN 😄
Ir. AJAK
No comments:
Post a Comment